Khamis, 2 Mei 2013

[TERPUJI] WALAU DI HINA MACAM-MACAM DEKAT TUN MAHATHIR, DALAM DIAM DIA BANYAK MEMBANTU TUAN GURU NIK AZIZ!!

kenapalah manusia tak pernah bertanya dalam diri apa makna bersyukur!! kenapa dalam jiwa masing-masing agak keras menerima kebaikan insan ini wahai penyokong tegar pas? kenapa anda terlalu dendamkan insan ini sedangkan beliau dalam diam banyak membantu tuan guru nik aziz?


Dr. M bantu Pas Kelantan RM300j setahun secara diam-diam

BUKIT MERTAJAM 2 Mei - Seorang aktivis politik, Datuk Khairuddin Abu Hassan mendedahkan, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri dahulu pernah membantu orang Melayu dan Islam di Kelantan yang ditadbir Pas secara diam-diam.

Menurutnya, bantuan antara RM200 dan RM300 juta setahun itu diberi Dr. Mahatir sendiri kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kereta sayalah yang ambil Tok Guru (Nik Abdul Aziz) setiap enam bulan antara pukul 11 dan 12 malam apabila orang sudah tidur ke rumah Dr.Mahathir.

"Dr. Mahathir kata kepada Tok Guru, dia tidak boleh tolong secara terus menerus kerana Kelantan adalah pembangkang. Namun untuk orang Melayu dan orang Islam di Kelantan, Barisan Nasional (BN) beri duit kepada Tok Guru.

"Maka atas arahan Dr. Mahathir, setiap tahun kita (BN) beri RM200 juta, RM300 juta kepada Tok Guru secara senyap-senyap," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berceramah di Kampung Permatang Kebun Sireh di sini malam tadi.

Jelasnya, sebanyak 95 peratus masjid di negeri Kelantan dibina oleh BN dan rakyat sepatutnya mendesak Nk Abdul Aziz sendiri untuk memberikan jawapan.

"Tuan-tuan boleh tanya Tok Guru sendiri, betul ke tidak perkara itu?

"Kita bina jambatan, jalan raya dan sekolah di Kelantan," ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, segala jasa Dr. Mahathir itu tidak dihargai oleh pembangkang sebaliknya bekas Perdana Menteri itu sentiasa dicemuh. -UTUSAN

7 ulasan:

  1. Kalaulah betul ini yg sebenarnya berlaku, sedihnya hati ini merenung wajah Tun yg sentiasa dihina dan dicaci maki olh PAS..insan inilah yg sering dianggap mahazalim olh PAS..ya Allah..

    BalasPadam
  2. Mudah-mudahan orang Melayu kembali bersatu....Amin

    BalasPadam
  3. Pendedahan ini patut disiarkan dalam TV supaya orang ramai sedar terutama pada mereka2 yang menggelar beliau zalim terhadap rakyat kelantan

    BalasPadam
  4. Kalau wang RM300juta setahun diberi dgn tangan,apa pula peranan/tugas JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN yang ditubuhkan oleh Mahathir di Kelantan. JPP ditubuhkan bagi menyalurkan sendiri peruntukan wajib Persekutuan ke Kelantan bagi mengelakkan kontrektor pembangkang dpt projek. Kalau nak kelentongpun cakaplah di Kelantan bukan di Kedah.

    BalasPadam
  5. tanpa nama 3:12 tatap xley trima derr... korang cakap p la apa pun pencacai PR xley nak trima.. depa jugak yang suci murni... andai btoi benda kat atas.. itu antara tun, nik aziz dan Allah taala...

    BalasPadam
  6. Perkara itu saya ada dengar dari org perbendaharaan, sebab selepas 6 bln tiada income untuk nak bayar gaji kakitangan dan lain-lain lagi

    BalasPadam