Khamis, 13 Jun 2013

RAFIZI - YA KAMI AKAN BOIKOT! TOLONG FAHAMI TINDAKAN KAMI!! poodah lah lu!!

kalau nak tau pembangkang mana paling badas dalam dunia ni, tak payah pergi jauh kat malaysia ni dah ada satu entiti pembangkang gila kuasa yang paling bedebah pernah lahir dalam abad ini, sebab apa dok kata macam tu, yelah, dulu masa sebelum pru13, punya haramjat eksyen kata kompem diaorang menang, sebab keputusan tak menyebelahi mereka, yelah dah kalah, kalah lah, apa mereka ni tak faham makna kalah ke camne.

punya kata spr tipu, mainkan isu blackout, isu bangla, isu dakwat kekal, dan macam-macam taktik jahat mereka jaja demi nak tunjukkan pada dunia mereka kalah kerana ada penipuan, penipuan opah dia kalau negeri diaorang menang dah angkat sumpah dah. kalau tipu tak payah angkat sumpah melantik ketua menteri dan menteri besar, ai bedebah yang sungguh bedebah.

dah ni mereka cadangkan pulak nak boikot sidang dewan rakyat dan takkan mengangkat sumpah, ai ce ce konon nak tunjuk mereka protest la, kepala bana ini semua la wei.. macam bapuk tertelan gincu la pemimpin cap ayam pr ni terutama pkr!!


PETALING JAYA - Ahli parlimen PR khususnya PKR tidak gentar jika hilang kelayakan sebagai wakil rakyat sekiranya mereka tidak mengangkat sumpah pada 24 Jun ini.

Sebaliknya Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, kenyataan Tan Sri Pandikar Amin Mulia kelmarin tidak mengikut perundangan malah Speaker sendiri tidak boleh menolak majlis angkat sumpah pada tarikh lain yang dipersetujui ahli Parlimen PR.

"Itu adalah satu kenyataan yang tidak mengikut undang-undang yang dibuat oleh Speaker Parlimen, dan belum tentu pun dia akan jadi Speaker Parlimen.

"Kalau ikut pemahaman dan tafsiran undang-undang yang kita, Speaker tidak ada hak untuk menolak angkat sumpah kerana ahli Parlimen dilantik oleh rakyat.

"... kuasa yang kami ada sebagai mewakili kuasa rakyat tidak boleh dibatalkan hanya kerana seorang Speaker tunjuk lagak untuk tidak mahu menerima angkat sumpah kita," katanya kepada Sinar Harian Online, di Ibu Pejabat PKR, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas Speaker Dewan Rakyat yang menyatakan bahawa jika ahli parlimen pembangkang memulaukan majlis angkat sumpah dan tidak hadir selama enam bulan berturut-turut di Parlimen, mereka akan hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Malah katanya, beliau juga boleh bertindak boikot ahli parlimen pembangkang untuk upacara angkat sumpah di hari yang lain.

"Kalau mereka boleh boikot sistem demokrasi, saya juga akan memboikot mereka jika mereka mahu mengangkat sumpah pada hari lain.

"Ahli Parlimen yang tidak mengangkat sumpah tidak akan dibenar berada dalam Parlimen atau menjalankan fungsi sebagai wakil rakyat," katanya

sumber sinar harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan