Isnin, 20 Mei 2013

kesultanan melayu melaka - istana melaka bukan diperbuat dari kayu?

Adakah replika istana Melaka ini menepati senibina asalnya?

kota melaka pada zaman kesultanan melayu melaka, zaman tu, empayar melaka bukan calang2... dan rekabentuk istana melaka pada masa tu bukan kayu, tetapi batu laterit yang kukuh, malah bertingkat2.. kubah masjid yang besar, tembok pertahanan yang kukuh.. dan tentera yang hebat, senjata selain tombak dan keris, mereka mempunyai satu senjata yang musuh cukup takut (boleh tgk filem quenn of langkasuka), iaitu meriam kecil, yang boleh dibawa hanya dengan 3 orang hulubalang... hebat? ya hebat... 

tak perlu malu kalau anda digelar melayu.. sebab nenek moyang kita pada zaman itu mempunyai satu sistem pentadbiran Islam yang cukup hebat, empayar yang cukup dikenali sampai ke eropah, arab, afrika dan seluruh dunia... banyak kerajaan luar sangat cemburu dengan kehebatan kerajaan kesultanan melayu melaka... patut berbangga la beb... bukan mencerca... tak bangga dengan melayu? memalukan.. 

KOTA MELAKA YANG SEBENAR

Lakaran menunjukkan Kota Melaka pada zaman pemerintahan penjajah portugis. Lakaran diatas dibuat bagi merakamkan serangan Armada Acheh Darussalam ketika mengepung kota tersebut selama lebih kurang setahun. Dalam lakaran ini juga ada kelihatan sejenis senjata pelontar yang digunakan oleh tentera Acheh.

Sebenarnya para pembaca sekalian, semasa seorang pengembara Itali yang bernama Ludovico Vertema melawat Melaka antara tahun 1506 hingga 1510 pihak Portugis sering menghantar pengintip mareka ke Melaka untuk mencari maklmat tentang kemajuan perdagangan,, masyarakat dan kerajaan Melaka. Antara maklumat penting yang dibawa oleh portugis yang datang ke Melaka pada tahun 1506 dan 1508 ialah tentang strategi pertahanan Melaka. Beberapa lakaran tentang rupa bentuk dan binaan kota, istana dan kedudukan Bandar pelabuhan Melaka berjaya direkodkan. Antara lakaran tersebut ada menunjukkan bentuk tembok kota Melaka dan pintu gerbangnya yang kukuh dan dibina daripada bahan binaan tempatan seperti batu laterit. Bahan binaan ini sememangnya banyak terdapat di Melaka. Kedua dua pengembara tersebut iaitu Jorge Mello yang datang pada tahun 1507 dan Jorge De Aguilar yang datang pada tahun 1508, telah menghantar maklumat kepada sejarawan kerajaan Portugal iaitu Joan De Barros.

Dari lakaran yang dibuat, ia membuktikan tentang teknologi Melayu pada zaman tersebut. Pembangunan fizikal dan infrastruktur Melaka ternyata mempunyai ciri-ciri keselamatan yang mantap dan setanding dengan keududkan kota di Negara Asia lain. Dalam hal ini kemungkinan juga kerajaan Melaka mendapat tenaga buruh daripada orang gujerat yang memang terkenal bukan sahaja sebagai pedagang tetapi juga sebagai tukang pembina rumah dan bangunan. Hal ini juga menggambarkan wujudnya semangat kerjasama yang erat diantara tukang-tukang Melayu dan India Islam di Melaka dari aspek pembangunan kota dan pelabuhan yang pentadbiranya berpandukan hukum Islam.

Maklumat yang diperolehi daripada lakaran yang diterbitkan di Belanda pada tahun 1508 itu juga menunjukkan bahawa pintu gerbang ke kota Melaka yang ada sekarang sebenarnya bukanlah dari bahan binaan asal portugis. Berdasarkan lakaran yang ditemui melalui penelitian yang telah dibuat, mendapati asal binaan Melayu Melaka yang dimusnahkan Portugis telah diganti serta diubahsuai mengikut senibina Portugis. Senibina yang sama dilihat di Goa, Macao dan Ternate. Maklumat ini cukup membanggakan orang melayu khasnya dan Nusantara amnya kerana lakaran ini menjadi bukti nyata tentang ketamadunan Melaka pada waktu tersebut. Bermakna bahawa lakaran tersebut melambangkan betapa keupayaan orang Melayu mempamerkan kemampuan yang menjadi kemegahan bangsa dan negerinya yang setanding dengan bangsa lain. Dalam hal ini maklumat yang dicatat dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah mampu merakamkan pencapaian peradaban dan Tamadun Melayu pada ketika itu.

Jika anda semua perhatikan betul-betul lakaran penyerangan armada Portugis ini, anda akan dapat melihat dari kejauhan di pelabuhan Melaka deretan bangunan-bangunan yang besar, bertingkat-tingkat dan juga berkubah serta mempunyai beberapa menara. Mungkinkah ini bentuk Istana atau masjid Melaka yang sebenar?

Lakaran portugis juga turut merakamkan peristiwa peperangan yang berlaku diantara armada Portugis dengan Melaka. Dari lakaran tersebut diperlihatkan bahawa meriam-meriam daripada kapal Portugis dapat merosakkan benteng-benteng pertahanan orang Melaka dan juga kapal-kapal yang dimiliki oleh saudagar Islam. Dalam lakaran tersebut juga terlihat dikejauhan bangunan –bangunan yang terdapat di dalam kota Melaka dan di pelabuhan Melaka. Jelas daripada lakaran tersebut terdapatnya sebuah banggunan yang mempunyai kubah dan menara yang berkemungkinan adalah masjid Melaka atau mungkin juga istana. Terdapat juga beberapa buah lagi bangunan yang berderet-deret yang kelihatan diperbuat daripada batu atau konkrit dan mempunyai lebih daripada dua tingkat, bangunan ini berkemungkinan adalah istana sultan atau sebuah bangunan yang terpadat di dalam kompleks kota pelabuhan Melaka.

