Isnin, 22 Julai 2013

maaf lama tak update blog sebab kena kidnap dengan alien!! hehe

salam

apa kabar kawan-kawan yang mungkin hari-hari duk tunggu kemana hilangnya si mr headbomb ni, apa dah merajuk ke? apa dah tak mau memblog ke, dan macam-macam spikulasi lah, hehe.. ce ce macam artis lak aku ye.. ekekeke.. tapi tak pe, hilang tu maksudnya bercuti dari memblog sekejap, setelah berhari-hari sebelum ini memblog tanpa henti.. hehehe.. so daku udah kembali!!! yearghh!!!

jadi kesimpulannya, hari rabu ni kan prk di kuala besut, terengganu, ramai kata prk ni tak meriah sangat sebab pas dah macam tak mau berserius berkempen, hehe.. alah pas kan pening, sebab kalau nak cakap terlampau yakin kang kata kompem menang di sana, tak logik juga sebab sebelum ni pru13 yang lalu, majoriti bn menang pun 2000++ gak.

BN ATAU PAS, penduduk di kuala besut faham siapa yang lebih berkhidmat untuk masyarakat dari golongan yang hanya cakap sentiasa up, sentiasa nak menang!!



ps: pas biasalah beb perangai tetap sama, still the same, so harapan nak menang di kuala besut tipis? rasanya lah kot.. hehehe

3 ulasan:

  1. Ahmad Said Utamakan Zoo Daripada Pendidikan

    Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said didakwa lebih mengutamakan haiwan dengan pembinaan projek zoo dan juga zon bebas cukai, berbanding melengkapkan projek Taman Ilmu di Tembila, Besut yang dibawa oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh pada 2004. 

    Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad Shah mendakwa sejak Ahmad Said mengambil alih tampuk pimpinan Terengganu, projek Taman Ilmu yang di bawa Idris diabaikan, termasuk dari segi kewangan dan keutamaannya

    Projek di atas tapak seluas 700 ekar telah diperuntukkan beberapa universiti dan kolej pendidikan. 

    Sehingga hari ini, taman ilmu masih belum disiapkan sepenuhnya dan CF tidak boleh dikeluarkan untuk mana-mana bangunan untuk digunakan.

    Dalam masa yang sama, dua daripada bangunan-bangunan yang dibina telah mengalami masalah struktur di mana satu daripadanya mungkin terpaksa diroboh dan satu lagi mengalami masalah yang hampir sama," katanya.

    Malah beliau turut mendakwa, disebabkan faktor kewangan, kontraktor yang dianugerahkan projek berkenaan telah menjalankan "mutual agreement" dengan kerajaan negeri bagi menghentikan pembinaan projek Taman Ilmu yang kini telah pun siap hingga 90%. 

    Bila perkara itu diwujudkan Idris Jusoh, pada 2005 tender itu telah diberikan beberapa kontraktor, beberapa universiti juga telah dikenalpasti untuk diletakkan di taman ilmu," katanya ketika sidang media di Markaz PAS di sini. 

    Keutamaan yang sepatutnya diberi kepada anak serta penuntut tempatan telah disalurkan kepada projek memelihara haiwan-haiwan liar yang mahal dengan projek bernilai berjuta-juta ringgit.

    Dalam masa yang sama kerajaan sedang berbelanja beratus juta ringgit membina kompleks bebas cukai di Pulau Bayas di tengah ceruk hutan Tasik Kenyir," dakwanya lagi. 

    Alasan yang digunakan Ahmad Said, jelas Raja Kamarul Bahrin, adalah bahawa projek berkenaan merupakan beban kepada negeri. 

    "Tetapi pada pendapat saya ia soal keutamaan. Tanpa zoo dan barangan bebas cukai kita masih boleh hidup..

    b

    BalasPadam
  2. Tukar kepala peledak baru ka?

    BalasPadam