Sabtu, 24 Ogos 2013

DAH TENGOK FILEM VICHILCLE 19 DAN ENEMY OF THE STATE, APA ITU JENAYAH BERPROFILE TINGGI MELIBATKAN PIHAK ATASAN?

aku saja je nak bagi tau, yang filem ini walau simple ia tetap menjadi satu impak yang bernas supaya kita berfikir, jenayah dan peras ugut serta perasuah perprofile tinggi memang ada di setiap negara, dah dah melibatkan kakitangan dan pegawai kerajaan yang berstatus jawatan tinggi.

namun jenayah berprofile tinggi ni kadang-kadang payah orang biasa nak faham!! siasatannya cukup dasyat!! erm.. sama juga kalau korang tengok filem enemy of the state korang akan faham.. hehe



dah tengok ke-2 filem ini? kasi tonton ye.. heheh

sebenarnya aku bukan nak sembang apalah, cuma ceritanya ada disini, berkenaan pembunuhan berprofile tinggi yang berlaku terhadap Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim pada april 2013 yang lepas!!


PETALING JAYA: Polis akan menyiasat sebarang petunjuk yang berkaitan dengan kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata polis akan menggunakan apa jua maklumat termasuk kemungkinan bahawa pembunuhan itu dikaitkan dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.

"Kami tidak menerima maklumat itu.

"Namun, polis akan menggunakan maklumat tambahan sekiranya ia benar," katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum Pencegahan Jenayah: Undang-undang semasa dan langkah-langkah untuk mencegah jenayah kekerasan secara berkesan" di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan anak Shaharuddin bahawa bapanya menerima ugutan bunuh sebelum kematiannya.

Anaknya, Mohd Akhtar, mendakwa bapanya menyiasat satu sindiket penyeludupan kereta di Langkawi sebelum mati ditembak pada 26 April lalu.

Dr Ahmad Zahid berkata, siasatan masih dijalankan.

"Saya meluahkan rasa simpati terhadap keluarga Shaharuddin.

"Saya meyakinkan mereka bahawa polis akan menangkap individu yang bertanggungjawab," katanya.

Shahruddin berkhidmat di jabatan tersebut lebih 30 tahun di mana beliau digelar sebagai 'Mr Clean' kerana sentiasa komited dalam menjalankan tugasnya.

Beliau ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya, ketika kereta yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan.

2 ulasan:

  1. mungkin ini yg pro penjenayah dlm pembangkang & BN maksudkan....kalau nak bunuh penjenayah, kena telefon dulu mangsa utk diugut....bila ada peluang baru bunuh.....itu mungkin definisi HAK ASASI bg wakil2 pro penjenayah

    oh ye ditakdirkan penjenayah mati, maka POLIS adalah pihak yg bersalah samada telah/tidak memenuhi HAK ASASI

    .......................TETAPI...................

    jika ditakdirkan polis/pihak berkuasa mati, maka itu adalah SANDIWARA BN/UMNO

    jelas.....suara pro penjenayah adalah suara2 bisikan SYAITAN!!

    BalasPadam
  2. Suhakam dan pembangkang da lari dari objektif meka sebenarnya, meka hidup dgn ISU, tak ada ISU meka mampos, Jika penjenayah tembak ahli keluarga meka, Meka cepat U Turn minta polis bertegas..apa meka ingat mcm nak tangkap ayam ke? yam pun sudah tangkap termasuk ayam berbulu di celah kelengkang..tu.

    BalasPadam