Ahad, 5 Mei 2013

kenapa perlu sabotaj? tak perlu begini kerana emosi wahai insan-insan yang tak puas hati!! kita nak menangkan bn!!

info yang aku terima, mungkin kerana tidak dapat menahan marah atau emosi, ada insan-insan yang kecewa mungkin sanggup memfitnah calon seri setia, datuk halim samad, hari ni hari mengundi, harap tak perlu lakukan cara kotor ini untuk menidakkan kemenangan bn di seri setia,

tak perlu fitnah, tahukan anda, datuk halim sanggup buat refinance kedai dia & kereta dia gara-gara budget tak cukup untuk membantu rakyat... pengorbanan seorang pemimpin, tetapi yang buat fitnah ini tak patut buat cara kotor gini, orang seri setia tau pengorbadan datuk, walau nik nazmi selama 5 tahun berapa kali je turun padang jenguk rakyat...

sedarlah ye, kemenangan bn sangat penting, dapat tau siapa buat sabotaj-sabotaj ni, siaplah..

risalah fitnah yang disebarkan dikawasan seri setia

artikel dari sinar harian sebelum penamaan calon :

SHAH ALAM - Calon muka baharu Barisan Nasional (BN) Tengku Rethwan Mansor yang sepatutnya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Seri Setia pada pilihan raya umum ke-13, menarik diri hari ini.
   
Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata Tengku Rethwan telah menarik diri dan penarikan itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tengah hari ini.
   
"Tengku Rethwan telah menarik diri dan surat penarikan diri telah dihantar kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.
   
"Atas sebab itu, Pengerusi BN Selangor (Najib) telah pun bersetuju mencalonkan Datuk Abdul Halim Samad (Penyelaras BN DUN Seri Setia) sebagai pengganti dan beliau (Abdul Halim) akan menghantar borang penamaan calon esok pagi," katanya pada sidang akhbar di Bangunan Umno di sini.
   
Mohd Zin telah menyerahkan watikah pelantikan sebagai calon kepada Abdul Halim pada kira-kira 3.15 petang ini.

Ketika ditanya mengenai sebab penarikan diri Tengku Rethwan, Mohd Zin bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.
   
"Biasalah dalam pilihan raya perkara ini memang selalu berlaku, sampai saat akhir memang akan ada pertukaran calon atau penarikan diri oleh calon-calon yang bakal bertanding," katanya.
   
Sementara itu, Abdul Halim, 46, berkata pencalonannya merupakan satu penghargaan buat dirinya dan beliau berterima kasih kepada Pengerusi BN yang mempercayai kepimpinannya.
   
"Terima kasih kepada Pengerusi (Najib) dan Timbalan (Mohd Zin) BN Selangor yang melantik saya sebagai calon, saya juga mahu berterima kasih kepada mereka yang telah menyokong kerja-kerja saya.
   
"Walaupun dicalonkan pada saat-saat akhir, saya akan berikan yang terbaik dan memastikan kemenangan BN di sini (Dun Seri Setia)," katanya. - Bernama


ps: dengki, khianat, sakit hati buanglah jauh-jauh...

2 ulasan: