Isnin, 10 Jun 2013

pengarah filem dari hollywood yang suka buat filem musnah dan jahanamkan dunia!!

Roland Emmerich

pengarah ni adalah salah seorang yang kalau buat cerita, mesti dunia dalam kemusnahan, punah ranah, manusia bakal pupus dan idea dia memang luar kotak, pengarah dari jerman ni naik kerana filem pecah panggung masa tahun 1996 lakonan will smith iaitu filem independence day, cerita berkisar mahkluk asing menyerang bumi, habis jahanam.

lepas tu dia buat lagi filem pasal musnah-musnah, kali ni binatang besar gedabak bernama godzilla pada tahun 1998, lepas tu dia buat pulak filem lain macam, pasal cuaca yang memusnahkan dunia, the day after tomorrow. banyak lagi filem gempak dia buat!!

jom kita tengok filem-filem pecah panggung arahan pengarah bernama Roland Emmerich.

 1996

1998

2004

 2008
2009

2013 - tayangan hujung jun ini?

ps: bilalah pengarah dari malaysia nak jadi macam dia, buat cerita lain macam sikit, ini tak habis-habis idea sama je buat filem, camnelah nak ke hadapan filem malaysia kan..

7 ulasan:

  1. orang kuat umno10 Jun 2013 11:39 PTG

    Filem malaysi dah tertinggal lebih 50 tahun dari filem barat....nak bersaing macam mana?

    BalasPadam
  2. dia ni gay

    BalasPadam
  3. Saya nak sentuh pasal 'ANUGERAH TRIBUTE P.RAMLEE' di TV1 baru-baru ni. Saya tonton dari awal hingga tamat. Programnya bagus tapi sayang sekali pengendaliannya sangat kurang dan keseluruhan program itu nampak sangat hambar 'kurang bertenaga'. Terdapat beberapa kesilapan seperti mikrofon tak berbunyi dan ada masa-masa tertentu bunyinya kuat/perlahan.

    Ramai artis veteran yang dijemput spt Seniwati Zaiton yg dah begitu lama kita tak tengok, Rosnani dan lain-lain tapi sayang seribu kali sayang, kita langsung tak dapat mendengar suara seniwati Zaiton. Beliau hanya dijemput naik ke pentas utk mengambil trofi bagi pihak Allahyarham S.Shamsudin saja. Artis veteran yang lain pula hanya menjadi penonton saja.

    Pada pandangan saya seharusnya sketsa-sketsa yg dibuat dilakonkan bersama dgn beberapa artis veteran yg ada. Bukan semua artis veteran tapi mungkin 5-6 org terutama artis veteran dpd Jln Ampas Singapura dulu. Sayang, malam tu cuma Mak Mah (Ruminah Sidek) yg melakonkan wataknya dlm Anak Bapak.

    Kalau beberapa artis veteran mengambil bahagian dlm sketsa-sketsa tersebut tentu ia amat menghiburkan sebab kita teruja hendak melihat mereka melakonkan kembali watak-watak mereka dulu. Dgn itu, dapatlah kita mengimbau kembali kenangan filem-filem Melayu lama kerana kita pun rasa rindu hendak melihat lakonan mereka walaupun sekejap. Tentunya melakonkan semula watak yg dipegang dulu ialah sesuatu yg istimewa.

    Harapan saya Anugerah Tribute P.Ramlee (jika masih diadakan) di tahun hadapan, diharap pihak yang berkenaan terutamanya RTM dapat mengambil pandangan ini dan juga dapat membuat yang lebih baik dan memberi kepuasan kpd para penonton.

    Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang kuat umno11 Jun 2013 7:24 PG

      Semoga waris p.ramlee dapat apa yang sepatutnya dia dapat,

      Padam
  4. Pengarah kat Malaysia suka buat cerita hantu aja...nak jimat kos sikit tapi untung banyak

    BalasPadam
  5. Filem melayu masih duk dalam tanah lagi..tapi filem mat salleh dah naik kebulan.

    BalasPadam
  6. Filem Melayu buat cerita mat rempit,gangster,hantu,cinta remaja sudahlah..sesuai dengan jiwa Melayu katanya..cari makan maa kata david teo.

    BalasPadam