Sabtu, 15 Jun 2013

saman blogger umno kerana artikel fitnah?

perang umno selangor semakin panas, kerana pembongkaran panas dari blogger ini gobloq politik berkenaan kenyataan paling pedas perihal zin badak baru-baru ini, ungku salleh membuat laporan polis dan ingin menyaman blogger tersebut!!

umno vs umno? sedangkan pakatan rakyat iaitu tentera red bean army terang-terang menghina, mencaci agama, sultan dan bangsa melayu, malah terang-terang puak kiasu rasis terhadap bangsa melayu, tetapi segelintir yang sepatutnya menjadi berani kerana maruah bangsa, hanya pandang atas langit dan siul dengan kuat, itu je kita orang kita mampu? jangan hanya PLAY SAVE!!

ini lah masalah dalaman paling badas yang dihadapi oleh umno selangor ketika ini, masalah-masalah ini bukan boleh dibuat main, kerana pru14, memang gelak sajalah pr nanti melihat keadaan umno selangor sekarang ini.


dari blogger penadaritanahmelayu

Hari ini akan menjadi sejarah buat UMNO apabila Ketua Pemuda UMNO Selangor membuat laporan polis dan akan menyaman seorang Blogger UMNO yang mempertahankan parti UMNO itu dengan sendiri tanpa menjadikan wang ringgit sebagai TUHAN-Nya...

Alasannya dikatakan Blogger tersebut kononnya memfitnah beliau dan cuba melagakan beliau dengan Zin Badak.

Jadi, aku ucapkan TAHNIAH-lah sebab berjaya menjadi orang UMNO yang menyaman orang UMNO..

ps: ds najib diharap pantaulah apa jadi di selangor ini, barah menjadi-jadi dek kerana kekalahan teruk bn di selangor, kami semua sayangkan umno dan bn! buanglah parasit-parasit perosak umno, jangan biarkan mereka-mereka yang berkepentingan saja yang kenyang perut dan gelak besar bila ds najib tidak melihat hal ini dalam-dalam, so sad!!!

7 ulasan:

  1. Umno Akan Jual Bangsa Melayu Untuk Kekal Kuasa

    Hanya orang UMNO sahaja yang boleh memegang dua fikiran yang bercanggah pada masa yang sama. Hanya Najib saja yang boleh bercakap mengenai 1Malaysia dan bukan 1Malaysia ketika yang lain. Pada malam keputusan PRU, dengan muka yang bera, dia menyalahkan bangsa Cina kerana tidak menyokong UMNO. Siapa nak sokong parti yang pemimpinnya semua korup dan rasuah?

    Hanya UMNO boleh bercakap mengenai perpaduan orang Melayu, tapi mendiskriminasi Melayu yang tidak menyokong mereka. Ketua kampung UMNO (pengerusi JKKK) bercakap besar mengenai menolong orang Melayu, tapi menyekat bantuan kepada Melayu yang tidak menyokong mereka. Hanya pemimpin UMNO yang malas pergi masjid dan surau, tapi menyekat Melayu lain menyemarakkan masjid dan surau.

    Hanya pemimpin UMNO sahaja yang bercakap mengenai memberi tanah kepada orang Melayu tapi menyekat pemberian kepada Melayu yang tidak menyokong nya. Di Raub ada ribuan orang Melayu yang hidup atas tanah lebih dari 40 tahun, masih tidak mendapat hakmilik. Pemimpin dan penyokong UMNO mempunyai tanah di serata tempat. 

    Hanya pemimpin UMNO sahaja yang bercakap mengenai memberi tanah kepada orang Melayu tapi menyekat pemberian kepada Melayu yang tidak menyokong nya. Di Raub ada ribuan orang Melayu yang hidup atas tanah lebih dari 40 tahun, masih tidak mendapat hakmilik. Pemimpin dan penyokong UMNO mempunyai tanah di serata tempat. 

    Jadi, kepentingan yang UMNO jaga dan kukuhkan ialah bukan kepentingan Melayu keseluruhan nya tapi kepentingan kelompok dan puak mereka. Maka apa perlu orang Melayu menyokong UMNO? 

    Yang kita kena sokong ialah penubuhan sebuah kerajaan yang memerintah dengan tegas dan menjaga kepentingan masyarakat keseluruhan nya. Jika Melayu itu sudah majoriti, tidak dapat tidak, kepentingan Melayu lah yang diutamakan. Memahami ini tidak memerlukan ilmu hisab yang tinggi. Hanya orang UMNO sahaja yang menganggap orang Melayu di kampung-kampung bodoh dan hanya pemimpin UMNO sahaja yang menggelarkan orang Melayu lain haramjadah. 

    Orang UMNO memang tak tahu malu. Lebih ramai orang Melayu menyokong PR dari UMNO, pemimpin UMNO masih tidak faham-faham. Calon-calon UMNO, yang menang dan kalah mendapat 3.2 juta undi. Ada faham? 3.2 juta ini adalah undi keseluruhan kepada semua calon-calon UMNO. 

    Dari 3.2 juta undi ini, bukan semua yang mengundi terdiri dari orang Melayu. Cina dan India ada juga menyokong UMNO. Sekitar 10%. Ertinya, orang Melayu yang menyokong calon-calon UMNO secara lansung ialah 2.9 juta. Tak tahulah saya hendak ajar kalau tidak faham ilmu hisab mudah ini. 

    Jumlah ahli UMNO pun lebih banyak dari itu. Jika semua ahli UMNO menyokong calon UMNO dan semua calun BN, 3.2 juta penyokong mesti tidak dapat tidak ada 3.2 juta angka asas. Ahli UMNO pun tidak menyokong UMNO. 

    Faktanya ialah adalah menjadi kerugian besar jika orang Melayu memilih UMNO untuk menjaga kepentingan mereka. Wakil UMNO pemalas dan penipu. Saya amat senang hati mendedahkan mutu kerja wakil UMNO di Raub misalnya. Tunggulah. 

    Kerja membalun UMNO ini tidak akan selesai sehingga mereka bukan lagi kerajaan. Selagi UMNO menghalang kejayaan bangsa Melayu, kita mesti bantai mereka. kita tidak boleh terima keangkuhan UMNO mengaku bahawa mereka wakil tunggal kepentingan Melayu. Kepentingan orang Melayu ialah mendapatkan keperkasaan ekonomi dan perkongsian kuasa. Kepentingan ini bertentangan dengan kepentingan feudal UMNO. 

    Ya , UMNO itu parti bersifat feudal. UMNO distrukturkan supaya sekumpulan kecil yang terpilih menungang di atas belakang rakyat yang diperhamba abdikan. Kepentingan UMNO ialah membolot kekayaan dan memusatkan kuasa dalam tangan elit. Kepentingan bangsa Melayu berlawanan dengan kepentingan UMNO. Pertentangan ini menyebabkan orang Melayu tidak lagi boleh menerima kepimpinan UMNO?

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm tapi umno menang 88 kerusi, hehe menang juga, kekeke

      Padam
  2. .....sambungan

    Dalam kawasan yang tidak ditandingi oleh calon UMNO, orang Melayu tetap ada menyokong parti BN. Kita akui ini. Tapi berapa ramai sangatlah orang Melayu yang menyokong mereka. Dari 899,000 undi yang diperolehi oleh calon MCA (menang dan kalah) berapa ramai Melayu yang menyokong mereka? Katalah 20% Melayu menyokong calonn MCA. Baru ada sekitar 180,000 orang. Melayu yang menyokong MIC? 10% dari 292,000 ialah kira-kira-kira 29,000. Melayu yang menyokong PBB di Sarawak? 40% dari 232,000=91,000. 

    Wal hasil balik asal, jumlah orang Melayu yang menyokong UMNO secara langsung dan tidak langsung (melalui sekutu-sekutu BN) ialah 3.2 juta. 3.2 juta sama jumlahnya dengan jumlah ahli UMNO. Jadi apalah yang hendak dibanggakan oleh UMNO. 

    Setelah belanja berbilion ringgit dan setelah menyogok dan merasuah orang Melayu terutamanya, dari 2.2 juta undi Melayu dalam tahun 2008, UMNO hanya dapat menambahkan 1 juta sahaja pengundi Melayu. 

    Kalau MIC, PBB dan yang lain-lain tinggalkan UMNO, UMNO akan mati. Penyokong UMNO faham signifikans perkara ini tidak? Ini akan menyebabkan Najib akan melakukan apa sahaja untuk menjual harga dirinya untuk memastikan UMNO kekal sebagai kerajaan. Ini termasuklah menggadaikan kepentingan bangsa Melayu. Apa dia peduli? Selagi dia terus kekal jadi PM. 

    Marilah bangsa Melayu sedar bahawa masa depan mereka bukanlah bergantung pada UMNO. UMNO kojol pun, bangsa Melayu tetap hidup. UMNO perlukan bangsa Melayu, bukan bangsa Melayu perlukan UMNO. -sakmongkol

    BalasPadam
  3. Jadi anda mahu orang Melayu jadi macam anda!! Jadi ahli DAP.....bermakna kena jadi liberal? ...Kena cakap Malaysia Malaysian Bolayanlah.....Selama anda menjadi ahli Umno dulu,adakah anda tidak meraih satu sen daripada Parti Umno yg anda anggotai???

    Adakah Umno melarang anda dan keluarga menikmati apa-apapun baik persekolahan,kesihatan dan byk lagi .


    Sudahlah,nak muntah membaca tulisan anda.Kenapa menghantar komen anda diblog pro Umno??Kenapa tidak hantar saja keblog Dap??Blog anda sendiri menapis komen-komen yg dihantar..........Bosanlah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bosan tak mengapa....yg penting anda dah baca, percaya atau tidak, ia bukan masalah bagi saya...

      Padam
  4. aku memang tak baca la sakmongkol..memang aku tau ko melayu liberal..aku tak tau la akidah islam ko macam mana...Allah dah berfirman...yahudi dan nasara tidak akan redha sehinggalah kita mengikuti mereka...tu Allah sendiri bgitau..takkan kita nak ikut cina kafir harbi DAP tu??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sokong kenyataan awak. Umno tidak akan kalah kerana hang tuah telah bersumpah takan hilang melayu di dunia.

      Padam