Isnin, 10 Jun 2013

erm ada masalah otak mamat ni!!

bila kantoi sok, akan bagi taulah  acc fb dia di hack, bukan diri dia, sedangkan sesuka hati mak bapak dia je hina lagu negaraku, apa minda komunis ke otak mamat ni!! haram jadah!!


KUALA LUMPUR 10 Jun - Seorang lelaki dipercayai pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sebuah negeri di Pantai Timur didakwa telah menghina lagu Negaraku di laman sosial.

Perkara itu didedahkan oleh blog Angin Perubahan dalam entri terbarunya hari ini.

Ekoran penghinaan terbuka itu pemilik akaun Facebook tersebut, "Mohd Farizal" telah dikecam oleh beberapa pengikut-pengikut laman sosialnya.

Lelaki terbabit telah bertindak mengubah suai senikata lagu Negaraku dengan perkataan-perkataan yang menjijikkan terhadap tanah air dan raja-raja Melayu.

Antaranya "Negaraku, tanah tumpahnya maniku. Rakyat hidup miskin dan makan taik... Tuhan, matikanlah raja kita, masuk kubur... Tuhan, masukkan raja kita ke negara jahannam..."

Sebelum ini, beberapa individu telah menggunakan laman-laman sosial terutama Facebook untuk menghina Rasulullah SAW, agama Islam, institusi raja-raja Melayu dan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia.

Sehubungan itu, pelbagai pihak mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit kerana tindakan tidak bertanggungjawab mereka boleh menjejaskan keharmonian negara. - UTUSAN ONLINE

ps: silap hari bulan facebook diharamkan kat malaysia, baru ada akai.

4 ulasan:

  1. mamat ni ada masalah mental....ada skru yg longgar dlm otaknya....

    BalasPadam
  2. Tanya dia, negeri mana dia nak tinggal? Malaysia ni buka negara dia. Halau saja dan berhentikan kerjanya.

    BalasPadam
  3. orang kuat umno10 Jun 2013 10:09 PTG

    Memang budak tu dah banyak screw loose....
    Untuk tindakan seterusnya call 07 - 237 3333 atau 05 - 533 2333, untuk tindakan lanjut.

    BalasPadam
  4. Apa ni..??!!! Semakin galak rakyat2 tak menghormati negara sendiri.. apa ni najib? apa ni zahid? bukan suruh bertindak ikut emosi tapi guna akta dan peraturan yang sediada utk menentang anasir2 yg memusnahkan keamanan negara..!! Ya Allah Ya Tuhan kami...berikanlah keamanan dan kesejahteraan negara kami tercinta... Engkau turunkanlah laknatMu kepada hamba2 yang tidak mensyukuri nikmatMu..amin..

    BalasPadam