Selasa, 14 Mei 2013

perpaduan sesama Islam dianggap jenaka - nasrudin tantawi


Nasrudin: Gesaan Umno-Pas bersatu ungkapan jenaka

SHAH ALAM – Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi menyifatkan gesaan menyatukan Umno dan Pas, yang semakin kerap dibangkitkan mutakhir ini sebagai suatu ungkapan jenaka malah tidak membawa sebarang kesan.

Sebaliknya ujar beliau, ia hanya akan menimbulkan fitnah serta menebalkan jurang persefahaman antara kedua-dua parti.

Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh menegaskan, usaha penyatuan itu tidak mungkin berlaku sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) masih meneruskan penindasan terhadap hak rakyat terutamanya dalam soal pemberian royalti minyak dan pembangunan di kawasan atau negeri yang dimenangi pembangkang.

"Isu penyatuan atau perpaduan itu tak ada sudahnya, kerap kali diulang dan diungkap.

"... seruan itu tak berfaedah, usah bermain dengan kata-kata, buktikan bahawa negara ini amalkan politik matang dulu, hormat-menghormati perbezan pandangan, hilangkan kekeliruan, kembalikan hak rakyat dan hapuskan penindasan, kemudian barulah cakap soal perpaduan itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut saranan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa ketika berucap dalam program bertajuk 'Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah' anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Alumni UiTM, semalam.

Nasharudin menggesa agenda penyatuan kedua-dua parti itu dijadikan sebagai usaha berterusan demi mengukuhkan kedudukan agama Islam dan kaum Melayu di negara ini.

Dalam pada itu, Nasrudin mendakwa isu perpaduan cuba digunakan Umno-BN apabila terdesak setelah gagal memperbaiki rekod prestasinya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akibat hilang sokongan rakyat dengan hanya menang mudah untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

"Dalam isu royalti minyak, tuntutan rakyat tak diberikan, lepas itu mereka tertekan, kemudian nak ajak cakap soal perpaduan, ia sesuatu yang tak masuk akal.

"Selagi apa yang berlaku hari ini, ungkapan itu hanya untuk melariskan surat khabar saja.

"Umno-BN saban hari menyerang Pas gunakan tv dan surat khabar, menyebabkan ada maklum balas daripada Pas, akhirnya hubungan Umno-Pas semakin tengang.

Tambah beliau, kerjasama itu sukar direalisasikan jika Umno-BN terus-menerus menyerang dan melemparkan pelbagai tohmahan terhadap Pas termasuklah parti Islam itu mengamalkan ajaran sesat dan menggadaikan prinsip Islam.

Agak kurang manis tegasnya jika selepas itu Umno-BN ingin berunding dan bercakap mengenai soal perpaduan dan kerjasama kedua-dua parti Melayu-Islam itu.

"Satu ungkapan yang tak manis dan tak dipandang positif oleh masyarakat.

"... buatlah perubahan dulu, jangan asyik dera rakyat, kerajaan Umno kena tunaikan kehendak dan kemahuan rakyat yang baik.

"Kalau dengar kenyataan menteri besar Terengganu, dia kata mana-mana pengundi yang tak sokong BN dalam pilihan raya lepas, kawasan itu tak akan diberikan peruntukan dan tidak akan dibangunkan, lepas itu dia nak ajak bersatu pula, itu tak mungkin jadi kenyataan," katanya.

Tambah beliau, gesaan itu juga pernah dilontarkan oleh anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mukhriz Mahathir, kini Menteri Besar Kedah, yang mengatakan bahawa sekiranya Pas menyertai Umno, hudud akan dilaksanakan.

"Kadang kala saya keliru dengan ucapan itu, yang bercakap itu kerajaan BN.

"Kalau Umno bentang hudud di Parlimen, insya-Allah ahli parlimen Pas akan sokong mereka, tapi kerajaan kena buktikan dulu," tegasnya.

ps: golongan angkuh biasalah, biarlah, kalau kita hulurkan tangan untuk salam, mereka ludah, kita sabar je, sebab dalam pas mesti ada golongan yang baik dan cintakan perpaduan!!

17 ulasan:

  1. puak2 pasNGOK ni rase diri hebat sangat la tuu....hebat sekadar jadi balaci setia kpd DOG AND PIG party dan PAKATAN KLENTONG RAKYAT

    BalasPadam
  2. SURAH MANA DALAM ALQURAN YANG SEBUT JENAKA"

    BalasPadam
  3. ....PERPADUAN sesama penganut Islam itu satu JENAKA ??? Ulama mana atau Tok guru mana yg ajar dia...mungkin dia belajar dari ust Lim Kit Siang...

    BalasPadam
  4. gila mamat ni ...

    BalasPadam
  5. Kalau nak harapkan pemimpin pas yang ada sekarang ni memanglah susah nak bersatu sebab otak mereka dah diliwat oleh aljuburi. akar umbi tentu kecewa dengan keputusan mereka lebih baik diadakan pungutan suara.

    BalasPadam
  6. aku tak sabar nak tgk manusia yg diGELAR Tok Guru meLUDAH-LUDAH muka org yg nak memperbaiki hubungan UMNO-PAS

    bukan apa, saje nak tgk LARAT ke dia nak LUDAH 1000 org.....hahahaha

    ni org kata..senang kata hearsay la...hehe:
    budak2 kalau meludah org kata NAKAL
    tapi kalau org dewasa/TUA LUDAH-LUDAH kat org, biasanya org panggil apa?...mmg patutpun kena GUGUR dr jd MB...hehe

    aku tau ramai ada jawapannya....hahahahahaha...wakakakakakaka..muaaahahahahaha

    BalasPadam
  7. sebenarnya hujah si PENIPU dlm debat ni byk sgt boleh dipatahkan.....cuma aku tertarik dgn satu kenyataan dia yg DANGKAL & TIDAK BERFIKIR sebelum mulut berbicara....ceeewah..hehe:


    "Kalau dengar kenyataan menteri besar Terengganu, dia kata mana-mana pengundi yang tak sokong BN dalam pilihan raya lepas, kawasan itu tak akan diberikan peruntukan dan tidak akan dibangunkan, lepas itu dia nak ajak bersatu pula, itu tak mungkin jadi kenyataan," katanya.
    -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
    Peruntukan utk rakyat ada, tapi utk wakil rakyat pembangkang tak dok...sbb apa x dok?......baca sini....inilah politik MATANG yg diajar pembangkang...hahahaha

    http://terengganutoday.com/berita-utama/tanpa-ppd-masih-ada-kaedah-lain-salur-bantuan

    lagipun kalau diberipun peruntukan pd wakil rakyat pembangkang, entah ke mana duit tu akan pergi.....ini POLITIK PERSEPSI yg diajar pembangkang.....jd terima je lah

    lepas ni, pro pembangkang kalau ada masalah jumpa wakil rakyat pmbgkg yg dipilih, biar mereka bawa usul utk bantu rakyat di mesy DUN....ni tidak asyik terkangkang, mulut mcm longkang disulami hadis & ayat Quran sebagai halwa telinga pendgr bangang...mmg patut diajar sebegini

    pssttttt...sekurang2nya UMNO/BN tak halau budak tabika nak belajar

    BalasPadam
  8. kalimah ALLAH dalam risalah pihak gereja subang diedarkan.

    http://www.anwaraidc.com/?p=35192

    inilah akibat pas dan pkr yg membenarkan sekutu mereka berkuasa.
    risalah dalam bahasa melayu. apa tujuan risalah tersebut mnggunakan bahasa melayu.......fikir2kan lah wahai muslim sekalian.......

    bagaimana jika anak2 muda diberi risalah ini......adakah iman mereka kukuh atau boleh dikelirukan.......

    sudah2 lah berpolitik.......ada perkara yg lebih penting utk ummah.........

    BalasPadam
  9. nasaruddin ni mungkin lebih arif dlm soal agama. walaubagaimana pun teman sebagai seorg islam nak peringatkan nasarudin tentang saranan Allah agar mangambil org islam sebagai teman dan sahabat dan bukannya kafir harbi. kalau kamu berbuat begitu bermakna kamu menempah kecelakaan dari Allah. Sila rujuk surah Annisa ayat 144.

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum...
    Bukankah Rasulullah diwaktu penghujung nafasnya menyebut ummati berkali-kali....betapa Rasulullah saw amat menyintai umatnya dan mengutamakan perpaduan ummah...jelas dapat kita lihat bagaimana Islam itu menerapkan perpaduan ummah....solat Jumaat diwajibkan secara berjemaah pada satu masa dan solat berjemaah diwajibkan melurus dan merapatkan saf....ibadah Haji juga ditetapkan pada satu tempat dan pada satu masa yg sama di mana seluruh umat Islam berduyun2 bersatu mengerjakan ibadah Haji bersama.

    Rasulullah sendiri berkali2 dicaci-hina dan pernah dipukul dgn penyapu oleh seorg kafir dan pada satu hari apabila Baginda lalu di depan rumah org kafir itu dan didapatinya org itu tiada....Baginda bertanya dgn org terdekat dan diberitahu org yg selalu menghinanya itu sakit....lalu baginda masuk ke rumah org itu dan tolong memasak air....itu SIKAP Baginda Rasulullah dgn org kafir....cuba fikirkan bagaimanakah sikap Rasulullah pada umat Islam....?

    Kalaulah Rasulullah masih hidup apakah baginda akan menyuruh umatnya meludah muka hamba Allah yg menghulurkan silaturrahim dan penyatuan ummah?? Adakah begitu sikap seorg mukmin? Sedangkan yg hendak meludah itu pun bukanlah 100% sempurna dan tak kurang juga salahnya dlm soal kalimah Allah yg disanggah oleh majlis ulama' sendiri. Bukankah perpaduan ummah ini FARDHU KIFAYAH yg wajib kita sama-sama pikul? Sedihnya umat Islam di Malaysia ini, tak kira parti apa sekalipun lebih memberatkan soal politik melebihi SOAL UMMAH. Kalau begitulah kedegilan dan keangkuhan kita maka sama2 lah kita jawap di hadapan Allah nanti yg pastinya tidak ada seorang pun hambaNya yg akan terlepas dari soal-jawap dgn Allah SWT. Boleh tak kita meletakkan soal Ummah dulu, mengetepikan dendam dan marah dan juga soal2 lain? Bila kita bersatu soal lain pasti boleh dibincang secara baik dan bertolak-ansur....hanya dgn penyatuan ummah saja kebaikan, keberkatan dan rahmat Allah akan kita perolehi dan Islam akan kukuh. RUGIKAH kita jika menegakkan tunjang Islam?? Maafkan jika ada kesilapan saya....yg baik dari Allah dan yg khilaf dari saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasulullah tak ajar umat dia berdendam sampai ke kubur, itu bukan cara Islam..

      Padam
  11. mcmne org temerloh bole pilih mangkuk hanyun mcm ni jd ahli parlimen?btol2 staement paling BONGOK LG BODOH TAhap gaban!

    BalasPadam
  12. kalau aku, aku LUDAH MUKA SI TUA LAHANATULLAH tu.. !

    BalasPadam
  13. Biduk berlalu, kiambang bertaut.
    Penduduk Malaysia mesti bersatu terutama sekali bangsa teras iaitu MELAYU DAN BUMIPUTRA. Ayuhlah kita kuatkan semula ekonomi MELAYU dan BUMIPUTRA. Kita dah tahu siapa gunting dalam lipatan kita sekarang ini. Sedar lah bangsa MELAYU DAN BUMIPUTRA semua. AYOH KITA BERSATU UNTUK MALAYSIA TERCINTA!!!!!!

    Produk Bumiputra dan Melayu seperti berikut:

    1.Roti Gardenia (Syed Mokhtar Bukhary)
    2.Bihun Jati Bernas (Syed Mokhtar Bukhary)
    3.Minyak Masak Tiara (FELDA)
    4.Minyak Masak Saji (FELDA)
    5.Susu Manis Pekat Saji (FELDA)
    6.Susu Manis Cair Saji (FELDA)
    7.Magge Sajimee Saji (FELDA)
    8Mayonis SajiMayo Saji (FELDA)
    9.Marjerin Pelangi (FELDA)
    10.Sos Cili Pelangi (FELDA)
    11.Sos Tomato Pelangi (FELDA)
    12.Jem Peanut SunBear (FELDA)
    13.Sardin Agromas
    14.Sardin Pertima
    15.Kopi Hang Tuah
    16.Bihun Sufi
    17.Mi Kuning Sufi
    18.Kuey Teow Sufi
    19.Garam Sufi
    20.Sos Lada Hitam Sufi
    21.Sos Cili/Tomato Sufi
    22.Kicap Masin/Manis Sufi
    23.Tepung Goreng Sufi
    24.Minyak Masak Sufi
    25.Telur Cap Sufi
    26.Ubat gigi Najwa
    27.Ubat gigi Halagel
    28.Garam Halagel
    29.Tepung gandum Cap Bidara
    30.Tepung gandum Faiza
    31.Jus minuman Safina
    32.Syampoo D'herbs
    33.Mydin
    34.MyMart (kedai keluaran Mydin)
    35.Bihun Kampung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak kpd Jijan Mali. Saya nak tambah sikit:
      1) Beras-(Faiza)
      2) Kopi pelbagai jenis-(Power Root Ali Cafe)
      3) Produk masakan dll-(ADABI)
      4) Kicap manis/cair-(Kipas Udang)
      5) Sirap/kicap dll-(Jalen)
      6) Semua produk FAMA
      7) Kain-baju/tudung/cadar/karpet-(Jakel)

      Padam
  14. " usah bermain dengan kata-kata, buktikan bahawa negara ini amalkan politik matang dulu, "

    Nak tanya nasharudin taik, politik matang macam mana kalau kalah tak boleh terima jerit sana sini macam nuar berahim. Poooodah

    dah ada bukti politik matang pemerhati kata tak ada tipupun pembangkang dok jerit kata spr tipu jugak.

    BalasPadam
  15. Apakah seksaan kubur itu juga jenaka bagi nasrudin

    BalasPadam