Rabu, 17 April 2013

[pru13] raouf vs suhaimi di sri muda!!


Peluang dan tanggungjawab yang diberikan kepimpinan Barisan Nasional (BN) Pusat dan negeri akan digunakan sebaik mungkin untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat untuk terus bersama BN dalam menerajui Selangor dan Malaysia.

"Saya berazam untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pengundi di kawasan DUN Sri Muda dan memastikan segala masalah yang dihadapi masyarakat setempat dapat diselesaikan sebaik mungkin," kata calon BN bagi DUN Sri Muda pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Raouf Mokhtar.

Beliau berkata, selaku calon baru yang dipilih untuk mewakili pengundi di Sri Muda, dia akan menterjemahkan manifesto BN sebaik mungkin agar ia dapat dinikmati seluruh masyarakat di kawasan berkenaan.

"Masalah yang gagal diatasi wakil rakyat terdahulu juga akan diperbaiki dan diselesaikan agar rakyat dapat merasai sendiri kesungguhan yang di bawa BN ke kawasan DUN Sri Muda ini," katanya sewaktu ditemui selepas menerima watikah perlantikan sebagai calon DUN Sri Muda, di sini, semalam.

Beliau turut menyeru rakyat Selangor khususnya di Kota Raja untuk bersama Perdana Menteri dan BN untuk terus memacu kegemilangan menjadi Malaysia sebuah negara yang disegani di seluruh dunia.

Katanya, keputusan Perdana Menteri meletakkan calon yang terdiri daripada muka baru membuktikan keterbukaannya untuk melakukan transformasi seiring dengan kehendak rakyat.

"Gunakan peluang yang ada sebaik mungkin dan BN adalah pilihan yang terbaik kerana sudah terbukti berjaya membawa Malaysia ke satu tahap yang lebih baik daripada sebelum ini," katanya.

team media selangor

1 ulasan:

  1. Tolak semua calun-calun PR - Pakatan Rasis!!!!!
    Tolak semua calun-calun parti "Manifesto BUKAN Janji"!!!
    Tolak semua calun-calun parti sokong kaum sesat LGBT!!!
    Tolak semua calun-calun parti yang sangup nak gadaikan kalimah Allah SWT!!!

    SELAMATKAN MALAYSIA!!!!!

    BalasPadam