Sabtu, 24 Ogos 2013

DATUK SERI ZAHID HAMIDI BIKIN P WAYTHA MOORTHY MENYOROK BAWAH MEJA!!

hindraf tetap hindraf, buatlah baik macamana pun, dia ketuk balik kepala kita, bak kata orang buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali, kalau percaya bulat-bulat kepada ngo yang dulunya pernah bikin onar kepada kerajaan, jadi orang cakap lu pikior le sendiri!! hehe

adakah penjenayah dan pembunuh, pihak polis kena berhemah, contoh, kalau nak serbu, bagi salam, siap berkias lagi bahasa kepada penjenayah, siap cakap jangan lari ye, kami nak masuk serbu ni, wei ada akal ke idak manusia-manusia yang tak faham ni!! huk aloh..


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) hari ini mengeluarkan kenyataan keras kepada bekas pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Hindraf P Waytha Moorthy  berhubung tindakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menembak mati lima suspek penjenayah di Pulau Pinang.

Ahmad Zahid dalam ucapan perasmian semasa "Forum Pencegahan Jenayah: Undang-undang semasa dan langkah-langkah untuk mencegah jenayah kekerasan secara berkesan" di Petaling Jaya menegaskan, pemimpin berkenaan harus melepaskan jawatan kerajaan jika kenyataan yang dikeluarkannya masih "bersifat seperti NGO."

Tegasnya lagi, dalam usaha memerangi jenayah, penjenayah seharusnya tidak menerima simpati umum.

"Jika ada seorang tokoh yang pernah ketuai NGO, dan jadi anggota pentadbiran memberi komen negatif, berhenti dari kerajaan, duduk dalam NGO semula," kata ahli Parlimen Bagan Datoh itu.

"Dalam perkara ini jangan kita ada simpati kepada penjenayah," tegasnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri  Waytha Moorthy, yang juga merupakan bekas pemimpin Hindraf dilaporkan media berkata beliau tidak percaya berlaku tembak menembak antara pasukan polis dengan suspek, sebaliknya mencadangkan mereka ditembak pada jarak dekat.

Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden Umno itu bagaimanapun ketika ditanya pada sidang media adakah kenyataan itu dikeluarkan merujuk kepada Waytha Moorthy hanya berkata: "awak faham-faham sendirilah."

Beliau juga sebelum ini dilaporkan menasihati Waytha Moorthy supaya tidak mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan dasar yang ditentukan kerajaan.

"Beliau jangan ingat yang beliau masih pemimpin badan bukan kerajaan, beliau bukan pemimpin Hindraf lagi, jangan campur tangan kerja polis," kata Ahmad Zahid dipetik laporan media. -24 Ogos, 2013.

ps: satu nada keras yang bukan cara playsafe yang biasa pemimpin umno buat, tahniah datuk seri zahid hamidi!!

3 ulasan:

  1. Wathya setakat nyorok bwh meja....tu yg lantik dia tu nak nyorok bawah mana?.....bawah karpet?....lubang jamban?

    PM kita ni mmg dah tak center fikirannya.....RAKAN dibuang, MUSUH diPELUK diCIUM.....mmg dasar TAK SEDAR DIRI.....jelak aku peratikan

    Anwar & Najib TAK SAMA tapi SERUPA

    BalasPadam
  2. Tahniah YB Zahid, Ketua Polis Negara dan PDRM.

    Jangan takut dengan manusia bongkak. Berjuta rakyat menyokong anda!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya....memang rakyat menyokong anda zahid dan ketua polis negara, tetapi keselamatan rakyat dan keselamatan zahid dan ketua polis negara tidak ada siapa yang boleh menjamin.

      Padam