Ahad, 18 Ogos 2013

APA TERJADI DI MESIR AMAT MEMILUKAN!! SECRET HAND BERJAYA DAN MEREKA GELAK BESAR!!

kadang-kadang aku rasa, apa terjadi di mesir itu adalah permainan yang di rancang, yang jadi mangsa orang awam juga, pihak tentera kita memang faham, hati kering, tiada perasaan, tu pasal kalau bunuh pun itu makanan mereka, jadi rakyat dalam negara pun belasah je lah, kejam belakang kira, dah macam tentera syria, tentera syria kita tau dari syiah, mesir? sesama sunnah berperang bagai, kejam gila.. tetapi perspektifnya.. adakah kita faham?

di katakan pendemo-pendemo yang dibunuh oleh tentera mesir adalah orang awam, nak tanya mana pergi separa tentera dari ikhwan muslimin, mereka ada senjata, bagaimana strategi mereka yang terang-terang membahayakan orang awam? itu tidak pasti, kita doakan terbaik untuk mereka!!

yang nyata negara Islam di tanah arab semakin huru hara!! golongan zionis gelak gempita, puak syiah gelak tepuk perut!! yang jadi mangsa muslim sunnah!!

agak kasar kata-kata ustaz ini, tetapi ada kebenarannya,

dalam keadaan di mesir, puak hijau di sini kemain suka, mereka nak kaitkan apa terjadi di sana dan tuduh malaysia tak buat apa-apa? apa malaysia je ke negara Islam? puak-puak yang dahagakan modal politik main serbu tanpa kajian.. mereka kata kenapa tak gunakan kereta kebal, kapal perang, jet pejuang membantu rakyat mesir? erm ni idea dari ustaz kawen 3 ni la ni, suka natangkan orang.. alah ustaz tu.. hehe.. tapi hakikat sebenar dia tak faham, main sedap mulut je, ohh lupa puak-puak ni memang gitu, akal 10%.


jom kita baca penjelasan, kalau kita dok ikut cakap puak-puak hijau ni kita pun akan akan jadi akal 10%

KENAPA MALAYSIA TIDAK MENGHANTAR BANTUAN KETENTERAAN KEPADA NEGARA ISLAM YANG DALAM KRISIS?

Bercakap mengenai dakwaan bahawa kenapa kita tidak menghantar jet pejuang kita untuk menolong mereka di Mesir misalnya, kenapa tidak menghantar kereta kebal kita misalnya untuk menolong rakyat Palestine, kenapa kita tidak menghantar askar-askar kita untuk menolong kaum Rohingya. Saya rasa ini adalah pemikiran mereka yang dunggu akalnya. Kenapa saya bertanya demkian? Mari, saya ajak kalian untuk berfikir.

Dalam isu ini, bukan jet pejuang kita yang menjadi persoalan tetapi bagaimanakah kita mahu menghantar jet tersebut tanpa ditembak oleh negara lain kerana menceroboh ruang udara mereka sebelum sempat sampai ke Gaza dan negara-negara yang berkaitan? Pernah dengar tak mengenai Air Invasion, Sea Invasion, DAN Land Invasion? Kalau kita hantar jet pejuang kita, menceroboh ruang udara negara-negara yang akan kita lalu ketika melintasi negara-negara lain, sudah pastinya kita akan ditembak oleh roket mereka. Tak perlu sampai Israel pun sebab perbuatan bodoh hasil cadangan beliau.

Malaysia tak ada aircraft carrier dan tak ada satu negara Islam pun didunia yang mampu membina aircraft carrier ni. Ohh, kamu tahu ke aircraft carrier ni apa ? Hehehehe... Untuk pengetahuan ustaz, aircraft carrier adalah nama dalam bahasa Inggeris untuk ‘Kapal Pengangkut Pesawat’. Bentuknya seperti gambar di atas.

Nak tahu ini kapal apa? Inilah aircraft carrier bertenaga nuklear, Kelas Nimitz. Tahu berapa harganya? US$4.5billion.

Negara yang mempunyai aircraft carrier yang paling banyak ialah Amerika Syarikat dengan 11 aircraft carrier manakala 9 negara lain sekadar menmpunyai dua atau 1 sahaja aircraft carrier. Hanya ada 10 sahaja negara di dunia yang mempunyai aircraft carrier. Dan Persekutuan Rusia pun hanya mempunyai dua sahaja, kelas Admiral Kuznetsov.

Nabi sendiri mengajar kita untuk berperang menggunakan strategi, bukannya melulu macam cadangan MELEIS yang akan memberikan semua hak yang diperlukan pentadbiran Amerika Syarikat untuk merogol kedaulatan tanahair kita yang tercinta ini. Nabi tak akan dapat menawan Kota Khaibar, kota yang menjadi rebutan Rom dan Parsi daripada umat Islam kalau tanpa strategi dan taktikal, bukannya nabi suruh kita melulu berani mati. Begitu juga dengan sekarang, kita harus membuat analisis dan strategi untuk menyerang. Tanpa analisis, anda hanya turun untuk mati dalam peperangan. Jom kita buat analisis. Analisis itu ialah salah satu taktikal perang.

Hayati bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh mahu menawan Kota Konstatinople, bukan sehari dua perancangan. Sudha banyak raja-raja sebelum ini yang tewas dan tidak berjaya menawan kubu kuat umat Kristian itu. Apakah kita melulu untuk pergi menyerang? Tidak! Sultan Muhammad Al-Fateh memastikan askar-askarnya menjadi antara yang terhebat dengan latihan demi latihan. Bahkan bukan dengan itu sahaja, baginda turut melengkapkan askarnya dengan teknologi canggih seperti Meriam yang dicipta oleh rakyat Byzantine yang memeluk Islam. Sultan Muhammad Al-Fateh membuat kajian demi kajian mengenai kelemahan-kelemahan kota yang disebutkan.

