Rabu, 15 Mei 2013

ustaz azizan lega pas kalah di kedah? mudah-mudahan beliau cepat sembuh!!

pas sekarang memang dah dirosakkan oleh anwarisme, kerana kuasa, sesama Islam lantak pilah, janji aku nak kuasa, masalah dalaman mereka terlalu berat, tetapi kerana nak cover dekat macai-macai diaorang sanggup tutup apa saja, tetapi cukup kesian dengan ustaz azizan yang mereka-mereka gila kuasa perlakukan dia macam tu, patutlah pas kerusi parlimen ciput je, kasi jilat la dap kuat dan ketat-ketat ye pas, pas dulu dan sekarang dah berbeza, harap maklum!!!


KUALA LUMPUR, 14 Mei — Kekalahan PAS di negeri Kedah adalah sesuatu yang melegakan buat bekas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak, kata setiausaha politiknya Muhammad Sanusi Md Nor.

Sekiranya kemenangan 2008 berjaya dipertahankan menurut Muhammad Sanusi, situasi kecoh berebut jawatan dikalangan pemimpin parti Islam itu pasti berlaku memandangkan kedegilan dan sikap keras kepala.

“Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Hang bayangkan kalau kita menang dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besar daripada awal 2013 hari itu,” kata Azizan kepada Muhammad Sanusi yang dipetik dari akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian hari ini.

Dalam artikel yang ditulis oleh Muhammad Sanusi itu, beliau mengesahkan beberapa masalah dalaman yang berlaku dalam PAS di negeri tersebut, antaranya cadangan dan arahan Azizan sudah tidak lagi diendahkan.

“Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa-apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah.

“Hampa pi lah ke Pejabat Agung, aku sudah tak boleh buat apa-apa,” tulis Muhammad Sanusi mengenai apa yang dikatakan kepadanya oleh Azizan.

Disamping itu, Azizan juga meluahkan rasa tidak puas hatinya ke atas segelintir pemimpin PAS di Kedah yang tidak lagi merujuk kepadanya selaku Pesuruhjaya Negeri tetapi sebaliknya mengadu kepada Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur.

 “Tak ada siapa mai habag dosa apa yang aku buat, main hentam jauh-jauh saja. Mai lah cakap depan aku, apa salah aku. La ni semua pi panjat Pejabat Agung. Kita di negeri dah tak laku. Biaq depa jawablah,” kata Azizan beberapa bulan sebelum pilihan raya umum ke 13.

Sebaik berakhir pilihan raya, Azizan (gambar) terus dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Besar Pulau Pinang dan ketika ini masih lagi menerima rawatan selepas kedua-dua belah kakinya terpaksa dibuang bagi mengelakkan jangkitan merebak ke seluruh badan.

sumber semut hitam

ps: majoriti orang melayu dah tolak pr! benar? yup itulah hakikatnya.. 

3 ulasan:

  1. walaupun pemimpinnya cemerlang, tapi kalau anak buah yg dipertanggungjawabkan dgn tugas HANCUR....maka leburlah kebaikan2 yg sudah/sedang/akan dibawa pemimpin.

    situasi PAS Kedah serupalah dgn apa yg sdg UMNO/BN alami skrg ni.....disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga....ex-MB PAS habis kena sumpah seranah, arahan tidak diikuti, kedudukan tidak dihormati

    hanya dlm mas 5 tahun, sifat pemimpin2 PAS sudah ditunjukkan Allah....betapa jijiknya mereka berpura2...berlakon sebagai alim ulama' utk mengabui sifat jahiliyah sebenar mereka.....mereka permainkan Islam & umat Islam semahu mereka....tetapi Alhamdulillah berkat kun fayakun Allah pemerintahan ditukar kepada yg lebih berhak & insya-Allah lebih baik dr yg sebelumnya

    BalasPadam
  2. semoga cpt smbuh ust...ustaz antara pemimpin pas yg lbh elok dr murshidul n presiden pas...

    BalasPadam
  3. Bagi Su.pas tetap pas.bn serupa la.th penting Islam bersatu.klu dap dgn pas.kta dap nk prentah .klu mca grakkan dlm bn.sblum nii pun sama la.th bezanya.pas parti Islam.bn parti APA pulak.

    BalasPadam