Ahad, 12 Mei 2013

demo di singapura, rakyat malaysia di tahan!

dah kalah kalahlah
dulu ini kalilah
sekarang lain kalilah
aku cakap udah kalahlah... keh keh....


Singapura tahan 21 rakyat Malaysia.

Sebahagian daripada beratus rakyat Malaysia mengadakan demonstrasi haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 di Taman Merlion, Singapura pada Rabu lalu. - AGENSI

SINGAPURA 11 Mei - Polis Singapura menahan 21 rakyat Malaysia hari ini kerana mengadakan demonstrasi haram di sini sebagai membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 di Malaysia (PRU-13).

Seorang jurucakap polis yang dihubungi AFP berkata, kesemua rakyat Malaysia terbabit ditahan di bawah Akta Ketenteraman Awam kerana mengadakan bantahan secara haram di Taman Merlion, walaupun polis berulang kali memberi amaran agar mereka tidak mengadakan sebarang bentuk demonstrasi.

Jelasnya, penganjur demonstrasi itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sebanyak S$10,000 (RM24,115) atau kedua-duanya sekali, sementara mereka yang menyertai bantahan haram itu pula boleh dikenakan denda sehingga S$5,000 (RM12,057).

Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam kenyataannya berkata, warga asing yang tinggal atau bekerja di republik ini tidak dibenarkan menyertai demonstrasi haram.

"Mereka tidak sepatutnya membawa isu negara mereka ke Singapura dan mengadakan demonstrasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

"Mereka yang melanggar undang-undang negara ini akan berdepan tindakan serius," jelas kenyataan tersebut.

Kira-kira 100 rakyat Malaysia menyertai demonstrasi haram kelmarin di tempat yang sama bagi membantah keputusan PRU-13 yang memihak kepada Barisan Nasional (BN).

utusan

10 ulasan:

  1. Harusnya Di Malaysia juga Polisnya harus tegas begitu. Jangan di biarakan perkara yang negatif ini berlarutan. Nanti nasi dah jadi bubur pun tak berguna. Dah ada bukti yang jelas, mereka langgar undang-undang apa yang perlu di tunggu lagi.

    Jangan asyik memberi amaran sahaja tidak sudah-sudah. Action perlu, jadi mereka-mereka itu akan hormat pada kita. Benda yang betul harus di tegakkan. Bila menang diam membisu, bila kalah habis rakyat di usung dan berbagai-bagai fitnah di lakukan. Bertindaklah.......

    Saat jais
    www.treat-cure.com
    http://saatjais.wordpress.com

    BalasPadam
  2. Di malaysia menterinya kata "Saya beri amaran", "saya beri amaran keras"....last2 menteri tu kata "saya pulak diamarankan oleh diri sendiri"......bodo punya hsyam lembut, sebap tu mata sepet dap naik kepala

    BalasPadam
  3. Sebabkan kerajaan Malaysia dah lemah..tak tau nak bertindak macamana nak halang gerakan pro Anwar membantah keputusan yang dah dibuat oleh rakyat Malaysia maukan BN terus menerajui Malaysia,apa kata Malaysia contohi Singapura..habis tu dah tak gheti2 nak buat lagu mana,tak yah malu2 dik non..ikut aje,tak gitu..

    BalasPadam
  4. Hishamuddin tidak layak memegang jawatan Menteri Dalam Negeri,

    BalasPadam
  5. Masalahnya di msia, bila polis tegas buat tangkapan pada anwar atau penyokong pembangkang nanti, anwar akan menyalak macam anjing tuduh memang betul kerajaan msia ni macam diktaktor, menindas demokrasi dan hak bersuara. Semuanya akan dijadikan modal buat anwar dan pembangkang nak tumbangkan kerajaan. Buat pun salah tak buat pun salah. cara terbaik hantar anwar ke singapore, biar dia buat demostrasi di sana, dan cuba lihat apa kerajaan singapore akan bertindak. Anwar ni manusia yang tak tahu malu dan tak sedar diri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. BETUL TU.. ANWAR IBRAHIM NI MMG BANYAK AKAL DIA. ADALAH CARANYA DIA NK PUTAR BELIT CERITA NANTI. PADAHAL DIA SENDIRI TAU KEBENARAN SESUATU HAL ITU. DIA NI MERUPAKAN SEORANG YG SUKA MENIDDAKKAN KEBENARAN. TOO BAD...

      Padam
  6. bro, tak mahu percaya semua ni lah... pihak penganjur yg buat protest tu smeua kena warning dgn SPF police singapura.. hanya rakyat singapura aje kalau buat kena tangkap jail or fine...double standard. ni bukan first time dorang buatprotest tanpa surat dulu bersih buat dorang buat(Tak tahu lah kalau sama org. tu pun kena warning juga....Police singapura takut dgn org asing tapi rakyat sendiri dorang buli.. dulu pernah 3 budak rakyat SGP kena saman pasal ckp racist dlm FB tapi bila org asing buat pernah sama kena warning aje.. PRC panggil pakcik melayu aging dlm blog dia. Police singapore pun haram juga lah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bro, aku pernah dok spore 5 tahun tp aku rasa foreigners yg kat spore tau undang2 spore. kalo foreigners buat hal, aku rasa bukan polis spore takut. tp tangkap pastu hanta balik. da banyak kali dah berlaku da. aku dulu kijer Keppel bero. byk berlaku kes. polis spore xamik port tapi MOM sama CIQ amik port bende ni.

      Padam
  7. aku rasa police malaysia bijik.. betul korang ckp. anwar ni dulu bila police guna kan kekerasaan dia akan pusing balik salah kan police mati matian.. ingat kes mata lebam? macam mana dia provok ketua police and ketua police pun kasi satu das kat mata.. lepas tu apa dia buat? aku rasa police malaysia dah belajar dari tu.. biar dorang buat asal jgn melebih dah... rakyat yg lain tgk and boleh buat nilaian sendiri.. ni kah permimpin yg dorang nak. sikit aje demo. apa2 demo. besok jadi PM salah dia pun dia demo... mati siolll hahahahahaha

    BalasPadam
  8. macam sial manusia mcm ni,,,lepas kena tahan merayu kerajaan bn tolong bebaskan...biar dia rasa,,,,

    BalasPadam