Mengenai isu Mesir, tahukah yang berlaku di sana adalah isu dalaman? Apabila kita masuk campur, maka ini bermakna kita mencabul kehormatan negara demikian. Kita bukannya negara seperti USA yang mempunyai kuasa VETO. Kita hanya boleh masuk tanpa diserang oleh tentera-tentera bersekutu PBB melalui tentera pengaman yang akan dibentuk oleh PBB sendiri. Apabila ini berlaku, tahukah anda bahawa Malaysia tidak pernah terlepas dalam membantu umat Islam?

Tentera pengaman di Bosnia, Somalia dan Lubnan misalnya, siapakah yang negara yang menjadi wira menyelamatkan umat Islam bahkan menyelamatkan tentera USA dalam pertempuran? Malaysia! Siapakah yang mengajar anak-anak Bosnia ilmu pentgetahuan mengenai dunia bahkan akhirat? Malaysia! Siapakah yang menghantar pasukan komando Khas ke Bosnia untuk membuat kerja 'kotor'? Malaysia!

Tolonglah fahami bahawa JIHAD itu bukan BERMAKSUD, ANDA "BERBOGEL" memasuki negara orang lalu mengajak berperang! Ya, tentera Islam memenangi peperangan dengan bantuan ALLAH. Tetapi ingatkah kalian janji ALLAH bahawa ALLAH tidak akan membantu sesuatu bangsa andai bangsa itu tidak mengubahnya?

Tentera Islam dulu berperang bukan dengan semangat sahaja, tetapi TEKNOLOGI DAN AKAL! Pedang lengkung yang digunakan oleh umat Islam mampu memotong BENANG SUTERA! Akal fikiran nabi Muhammad, Khalid Al-Walid dan Sultan Muhammad Al-Fateh merancang taktikal dalam peperangan itu membantu umat Islam!

Tolong! Saya seru kita jangan jadi MEREKA YANG RENDAH IQ! Anda bijak! Saya tahu! Gunakan akal sebelum bercakap mengenai satu perkara!

sumber dari fb Helmi Effendy

ps: perang mereka ingar main sedap arah2 tanpa tujuan dan perancangan.. kita mana tau beb, dalam diam komando terbaek kat malaysia ni berjihad di syria.. kita mana tau.. masa perang bosnia dulu tun mahathir yang orang panggil firaun tu arahkan di beri bantuan senjata kepada penentang tentera serbia!! jangan guna akal 10% payah ooo kekeke..

5 ulasan:

  1. Orang mesir kena bezakan antara sayangkan negara dengan taksub dgn fikrah...

    BalasPadam
  2. Retaknya kesatuan rakyat Mesir sbenarnya bmula di era Anwar Saadat lg, Mesir lah satu2nya negara Arab ktika itu yg mengiktiraf kewujudan negara Israel Haram dgn pulangan semula hakmilik Bukit Sinai sbagai balasan, xsalah aku PM Israel ktika tu Menachim ntah apalancau nama, Menachim ni mmg tsangatlah tebalnya sifat Zionistme dia, dia ni jugak yg mggelar smua pnduduk dunia yg bukan yahudi sbagai binatang, pemulangan Bukit Sinai mbuatkan bumi anbiya Mesir yg mpunyai universiti Islamik tertua didunia ni amat thutang budi dn nyawa pada Israel Haramjadah, korang ingat Mesir ni baik sangat ke? Dh brapa kali pintu sempadan ditutup ketika blaku pnyiksaan rakyat Palestin oleh Zionis?

    BalasPadam
  3. Orang orang Arab sejak dahulu kala memang bangsa yg ganas,pengganas dan perusuh sesama sendiri puak masing masing ghairah dan sgt bernafsu berbunuhan utk merebut kuasa.Biarkan saja negara barat menguasai dan menjajah bangsa Arab yg kasar dan ganas spt binatang.Kaum dan puak puak yahudi dan Arab yg ingkar,jahat dan buas byk yg telah dihukum oleh Allah spt yg disebutkan dlm Quran.Arab Spring akan memusnahkan sendiri seluruh bangsa Arab.Jgn sama sekali tolong mereka kerana mereka sendiri yg mahukan keganasan..

    BalasPadam
  4. Lebih baik Mesir itu dijajah oleh Amerika dan Yahudi mcm Iraq bangsa yg tidak mahu bersatu dgn aman mmg patut dikuasai oleh kuasa barat dan zionis.Negara Islam lain tidak perlu buang masa,tenaga dan wang utk membantu negara Islam tertua di dunia yg sudah bosan dgn kedamaian.Berikan ruang masa dan keselesaan tanpa campurtangan luar kpd rakyat Mesir dan seluruh Arab yg bergolak utk berpesta dgn kejahatan dan peperangan sepuas puasnya.Orang Arab hanya akan berehat seketika drpd sengketa apabila letih dan kenyang menghirup dan mengganyang daging saudara seislam sendiri.

    BalasPadam
  5. Apa bangangnya puak Lalat Hijau ini,otak tak bertamadun,ingat senang senang hendak hantar peralatan tentera ke negeri orang.Betul kata ustaz di atas tu,seelok-eloknya kaum yang berserban ini pergi dulu join Hamas atau Fatah pergi lawan Yahudi kat Pelestin tu.

    BalasPadam