Khamis, 23 Mei 2013

pelik ni? uish marah le geng-geng haluan kiri beb!!


biar betul, ait rasa macam hairan pulak ni? hehe.. macam pelik bin ajaib je ni.. ait ait..  kalau aku pelik, tak pastilah anda semua pun pelik, hehe..

tapi kira baguslah, rasanya bernanah otak la bang non. haha..


Pas sedia bantu polis siasat konspirasi gulingkan kerajaan

SHAH ALAM – Pas dan DAP menolak usaha pihak - pihak tertentu termasuklah kumpulan propembangkang yang mahu menggulingkan kerajaan secara kekerasan.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan polis sekiranya diminta membantu dalam siasatan berhubung dakwaan konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan.

Menurutnya, Pas mengulangi pendirian bahawa parti itu tidak menyokong mana-mana pihak yang mahu menggunakan kekerasan dalam perjuangan kerana ia boleh menimbulkan
huru-hara dan ketidakstabilan kepada negara.

Katanya, Pas akan terus menegakkan keadilan, tetapi dengan cara demokratik mengikut apa yang termaktub dalam perlembagaan.

“Pas sama sekali menolak pendekatan untuk menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan kerana pendekatan itu amat serius. Malah kita sedia memberikan kerjasama dengan pihak polis.

"Perjuangan dalam Pas tiada keganasan sebab itu kita tolak sekeras-kerasnya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pengasas Asal Bukan Umno (ABU) baru-baru ini yang mahu menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan kekerasan atas alasan proses PRU13 baru-baru ini tidak telus.

Sementara itu, Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke berkata, parti itu sentiasa mengamalkan cara keamanan dan tidak akan terlibat dan menyokong usaha mencetuskan huru-hara.

sumber - sinar harian

6 ulasan:

  1. Berbaiklah sesama Islam, itu yang terbaik.

    BalasPadam
  2. hahahahahah ari tu berapi2 ckp mcm2.skrg bile sorg2 dh kene seret mask lokap..mula nk slow !piiiii rahhh.SMPI KIAMAT PUN MENIPU x sudh2 puak2 pembangkang ni!

    BalasPadam
  3. Habis cube le nasihatkan si Anwar tuh yg maish nak berdemo sana sini....masih dlm denial stage tuh...

    BalasPadam
  4. Dah penat demo, PRU lima tahun lagi, sampai bila nak demo. Kena kerja lah pulak, nanti anak bini nak makan apa.

    BalasPadam
  5. gerakan kempen ABC

    BalasPadam
  6. puak2 asal bukan umno tu buang negeri jer. tak payah jauh kat kpg2 sekitar seam reap cambodia pun dah cukup. nyesal masa tu tak sabar dia nak balik msia, mau dia cium tanah air ni nanti sebaik saja mendarat. punca tak puas hati kerajaan umno BN korup. kerajaan PR tu pun korup jugak. tgk di sgor kes pasir. di penang. itu baru sepenggal. cuba tgk sepenggal dua lagi. sama saja. blm bab dakwaan bekas su LGE sirazali tu lagi. mmg ngeri kalau PR berkuasa. tapi bodo melayu dlm PAS dalam PKR masih tak sedar anggap UMNO punca segala korup, walhal bapak korup yg besar adalah
    Anwar sendiri. Tak dinafikan jasa Tun Mahathir sgt besar tp kesilapan Tun yg besar adalah membawa Anwar masuk dlm politik yg Tun sendiri tak menyangka tak terperi jahatnya
    dia

    BalasPadam