Isnin, 6 Mei 2013

TUM MAHATHIR SEDIH? MEMANG INI LAH BERLAKU SEKARANG! SEDAR LAH WAHAI MELAYU!



MARILAH BERSAMA LUANGKAN MASA UNTUK MEMBACA TULISAN
TUN MAHATHIR.
MENGAPA TUN MAHATHIR SEDIH?

SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.
Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.
Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.
Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.
Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.
Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.
Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.
Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.
Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.
Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.
Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.
Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.
Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.
Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.
Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.
Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.
Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.
Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.
Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.
Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.
Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.
Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.
Artikel dr Utusan

22 ulasan:

  1. Saya juga turut kecewa dan bersedih. Saya tidak faham kenapa orang2 Melayu tidak dapat merasa atau mengambarkan masa depan malang yg perlu kita lalui disebabkan ketidakmampuan kita merenong, berfikir dan memilih jalan yg sempurna. Kita nampaknya cenderong di perkakaskan jika berolih satu pujian, habuan dan pulangan.

    BalasPadam
  2. Kita amat sedih walau menang PRU ini. Sedih yang amat sangat apabila melihat generasi baru sedikitpun tidak menghargai perit jerih generasi lalu mengembalikan tanah Melalyu kembali ke tangan Melyu sendiri. Lebih menyedihkan anak anak Melayu sendiri mempertikaikan hak istimewa Melayu yang sah dan telah termaktub dalam perlembagaan negara. APA SEBENARNYA YANG MEREKA FIKIRKAN?

    BalasPadam
  3. aku nangis ...

    BalasPadam
  4. Concerned Malay6 Mei 2013 6:33 PTG

    Saya juga turut kecewa dan sedih. Fenomena tamak kuasa, mengkhianati bangsa, pentingkan diri sendiri serta tamak haloba yang membawa perpecahan dan keruntuhan kuasa memerintah berlaku dalam masyarakat lain di dunia ini dan berulang ulang dalam sejarah tamadun manusia.

    Cara Melayu mengekalkan kuasa hanyalah dengan memperkuatkan amalan agama Islam yang merangkumi budi pekerti baik, akhlak yang indah dan peribadi yang dihormati. Rosulallah, adalah manusia Islam contoh dan manusia sempurna yang diturunkan Allah untuk memimpin umatnya supaya dapat hidup dengan aman dan harmoni. Ikut sunah Rosulallah, inshaAllah Melayu selamat dunia akhirat. Tak boleh ikut sepenuhnya pun tak apa asal ada permulaan dan perlu ditambah dan ditingkatkan.

    InsyaAllah Melayu selamat.

    BalasPadam
  5. sistem pembelajaran kita salah silap.. kerab berubah.. hati guru pun berubah. Sakit hati masalah guru Menteri tak ambil tau< pegawai keliling ampu bodek aja, meka Undi Pakatan. Isteri Najib jgn lah menyebuk org benci d jadikan sasaran. Najib menyembah kaum cina berlebihan sangat dari awal Blogger dan org melayu da cakap tp Kami di sampah di mata meka. KIni Padan Muka. Najib Gagal saperti Paklah tp Najib lagi teruk. Tranfomasi entah apa ..Pakatan dan penyokong meka tak ambil tau. Cyber Trooper mereka Hebat..BN dan Umno serta Parti lain dalam BN gagal gagal..KIta berlembut ..segala pemintaan meka kita ikuti, setiap isu kita beri keutamaan, POlis di anjingkan semasa bersih dan dimana mana, BN Kerajaan sunyi , minta ambil tindakan tegas, sebab Polis tu melayu yg bising kata di kasari itu cina, So Bunuh Melayu, hidupkan cina Sebab Nak Undi. Rosmah elok dudk diam diam. Najib elok lepaskan jawatan malu nya. Cina tak suka kamu tu ..dalam Media sosial Najib byk makin hamun. Malu lah melayu pahang. MB pahang kata nak Potong telinga jika Betong kalah pada Pakatan, Potonglah..Jgn Over Konfiden. IGP Polis Gagal , Hishamudin Gagal.Warga PDRM tak suka mangkok ini , Undi BN sebab Sayangkan Melayu Bukan sayangkan HIsham atau Najib

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju...kepimpinan lembut sangat...terlalu ingin menjaga hati golongan2 ni..kena lebih tegas...contoh paling nyata membiarkan si Anwar dajjal mempermainkan proses kehakiman sehingga kes boleh ditangguh bertahun2...kenapa pihak kerajaan takut dgn pembangkang...nak tunjukkan ketelusan tp memakan diri sendiri...

      Padam
  6. PLKN sewajarnya 2 tahun Wajib Bukan 3 Bulan untuk melajar Menari, Ber poco poco . Isi Kosong.. Keluar tak dapat apa apa. Pelajaran Sejarah kenapa hilangkan ..sekarang baru nak wajib.. Bebal punya Tranfomasi.

    BalasPadam
  7. Tun hidup dlm zaman penjajahan Bristih. Tun faham susah senang hidup masa tu. Anak2 muda Melayu skrg pun hidup dlm zaman 'penjajah'. Bebaskan mereka.

    BalasPadam
  8. siapa dulu yang memfitnah dan memasukkan anwar ke penjara. D.M sendiri mengakui dalam satu ceramah bahwa tuduhan yg dibuat terhadap anwar adalah rekaan semata krn anwar dah lebih sudu dari dia (d.m). Nak salahkan anwar buat melayu huru hara harap d.m cermin diri dulu sblm berkata. kalau tak krn beliau masakan anwar keluar penjara (atas ihsan pak lah) terus mengamuk dan semacam menuntut bela. Hmm fikir2kanlah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa dahhh bro pi salahkan Tun M lak...Haloooo pi tanya Karpal lah bro sebelum n buat statement tu. Adeeehhhhh mkn byk sgt kunyit inilah jadinya.

      Padam
    2. Anon 7:O5

      Kau banyak sangat baca harakah dan kaldai daily sebab tu kau merapu bukan2.

      Padam
    3. Hang ni. Manusia yg pertama sekali pertikai moral anwar di parlimen tu karpal singh. Manusia yg pertama sekali gelar al-jub**ri pd anwar tu mat sabu. Yg hang nabuk ketum salahkan tun tu pasai apa?

      Padam
  9. Dr.M semacam lupa satu perkara, kenapa selalu nak mempersalahkan orang melayu? beliau bukan hanya mantan PM untuk masyarakat melayu. apa komen beliau tentang dan kaum lain pula? knp tak sebut pasal singapura? skrg nih penang esok lusa malas nak sebutlah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab melayu mudah lupa macam kau..

      Padam
  10. satu fitnah dari tanpa nama 7.05ptg. Pada saya semua ini adalah disebabkan kesilapan pak lah...

    BalasPadam
  11. sedih, kecewa dan marah ! najib terlalu berlembut dengan kaum ni semuanya dianugerahkan tanpa merasai pedihnya Melayu bilamana melihat Universiti Cina diluluskan , ISA dimansuhkan, tokong dan pendidikan cina usah cakap la . Melayu dianjingkan begitu rupa sehingga yang meninggal kerana negara turut diperlekehkan tanpa sebarang tindakan susulan kerajaan. Apakah kita begitu hina atau begitu bodoh sehingga kerajaan sendiri berdiam diri membenarkan kenyataan sebegini . Apakah Melayu tidak ada maruah sehingga kita berada dibawah tapak kaki mereka pun masih berdiam ! Sampai bila kita harus memberi dan memberi .Tidak cukupkah realiti demi realiti dihadapan mata . Najib bercakap tentang NATION!NATION!NATION! tetapi kaum ini bercakap tentang CINA UNTUK MALAYSIA , TERBUKTIKAN ! Andaikata Najib perihatin berubahlah demi kelangsungan Melayu atau jika tidak mampu letaklah jawatan secara terhormat dan perlu digalas oleh mereka yang lebih KEMELAYUAN . CUKUP CUKUP SUDAH SAMPAI DISINI SAHAJA MEMBERI KEPADA YANG MANUSIA YANG BERTOPENGKAN KESETIAAN TETAPI RACUN YANG MEMBUNUH DALAM DIAM . MASANYA SUDAH SAMPAI UNTUK KITA MENGAJAR DAN BUKANNYA BERLEMBUT JIKA TIDAK MAHU LAGI DIKHIANATI. KEPADA NAJIB BERUNDURLAH ANDAI TIDAK MAMPU KERANA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA KINI MENJADI TARUHAN BUKAN LAGI 1MALAYSIA UNTUK SEMUA !!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedar lah Najib!Bertegas dan jgn berlembut lagi.Cukuplah melayu telah lama dihina.Kasim gayang dgn cina yang derhaka dan khianat kepada bn.

      Padam
  12. Dalam keputusan pilihanraya ke 13, BN bukan hanya di tikam dari belakang oleh undi bangsa Cina, malah bangsa kita sendiri menolak apa yg selama ini diusahakn UMNO & BN secara amnya.

    Sikap penolakan pada teras JATI DIRI Melayu telah menyebabkan melayu menjadi keliru mencari kekuatan diri hinggakan ada ketika tanpa segan silu membuka pekung sesama bangsa dan bergelak ketawa apabila bangsa sendiri di hina oleh bangsa lain setiap kali ceramah diadakan.

    Bagi yang berharta, berilmu dan berpelajaran, apa sahaja yg akan berlaku selepas ini tidak menjadi soal dalam menentukan survival mereka. Yg merisaukan adalah anak Melayu yg masih dibelakang, lemah dan perlukan bantuan.

    Wajarkah mereka ini ditinggalkan untuk menjadi hamba kepada bangsa lain?

    Atas kebijaksanaan DAP meraih undi, akhirnya org Melayu yg lemah daya survival mudah leka dan akhirnya gagal mencapai kesepakatan. Adakah anda mampu kekal menjadi tuan di Tanah tumpah darahmu ini?

    Semuga Allah selamatkan anak cucu ku nanti.

    BalasPadam
  13. tu m penahberkata ...yb umno lantik timbalan dia bodoh supaya tak melawan dia...bukan nak latih lagi ....timbalan yang bodoh bila naik jadi ketua lantik timbalan double bodoh dari dia... yang pandai2 pi kat pas dan pkr...so sapa bunuh sapa sekarang nie ? melayu gak ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. 6 Mei 2013 8:12 PTG
      Adehhh ayat tu "Tun M pernah berkata"...kutip kat mana tu. Puiii statement guna kebijaksanaan tu.

      Padam
  14. tuan-puan sekalian...

    PRU10, 1999 - BN Menang atas undi kaum Cina(perpecahan Melayu
    kerana kes DSAI)
    PRU11, 2004 - Tahun ni DAP dapat jumlah kerusi paling sedikit
    dalam sejarah..

    http://pilihanraya2008.wordpress.com/info/statistik-pru-11-2004/

    PRU10 - Bila UMNO/BN call for help pada kaum Cina, mereka dtg berikan undi...bolehkah kita andaikan yang kaum Cina ini adalah dari golongan moderate yg nampak perpecahang Melayu akan membawa bala pada mereka? mereka bijak tidak undi DAP kerana mereka tahu bahayanyer..

    PRU11 - Kemenangan besar BN..apa yang Barisan Alternatif laungkan semuanya ditolak majoriti rakyat.. termasuk kaum Cina..kerusi Kota Melaka, yang dipegang DAP sejak 1969 jatuh pada BN.. PRU11 diadakan hanya selepas beberapa bulan sahaja Pak Lah menjadi PM...Pak Lah x perlu berkempen habis-habisan seperti skrg ni..rileks... so apa kesimpulannya.. Pak Lah naik menjadi PM tanpa sebarang bagasi berat..

    Pada Pru11, Melayu, Cina dan India nampak moderation, ketelusan, keadilan yang mereka x nampak sebelum ni...Majority Cina especially tinggalkan DAP(yang perjuangkan hak sama rata) kerana nampak Pak Lah adalah pemimpin yang boleh dipercayai(bibit impian 1Malaysia berputik disini..)... Malangnyer beliau gagal dlm perlaksaan tindakan ekonomi, dan lemah dalam menangani kebebasan bersuara, ketidak puashatian rakyat sehingga wujudnye Hindraf..

    Dan sesungguhnyer keadaan yang dah berat(Tsunami 2008) apabila NTR naik sebagai PM dengan bagasi kapal selam yg begitu berat sehinggalah kes kematian di SPRM Shah Alam dan Cheras, menjadikan rakyat bertambah kusut dengan kekalutan sistem keadilan,kepercayaan..akhirnya membuatkan rakyat beralih arah kepada PR untuk merungkaikan kekusutan dan kekalutan ini..

    impian 1Malaysia - bukan maksud hilang hak istimewa Melayu..tapi negara bersih korupsi, sistem keadilan saksama...good governance... mencari Pak Lah 2.0(yang lebih baik)..dikalangan masyarakat Melayu UMNO PAS dan PKR..

    mohon maaf jika apa saya nyatakan disini salah atau mengguris hati... saya merungkai permasaalahan dari perspektif Melayu yang menjunjung keamanan keharmonian semua kaum especially kaum Melayu saya...

    jika salah pendapat saya tolonglah tunjukkan... Assalamualaikum...

    BalasPadam
  15. Ribut berlalu, kiambang bertaut. Kuatkan semula ekonomi Melayu. Buy Malay product FIRST. Kita dah tahu siapa musoh kita sekarang ini. Sedar lah bangsa melayu semua.
    Ayoh bersatu!!!!!!

    BalasPadam