Jumaat, 14 Jun 2013

[panas] pemimpin atasan dap termencarut dengan kuat bila tau hal ini!

hehe, panas hatilah diaorang kan, mereka ingat selama ini dap dah kawal selia semua minda pemimpin melayu Islam dalam pr, tu sebab ada pemimpin dap, berlakon baik mendekati surau, hadir ke majlis kenduri kahwin, tahlil, doa selamat atau sebagainya, dengan berlakon pakai baju melayu, baju kurung, siap pakai tudung jarang, konon nak tunjuk mereka lebih bagus dari umno, mereka lebih memahami Islam dari umno.

uish, ramai juak pas terlena beb dengan cara dap ni, sampai ceramah pun pas izinkan pemimpin dap bertakbir dan di sahut penyokong pas sampai meriah ooo.. sampai tahap camtu kan, itu belum pemimpin dap mempermainkan ayat-ayat Al-Quran lagi, sampai ada kata-kata kira ok lah, sebab mereka memang berniat nak pelajari Islam, nak tanya mereka ikhlas ke tak? itu je.

menjadi titik tolak hal-hal yang semakin merosakkan Islam dan melayu, maka perjumpaan rahsia yang ramai kata mustahil sebenarnya dah berlaku, mana tak sasau beb dap, mau dia tempeleng tiang letrik bila hal ini membuatkan cita-cita mereka menawan tanah melayu takkan tercapai, PADAN MUKA!! keh keh


BIBIT PERPADUAN SEMAKIN JELAS ANTARA UMAT ISLAM MELAYU!!

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin hari ini mendedahkan terdapat rundingan perpaduan Melayu diantara parti PAS, PKR dan Umno di negeri Selangor dan Terengganu akan tetapi menemui kegagalan ekoran di pihak Barisan Nasional (BN), khasnya Umno, tidak mempunyai “operator” yang boleh melaksanakan gerakan belakang tabir.

Menurut bekas ketua pengarang kumpulan akhbar milik Umno New Straits Times itu, di negeri Selangor, rundingan berlaku diantara ketiga-tiga parti itu disebabkan oleh permusuhan terbuka antara Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali daripada PKR.

“Di Selangor bisik dan risik mengenai kerajaan campuran PAS-PKR-Umno cukup serius,” kata beliau dalam tulisan terbaru di blognya bertajuk “Perpaduan Melayu: Peluang Yang Terlepas”.

“Seandainya rancangan itu berjaya, PAS, Umno dan sesetengah elemen PKR akan menubuhkan kerajaan campuran dengan PAS menyumbangkan calon Menteri Besar.

“Tetapi peluang itu terlepas kerana pihak-pihak yang terbabit takut didedahkan dan tidak bersedia bertolak ansur mengenai calon Menteri Besar, kecuali Azmin yang dikatakan lebih terbuka,” tambah beliau lagi.

Kepemimpinan PAS Terengganu oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula jelasnya dikatakan berminat bekerjasama dengan Umno walaupun PAS hampir-hampir menewaskan Umno. Umno menang 17 kerusi DUN manakala PAS 14 dan PKR satu di Terengganu.

Kedah juga jelasnya mempunyai cadangan supaya BN membawa masuk seorang Adun PAS menjadi Exco sebagai tanda persaudaraan dan perpaduan Melayu-Islam.

“Tetapi pelung keemasan itu terlepas kerana BN, khasnya Umno, tidak mempunyai “operator” yang boleh melaksanakan gerakan belakang tabir dan kepemimpinan Umno tidak mahu bantuan luar.

“Kalau perbezaan politik dan perpecahan ini berlarutan hingga ke Parlimen dan DUN, masa depan orang Melayu, Bumiputera dan Islam akan lebih lemah dan terancam,” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan