Khamis, 25 Julai 2013

GURU BESAR SEKOLAH PRISTANA TANYA, DIMANA PEMIMPIN UMNO BILA DIA TERKENA MACAM NI?


SABARLAH WAHAI SAUDARA, INI LAH REALITI DAN KEADAAN SEBENAR DI MALAYSIA, SEBELUM PRU DULU, KITA INGAT PERANGAI JEBON HANYA DIMILIKI OLEH PEMIMPIN PAS DAN PKR, YANG PAS KAKI HANGGUK KEPALA, YANG PKR SEMUA KAKI LIBERAL MINDED!

AKU PELIK KENAPA BILA UMNO BERKUASA DAN LEBIHAN KERUSI DARI 78 DULU DAN SEKARANG 88 KERUSI, MENANG BERGAYA TU, KIRA SEMUA PENGUNDI YANG MENGUNDI UMNO YAKIN DAN PASTI UMNOLAH PENJAGA TERBAIK MARUAH BANGSA MELAYU DAN ISLAM. AKU SENYUM BILA BN MEMERINTAH DENGAN GAYA SEORANG JAGUH!! MEREKA JADI ANGKUH!!

TETAPI BILA DAH BERKUASA, MASING-MASING DAH ADA JAWATAN MENTERI, MASING-MASING DAH ADA TANGGUNGJAWAB, BUKAN MAIN SOMBONG KORANG YE SAMPAI KES BESAR YANG MELIBATKAN AGAMA, SEMUANYA MAIN STYLE PLAY SAFE YANG NAK JAGA HAL DUNIAWI GILA-GILA, MASYAALLAH....

dek kerana kamu difitnah, kamu dicerca dicaci seko dari pemimpin melayu buat donno, sebab anggap itu salah kamu, so kamu tanggunglah sendiri, wahh, bukan main gila haram play safe, bukan main eksyen kata ahhh thats is not my problem!!

ikuti luahan cikgu besar yang teraniaya kerana fitnah dari mak pelajar tak bertamadun!!

LUAHAN HATI GURU BESAR ..
KUALA LUMPUR: "Mana perginya pemimpin UMNO, tidak ada seorang yang tampil membela saya," luah Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Pristana, Mohamad Nasir Mohd Noor.

Sedangkan menurut Mohamad Nasir beliau telah bekerja bertungkus-lumus untuk UMNO semasa pilihan raya lalu sehingga beliau tidak dapat memberi perhatian kepada allahyarham isterinya yang ketika itu sakit kanser.

Katanya, setelah berkhidmat sepenuh jiwa untuk UMNO, wakil rakyat di kawasan pun tidak datang mempertahankan beliau yang telah dianiaya dengan tuduhan tidak berasas.

Mohamad Nasir diarahkan bercuti seminggu setelah terkait dengan kontroversi apabila seorang bapa murid bukan Islam di sekolah berkenaan mendakwa mereka ditempatkan di dalam tandas ketika waktu rehat.

Sebuah blog sebelum ini melaporkan murid-murid bukan beragama Islam di sekolah berkenaan telah ditempatkan di dalam tandas sewaktu rehat pada bulan Ramadan.

Menurut Mohamad Nasir, semua laporan polis dibuat adalah terhadap beliau yang dituduh mengambil tindakan yang tidak bertamadun.

Tambah Mohamad Nasir, beliau pada masa ini diarahkan supaya bercuti rehat seminggu dan sebarang tindakan akan diambil selepas itu.

Beliau juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama di Sungai Buloh, setelah merasakan dirinya telah difitnah. Mohamad Nasir Mohd Noor membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama pada pukul 11 pagi ini.

Laporan polis itu katanya, dibuat kerana kecewa dengan sikap ibu bapa pelajar dan beberapa pihak lain yang menfitnahnya sebagai bertindak secara tidak bertamadun.

"Saya juga menerima panggilan telefon yang mencerca dan termasuk mengugut berikutan fitnah tersebut," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan bapa murid berkenaan, Mohamad Nasir berkata, murid-murid ditempatkan di bilik persalinan berkenaan sejak tiga bulan lalu, tanpa mengira kaum atau agama.

Tambah beliau, ini adalah kerana kantin sekolah berkenaan kecil dan tidak mampu memuatkan jumlah murid yang ramai.

Pada sebelah pagi pula ujar beliau, matahari memancar terus ke kawasan kantin dan murid-murid tidak mahu makan di kawasan berkenaan kerana panas dan mereka makan di tepi longkang.

"Saya lihat tempat berkenaan tidak bersih, jadi saya tempatkan mereka di bilik persalinan yang kebetulan tidak digunakan sepenuhnya," katanya.

Bilik persalinan berkenaan, katanya, memang jarang digunakan kerana murid-murid dibenarkan memakai pakaian sukan jika terdapat mata pelajaran jasmani atau aktiviti kokurikulum.

Pada masa yang sama beliau telah meletakkan notis melarang murid-murid membuang air di bilik berkenaan dan paip air di bilik berkenaan telah dikunci.

Bilik berkenaan juga, katanya, mempunyai sinki untuk digunakan bagi mencuci tangan sebelum makan.

ps: terserlah pemimpin kita hanya jaga perut dan kantung tekak mereka sahaja!! huhu

10 ulasan:

  1. Pmikiran pemimpin Umno mcm ni - isu diledakkan dalam media jadi biarlah media yang menyetelkan - yg pmimpin Umno xtau atau mgkn buat2 xtau ialah krana media maya lah yg hmpir mbuat Barisan tsungkur mggulupur patah gigi.

    BalasPadam
  2. kerana itu, akan lebih ramai yg kecewa dgn umno, yg terus terusan memenangkan bangsa pendatang. seakan kera dihutandisusukan, anak dibiar mati kelaparan...
    mmg akan lebih ramai lagi yang mem BENCI tapi masih SAYANG umno atas perilaku pemimpinnya yg seakan tiada JATI diri utk mempertahankan BANGSA sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ynag men'DAJAL'kan Melayu adalah melayu itu sendiri. Kalo dah jadi mcm ni salah UMNO jugak. Samalah mcm guru besar sebelah rumah aku. Org kuat PAS. Kalo ada masalah kata UNMO tak tlg. Kalo tgh senang lenang bukan main kutuk Najib dan Rosmah. Kadang2 aku hairan, ini hal politik atau hal pengurusan guru itu sendiri??

      Kebanyakan hal yang berlaku sekarang adalah berpunca dari 2 puak Melayu dlm PR (pas dan pkr) Sejak mereka menjadi ;Saudara' sehidup semati DAP...inilah musibahnya.

      Padam
  3. Umno dah tak releven dlm memperjuangkan nasib orang melayu. Umno akan jahanam tak lama lagi akibat pemimpin2 yang celaka. Siapa lagi yang kita boleh harap dlm membawa suara orang melayu. Najib???

    BalasPadam
  4. Ya betul tu Tuan Pengetua pemimpin UMNO ini cuma perlukan kita bila dah hampir PRU shj. Dah dapat jawatan masing2 kita semua dilupakan ditakuti kita pun hendak minta habuan mereka. Wakil Rakyat, Timbalan Menteri, Menteri, TPM & PM pun boleh masuk dalam kategori sebegitu tak berapa pentingkan nasib Orang2 Melayu. Itu yg Tun Mahathir selalu berkata "Melayu mudah lupa" . Dalam hal ini memang jelas TIADA SUARA pemimpin UMNO yg membantu Tuan
    Pengetua malah yg kutuk memang ramai. Macam mana kita hendak terus sokong mereka?

    BalasPadam
  5. Bukan dari pemikiran UMNO sahaja! Semua ini pemikiran adalh dikalangan kebanyakan pemimpin Melayu yang tak ada jati diri! Pemikir Melayu sudah lama sedar akan hal ini, namun kebanyakan Melayu yang ghairah nak jadi pemimpin, walau apa pun parti yang mereka pilih adalah dari gulungan yang gila kuasa dan bukan gila commitment terhadap bangsa dan negara! Dalam jawatan kerajaan hinggalah kepada kepimpinan parti, kebanyakan Melayu jenis inilah yang pandai berlakun untuk mendapatkan kedudukan! Mereka lupa bencana yang akan timbul dari lakonan "munafik" ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Tidak ada kena mengena dengan UMNO. Hanya sikap politikus Melayu yang begitu.

      Kalau kita baca laporan sepanjang tahun, banyak kes raayat dibela oleh kaum Cina/MCA/DAP.

      Sedih, sedih

      Padam
  6. sedih dgr luahan hati GB.....kami rakyaat marhaen sekadar boleh berkongsi kesedihan je cikgu......nak buat mcm mana skrg ni bacul2 yg byk menguasai tampuk pemerintahan

    rasanya dah sampai masanya kita semua ambil salah satu keputusan drastik berikut:

    1)Kuburkan UMNO & pilih parti Melayu lain yg berkemungkinan akan muncul bertanding menandingi UMNO & PR

    2)rombakan kepimpinan scr besar2an dlm PAU akan dtg

    3)biarkan UMNO bergabung menjadi satu parti dlm BN & kita akan pilih parti baru yg berteraskan Melayu Islam

    buat masa ni kita TERPAKSA bersabar walaupun ramai yg dah hilang sabar sbnrnya.
    Kepada cikgu & keluarga harap bersabar......masa PRU kitalah madu, habis PRU spr sepahlah kita....bukan kumpulan SEPAH tau

    BalasPadam
  7. Berhati-hatilah wahai bangsaku semua sebab kalau kita buat yang betul dan berniat baik pun, kita tetap dipandang serong dan salah. Kemudian agama kita, Allah, Nabi dan bangsa pun disebut-sebut dan dilibatkan sama semata untuk menguatkan hujah mereka yang menuduh dan bersangka buruk. Sedih rasanya bila agama kita, Allah, Nabi dan bangsa kita diguna-sebut tak ubah macam benda mainan.

    Ingatlah, jadikan ini satu PENGAJARAN dan PERINGATAN dalam KAMUS HIDUP kita. BELUM TENTU niat baik kita akan diterima orang, silap haribulan boleh MEMAKAN DIRI SENDIRI. Belum tentu kalau buat baik orang akan hargai kita. Lepas ni TAK PAYAHLAH nak BERBUDI sangat. Tak payahlah nak PRIHATIN benar. Tak perlulah nak BERSUSAH-PAYAH sangat.

    Beringatlah wahai Melayu semua, berhati-hatilah dalam tindak-tanduk kita, macam-macam tuduhan dan SALAH SANGKA boleh menimpa kita, padahalnya kita yang DIKENAKAN dulu. Belum tentu perkara baik akan BERAKHIR dengan yang baik juga. Ingatlah, perkara sejengkal boleh jadi berdepa-depa. Dari saat ini berhati-hatilah.

    BalasPadam
  8. Wahai saudaraku, kenapa Selangor masih dikuasai pembangkang, kerana adanya ejen-ejen dalam perkhidmatan awam, yang paling ramai adalah kalangan guru-guru yang nyata menanam kebencian terhadap kerajaan. Tak percaya? Golongan ini lah yang banyak dibela dengan berbagai kemudahan, peluang, insentif dan sebagainya, Akhirnya bila ditimpa masalah sebegini UMNO juga yang salah, inilah akibatnya Islam urban dan sub urban yang dah plural, nak sebut Mela.. nanti dikatakan "racist" pulak.

    BalasPadam