Isnin, 10 Jun 2013

menjadi pemimpin bukan tahap iq nya setakat lulus spm!!

al kisah

sekarang ini heboh, dalaman unit media maya bn, bercakaran sana sini, ada yang kata itu, ada yang kata begini, yang kena ds najib juga, apa dia nak dijadikan bahan lepas geram sebab ada dikalangan orang hebat kata mereka lah sebetulnya bukan mereka yang najib kenal, erk.. 

mereka kata najib tak memikirkan hal sebenar, banyak najib beri peruntukan bagai sampai ada yang kecik hati tak dapat, dan macam-macam cerita, macam-macam spikulasi, kadang-kadang aku rasa kerana termakan spikulasi dari musuh dalaman sendiri, maka bercakaranlah tanpa hala tuju, sedangkan kita perlu fikirkan bagaimana nak mempertahankan bn di pru14 nanti.

beb, fikirkan satu perkara, seorang pemimpin macam pm, pemikiran dia bukan macam kita yang hari-hari dok emosi tak tentu hala, cepat terasa, cepat fikir bukan-bukan, ds najib fikiran dia kita tak leh nak tangkap, tetapi dia sedia mendengar, apa ingat dia tak dengar ke keluhan dan kritikan, tetapi dia ada cara nak menyelesaikan, kita? kalau dah termakan emosi, di bawa sampai 24 jam cerita sama je, matlamat nak menguatkan jentera jauh sekali, spikulasi dan spikulasi, sampai perkara tak betul di jaja dan di hasut supaya ds najib menjadi bahan lepas geram, hul aloh!!

seorang general ada cara paling bernas dan intelektual cara dia berfikir, bukan cepat melatah, bukan cepat dengar cakap orang, JADI PESAN AKU, UDAH-UDAHLAH CARA MENCANTAS ORANG UNTUK KITA NAIK!! UDAH-UDAHLAH BERFIKIR MACAM KITA SAJA BETUL. ORANG LAIN TAK BETUL!!

kesilapan itu perkara biasa, jadi sepatutnya kita fikir apa perkara yang patut untuk menguatkan jentera maya kita, bukan merosakkan dengan cerita cap ayam golek!!

dah tengok belum filem ni? OLYMPUS HAS FALLEN

anda tahu apa itu mengawal minda cara intelektual dan cerdik tanpa dibawa emosi? ya itulah peranan pelakon morgan freeman, bayangkan kalau kita yang tahap iq emosi sekolah tak tinggi dan tak dapat handle problem besar? yang punah bukan kita seorang, malah keseluruhannya.

bagaimana nak selesaikan hal paling kritikal, paling sadis dan paling tak masuk akal demi menyelamatkan keseluruhan rakyat? so tengok dan nilaikan filem ini.

bukan mudah nak jadi seorang pemimpin negara, cakap senanglah, menyalahkan senanglah, kita? apakah pula sumbangan kita? udah-udahlah serang menyerang sama kapal lah wei.. gerak kerja kita sepatutnya di kukuhkan demi bn pru 14 nanti!!!

3 ulasan:

  1. ada kah kita nak jadi pak turut? ada kah salah memberi tuguran kepada pemimpin atasan? maksud artikel, adakah orang lulusan SPM atau lebih rendah tidak boleh menegur. pemimpin adalah saperti imam, dan salah kah seorang makmum memberikan teguran kepada iamam itu kiranya ternyata kesalahan bagi imam tersebut? bukan kah cara menegur itu sebagai satu tanda mereka sayangkan beliau? ada kah salah teguran itu untuk menyelamatkan kapal dari tenggelam? saya kira mereka mereka yang menegur itu adalah dari kalangan yang sedang berada didalam kapal itu. saya juga berpendapat kelulusan bukanlah menjadi ukuran. sifat tegur menegur itu sememangnya disuruh dalam Islam.

    BalasPadam
  2. menegur ada caranya dgn cara terbuka, maka bestlah org kg sebelah dok cari bahan,

    BalasPadam
  3. Saya kira admin ada pointnya. Saya kira dalam soal ini, mereka yang diatas itu sepatutnya turun kebawah dan dengarkan luahan hati orang bawah. Cuba bawakan pandangan orang bawah keperingkat atasan dan buatkan pembetulan dimana yang perlu. Saya juga lihat seolah olah tiada perhubungan rapat antara yang diatas dengan yang dibawah yang mana mencerminkan seolah olahnya raungan orang dibawah tidak didengari atau tidak diendahkan. Mungkin juga disebabkan itu mereka mereka meluahkan perasaan di blog blog dengan harapan ada yang mendengarnya. Lagi pun saya tidak Nampak pun sebarang perubahan walaupun saya agak dah lama juga suara suara dalaman ini diluahkan. Contoh yang paling baik ialah SRJKC dan DongZhong, tiada effort dilakukan oleh pehak atasan bagi menyekat mereka mereka ini dari membuat tuntutan yang berterusan yang tidak langsung masuk akal. Disebaliknya pehak atasan terus menerus akan melayani mereka ini.

    Saya berharap kemelut ini sepatutnya diselesaikan segera demi menjaga perpecahan.

    BalasPadam