Khamis, 2 Mei 2013

AURA TUN MAHATHIR MALAM TADI DI SHAH ALAM! PENCACAI TETAP KATA IA EDIT!!







sumber gambar - darul ehsan today

pencacai dah semakin tak keruan dah malam tadi di shah alam, mereka kata, mana boleh jadi macam ni, kami dah sahkan kemenangan kami di pru13, kami rasa tak logiklah ramai macam ni, ni bn edit ni, sebab kami yakin dan pasti rakyat shah alam 100% menyokong kami la, ahhh bohong, tipu, umno tipu...

kami tetap yakin dan pasti kami sah akan menang di pru13 nanti kata penyokong tegar pas, erm oklah, ye lah, aku faham.. mengerti perasaan anda tu.. ok lah.. ye lah..

hampir 10 ribu orang shah alam hadir ke ceramah tun mahathir

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak sekali-kali akan menarik balik kenyataannya yang mendakwa Lim Kit Siang seorang rasis atau memohon maaf terhadap penasihat DAP itu.

Dr Mahathir berkata beliau bersedia untuk diheret ke mahkamah berhubung kenyataan itu namun tidak sekali-kali akan menutup mutlutnya.

"Mereka tidak senang hati kerana saya boleh lagi bercakap. Nak tutup mulut saya tidak boleh tutup.

"Dah 87 tahun saya bercakap nak suruh saya tutup dah tidak boleh. Saya tidak takut, nak tarik ke mahkamah tariklah," katanya ketika berucap pada program Amanat Negarawan Bersama Rakyat Shah Alam di sini malam tadi,

Lebih 10,000 orang hadir pada program itu. Turut sama ialah calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Shah Alam, Datuk Zulkifli Noordin, calon BN kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Tiga Datuk Ahmad Nawawi M Zain dan calon BN kerusi DUN Kota Anggerik, Mohd Yusof Din.

Dr Mahathir juga menyifatkan pembangkang sebagai bongkak kerana mengeluarkan kenyataan untuk menangkap dan memenjarakan beliau walaupun belum memerintah
negara.

"Mereka belum jadi kerajaan dah tunjuk sikap bongkak nak tangkap orang, tunggulah sekejap... pada 5 Mei kita nak lihat siapa kena tangkap," kata Mahathir berseloroh sambil disambut sorakan ribuan hadirin.

Menjawab suara sumbang pihak tertentu yang mempersoalkan mengapa beliau masih berkempen walaupun sudah bersara, Dr Mahathir berkata, beliau berbuat demikian kerana ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang telah memberi kepercayaan kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Beliau turut menyampaikan dua rangkap pantun, satu daripada pantun itu bernada sinis, seperti berikut: "Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, hancur badan di kandung tanah, budi yang baik siapa peduli?"

Dr Mahathir turut meminta rakyat Selangor khususnya di Shah Alam supaya menolak pembangkang dan mengundi calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13),
5 Mei ini.

"Dengan undi yang tidak berbelah bahagi, insya-ALLAH BN akan kembali ke Selangor dan seterusnya kekal memerintah Malaysia," katanya.

ps: ahh tipu, tipu, tipu... ai tak habis-habis lagi pencacai sorang ni, dah la.. ye lah memang tipu la..

12 ulasan:

  1. Edit! Ko tengok bintang kat langit tu,bintang apa tu? Sah edit!

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku ada kt sini mlm td...mmg ramai...x der istilah edit..biar buta mata jgn buta hati bro...

      Padam
  2. nampak benar editnya... mana hilangnya kaki para hadirin? kepala pun nampak kecik dari badan.. eh, tisu terbang? haaa kantoi....

    BalasPadam
  3. minta maaf banyak2 tanpa nama 9:39...kesian aku tengok hang meroyan smpi nampak bintang kt langit...berpijaklah di bumi yang nyata...aku sendiri ada di sana..aku bangga dpt salam dan mencium tangan ayahanda Tun Dr Mahathir yang banyak jasanya dalam membangunkan Malaysia semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia...awat hang tak mai dengar ucapan ayahanda Tun malam tadi...memang rugi la ko ni...jgn dok dengar sebelah pihak je sampai terlupa dan alpa..tak main la edit2 gambar...selalunya yang kata org edit tu yang selalu dok edit gambar kot...x gitu....yang sah lagi nyata memang itulah kenyataannya seperti di dalam gambar....aku nak pesan kt hang dan penyokong2 PR jangan dok syok sendiri...edit2 tak main la...ni REAL punya gambar la...aku dok kat Shah Alam, mengundi di Shah Alam, menetap sebab kerja di sini walaupun aku orang Penang. bak kata pepatah di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung...satu undi untuk BN biarpun aku bukan ahli seumur hidup mana2 parti politik...aku bangga jadi rakyat Malaysia.

    BalasPadam
  4. biarkan mereka memfitnah kita..ckp byk pun tak guna..aku penduduk seksyen 6 memang ngaku ramai yang turut serta dgr taklimat dan amanat dr Tun M mlm td..mmg meriah sgt2..rasa bangga dan teruja!!so yg lain,jgn nk jeles sgt la kannn..hehehe

    BalasPadam
  5. hehehe kelakar ... edit la, tipu la itu ini...
    aku ade kat sana mlm tadi.
    aku rasa lebih 10K kot yg dtg....
    ramai jangka KHALID GEREJA bakal tewas teruk kali !!
    well... who knows ! :D

    BalasPadam
  6. akupun ada malam tadi, serius jauh aku parking kete dengan kawan2.. ramai dari s alam, bukan main2 import ye.. tu yg hebatnya tun.. beza kalau pakatan rkyat buat ceramah mereka selalu maki hamun orang, carut sekali, tapi tun belasah cara halus kalau pekakas pr dgr gerenti join bn..

    BalasPadam
  7. HA'AH LA..BETUL LAH EDIT..

    APSAL POKOK TU LEBIH TINGGI DARI ORANG2 TU?
    APSAL DAUN POKOK TU KALER HIJAU? OOOO..POKOK TU PENYOKONG PAS KE?
    EH..EH..LAMPU TU TUKAR WARNA LA PULAK. KEJAP PUTIH...KEJAP KUNING...HAH..KAN...EDIT...EDIT...

    MMMUAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

    BalasPadam
  8. Walau tak pernah tengok live ucapan TDM, namun dari videopun boleh terpegun akan gaya TDM menyampaikan hujah. Sentiasa solid dan berbisa. Beliau tak perlu memaki hamun untuk menarik minat hadirin. Ini adalah satu kriteria yang perlu ada pada seorang pemimpin, YANG TIADA SORANG PUN PEMIMPIN PR MILIKI. TDM... JASAMU DIKENANG SEPANJANG HAYAT.

    BalasPadam
  9. aku x percaya.. aku x percaya... cinta..

    BalasPadam
  10. Bile orang da taksub sangat die akan menjadi ego. ckp mcm mne pun diorg xkan percaye pade yg benar.

    BalasPadam