BACA SETERUSNYA..... KLIK SINI

8 ulasan:

  1. Hebat pun jatuh juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana ada kekal dalam dunia ni bodoh

      Padam
    2. thu takpa ni mesti nama kau sial kan haha tak pun nama kau Pussy.gg.com

      Padam
  2. Melayu dulu da maju la...kita je bongok percaya dengan penjajah yg kita ni dulu mundur...tgk la filem kita sendiri...semuanya digambarkan Melaka tu guna atap nipah...

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah memang telah terbukti Melayu memang hebat! Sejak kebelakangan ini sahaja terdapat segelintir Melayu yang mudah diperbodohkan oleh bangsa asing dan kafirun disebabkan hilang jati diri. InsyaAllah percayalah dengan pegangan Islam yang kuat kita akan buktikan kepada dunia kita mampu untuk merobah alam ini dengan kepakaran dan teknologi kita sendiri! Bermula dari sekarang, 10-20 tahun lagi akan menampakan natijahnya insyaAllah.

    BalasPadam
  4. Baru baca Utusan Malaysia hari ini (kesian yg mengharamkan dirinya membaca Utusan) kehebatan cerdik pandai Melayu (dari UMP) mencipta sebuah sistem yang mudah dan kemas untuk memproses sisa buangan sawit dengan menghasilkan gas methane untuk menjana letrik. Ciptaan yang sangat effektif yang terbaik didunia. Melayu beb!

    BalasPadam
  5. KERAJAAN MELAYU MELAKA MEMPUNYAI 30,000 SENJATA API (ringan dan berat ) . senjata api ringan di panggil musket (senapang lantak) , manakala senjata berat seperti meriam tembaga besar (seperti meriam kerajaan pattani , seri pattani dan meriam mudah alih yang di panggil lela rentaka (moden , mortar ) . melaka mendapat senjata2 ini dari pembelian dari kerajaan Ming china & kerajaan Uthmaniah turki . Ini fakta . tapi telah di selindung dan si putar-belit kan oleh orientalis2 barat yang cemburu dengan persenjataan kerajaan melayu melaka . kapal2 perang melaka juga besar dan laju , ini turut di akui oleh komander2 perang portugis yang menceroboh melaka ketika itu.

    bangsa melayu penguasa tersohor kawasan 3 lautan bertemu (selat melaka - laut cina selatan & laut jawa ) . sebab kerajaan melayu melaka itu kerajaan islam , sebab itu ia di serang , kerana kedudukkan melaka ketika itu setanding dengan pelabuhan venice di itali . bangsa2 yang menetap di melaka bertutur 38 bahasa dunia . puak salibi eropah tahu , kalau melaka tidak ditewaskan , maka makin sukarlah usaha mereka untuk mengkristian kan umat melayu nusantara kelak.

    BalasPadam
  6. Salam,
    1. Portugis (serta Sepanyol) ketika itu baru melepaskan diri dari kerajaan Islam Andalusia (sekitar tahun 1492). Mereka diperintah oleh kerajaan Islam Andalusia dari tahun 711 hingga 1492. Mereka mewarisi kemajuan dan kehebatan armada dan teknologi Andalusia. Portugis dan Sepanyol belayar ke banyak tempat dan menjajah banyak negara.

    2. Berdasarkan sentiment agama Kristian ketika itu, Portugis benci orang Islam termasuk orang di kepulauan Melayu. Kebencian ini mendorong pemusnahan Kota Melaka boleh dikatakan pemusnahan total dari segala istana, rumah, masjid, gudang, balai, makam dan sebagainya dan digunakan untuk membina kota ala Portugis.

    3. Penguasaan Portugis ke atas Melaka menyebabkan negeri-negeri di bawah takluk Melaka terlepas (seperti Pahang, Perak, Kelantan dll) tetapi negeri-negeri tersebut tidak tunduk kepada Portugis. Bahkan kerajaan baru ditubuhkan seperti Kesultanan Perak (1528) dan Kesultanan Johor (1528).

    4. Belanda membenci Portugis dan merebut Melaka dari tangan Portugis pada tahun 1641. Ada sedikit perbezaan sikap Belanda terhadap orang Melayu iaitu orang Melayu dibenarkan membina masjid. Sebab itu masjid-masjid tertua di Melaka didapati dibina pada zaman Belanda.

    5. Inggeris mendapat Melaka melalui rundingan dengan Belanda sejak tahun 1795. Rundingan menyatakan Melaka akan diserahkan kembali kepada Belanda pada tahun 1818. Tetapi suatu perkara pelik berlaku di Melaka iaitu Inggeris memusnahkan binaan kota dengan harapan Melaka menjadi tidak maju dan membantutkan hasrat Belanda untuk kembali ke Melaka. Pemusnahan kota Portugis dibuat pada tahun 1807 menggunakan bom.

    6. Stamford Raffles meminta Inggeris menghentikan pemusnahan Kota Melaka tetapi sudah terlambat. Hanya satu pintu kota sahaja yang selamat dari pemusnahan tersebut.

    7. Inggeris terus menguasai Melaka melalui Perjanjian Inggeris Belanda tahun 1824.

    BalasPadam