Sabtu, 20 April 2013

[wajib baca] Nota daripada seorang sahabat di Universiti Medina kepada Bersih 3.0

apa itu kesedaran? yup ramai kata kesedaran itu akan hadir jika satu malapetaka teruk berlaku terhadap negara, dan menjadi mangsa adalah melayu-melayu yang dulu konon dialah hero menyokong pr.. aku percaya kesedaran mereka akan hadir... percayalah... insaflah..



Bismillah....

Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ? Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ? Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?

Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claimn' untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.

Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim.

Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (Surah Al Kahfi, 18: 59)

Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan- amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin."

Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini.

“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasa sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (Surah Al-An’am, 6: 129)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut)

“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang- orang-orang yang zalim lainnya Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430)

“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101).

Pemimpin itu asalnya adalah seorang Rakyat. Zalimnya seorang Pemimpin disebabkan zalimnya seorang Rakyat, begitu juta sebaliknya

*****Fikir fikirkan lah....setakat mana amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari Pemerintah?

1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus
2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam
3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna
4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan
5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab
6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama
7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga
8. Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran islam

Dan banyak lagi....Tanya lah diri kita setakat mana amalan kita? sebelum bercakap mengenai islam dalam negara?

ps: ayuh rakan-rakan kita pesan kepada semua, undi bn.. aku percaya undi pr kita semua akan hadapi keadaan paling teruk dalam hidup dalam masa 2-3 tahun lagi.. aku percaya hal-hal tak betul akan terjadi... ayuh bangun dan tempur pr habis-habisan.. ini adalah negara kita tercinta... pertahankan..!!!!

7 ulasan:

  1. KALAU PEMIMPIN PAS DALAM SENYAP LAKUKAN ZINA,
    TAK TAU BERAPA RAMAI YANG BAYAR ZAKAT...
    YANG KITA TAHU PIMPINAN PAS NI BANYAK YANG KAYA RAYA DENGAN HARTA. KERETA BESAR, RUMAH BESAR, SAHAM BERJUTA........TETAPI ZAKAT DIBAYAR BERAPA. ?

    MUNGKIN majlis UGAMA Islam bolih SIASAT.

    PILIH LAH PIMPINAN YANG BERSISIH, TUDUH ORANG KORUP, TTETAPI KIA YANG BAPAK KORUP.....

    BalasPadam
  2. Stakat hari ni pemimpin Pakatan Haram lah yg banyak keluar kisah mereka khalwat, zina, liwat, kelucahan dan maksiat! siap dgn video, foto dan pita kaset lagi tapi kaum2 itu masih tak mengaku!
    Hanya rakyat yg taksub dan tertutup pintu hati saja yg sanggup menyokong manusia2 hina ini!

    BalasPadam
  3. Saidina Ali pernah ditanya oleh rakyat ketika dia memerintah ... "Kenapa berlaku banyak permusuhan sesama Islam semasa pemerintahan tuan berbanding zaman Saidina Abu Bakar dan Saidina Omar" ... Maka dijawab Ali "Di Zaman Abu Bakar dan Omar yang menjadi rakyatnya adalah orangnya seperti saya tapi dizaman saya yang menjadi rakyatnya adalah orang seperti awak, setiap orang mempunyai tanggungjawab, Pemimpin mempunyai tanggungjawab terhadap rakyatnya dan rakyat juga mempunyai tanggungjawab terhadap pemimpinnya"

    Dari tulisan di atas dapat difahami, kerajaan Islam hanya akan tertegak dengan sendirinya apabila semua orang Islam menjalankan tanggungjawab terhadap dirinya, keluarganya, jiran tetangganya dan seterusnya kepada semua saudara seislam sebagaimana yang dikehendaki Allah dan Rasul(seorang yang tidak menjalankan tanggungjawab terhadap dirinya adalah merupakan seorang yang zalim.

    Saya percaya negara Islam tak akan tertegak dengan cara yang ada sekarang ini ....kerana mengikut sirah Nabi, negara Islam hanya tertegak setelah bertahun-tahun Nabi mengajar manusia mengenal Allah... dan apabila rakyat mula longgar pegangan akidahnya, maka permusuhan antara orang islam akan berlaku walaupun diperintah oleh Sahabat/Sepupu/Menantu Nabi - Saidina Ali (Siapalah kita nak dibanding dengan Saidina Ali)....

    Oleh itu saya menyeru kepada semua yang mahu Islam tertegak di Malaysia ni, usahlah beria-ia sangat dengan sistem politik yang sedia ada ...apa yang perlu dibuat adalah jalankan tanggungjawab kita keatas diri kita, keluarga kita, jiran kita, pemimpin kita, kerajaan kita, saudara seislam kita iaitu kaum muslimin dan muslimat semua seterusnya kepada orang bukan islam .....dan yakinlah Islam akan tertegak dengan sendirinya kerana Rahmat Allah akan turun dengan melimpah ruah.....Wallahualam

    BalasPadam
  4. salam, a very beautiful write up, I agree with you in totality.
    thank you.

    BalasPadam
  5. masya Allah.. sangat setuju dengan penulisan di atas.. terutama penipuan dan penggunaan sesuatu yg bukan hak kita..

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah..tulisan yg amat baik. masalahnya skrg..sanggupkah tidak penyokong2 pr dgr nasihat hamba Allah di atas?

    Hamba Allah penyokong BN
    Makkatul Mukarramah

    BalasPadam
  7. Kalau yg dimaksudkan oleh penulisan di atas bahwa rakyat sekarang di perentah oleh pemerentah yg zalim adalah kerana rakyat sendiri bersikap'zalim' saya tidak bersetuju,kerana saya tidak nampak di mana kezalimannya kerajaan yg ada sekarang.

    BalasPadam