Jumaat, 7 Jun 2013

tengkorak misteri seakan mahkluk asing di temui di maxico!!


MEXICO – Sekumpulan ahli arkeologi telah menemui tengkorak manusia yang berbentuk lonjong dekat kampung Onavas, kelmarin.

Tengkorak itu dipercayai berusia 1000 tahun dan ia kelihatan seperti gambaran watak makhluk asing dalam filem keluaran Hollywood.

Menurut Mail Online, ia ditemui tertanam di sebuah kawasan yang mengandungi 25 rangka tulang manusia.

Tengkorak tersebut mempunyai bentuk lonjong disebabkan amalan tradisi penduduk yang tinggal di utara Mexico.

Penduduk di sana mengamalkan tradisi menghasilkan pelbagai bentuk kepala dengan menggunakan beberapa kaedah.

Antara kaedah itu adalah menggunakan dua kepingan kayu yang diikat pada bahagian kepala.

Ia dilakukan ketika kepala mereka masih di peringkat kanak-kanak.

Ahli arkeologi, Cristina Gracia Moreno berkata, tengkorak tersebut mempunyai bentuk sedemikian kerana untuk membezakan status sosial penduduk dan disebabkan oleh upacara keagamaan.

Moreno mengetuai projek penyelidikan tersebut bagi pihak Universiti Negeri Arizona, Amerika Syarikat.

Projek itu mendapat kelulusan Institusi Antropologi dan Sejarah Kebangsaan Mexico.

sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan