Isnin, 26 Ogos 2013

GUA ADALAH ANTARA BLOGGER YANG MEMBANTAH PERJANJIAN TPPA!! SEBAB APA? MALAYSIA BAKAL DI JUAL!!!


kepada pihak atasan, sebelum kita bersetuju dengan perjanjian itu, fikirkan..

ADAKAH RELEVEN PERJANJIAN TPPA ITU?

APAKAH PERJANJIAN ITU HANYA DIPANDANG DARI SUDUT POSITIF SAHAJA, BAGAIMANA IMPAK KEPADA RAKYAT MALAYSIA, TAKKAN TAKDA YANG NEGATIF?

RISAUKAH ANDA DENGAN KEADAAN RAKYAT MALAYSIA PADA MASA AKAN DATANG YANG MUNGKIN TERPAKSA MENANGGUNG KOS PERUBATAN YANG TINGGI, CONTOH MUNGKIN SEKARANG KITA HANYA BAYAR HARGA UBAT GAUT KE APA KE DENGAN KOS HANYA RM10-RM20, TETAPI BILA PERJANJIAN TERMETERAI, AKAN DATANG ADAKAH PESAKIT PERLU MEMBAYAR RM150 UNTUK KOS UBAT YANG SAMA?

ADAKAH DENGAN TPPA INI MENGUNTUNGKAN MELAYU DAN BUMIPUTRA? JANGAN FIKIR YANG BAIK-BAIK SAHAJA FIKIRKAN YANG MEMBERI IMPAK KEPADA KITA, JANGAN HANYA FIKIR KANTONG SEDAP PERUT SAHAJA, FIKIRKAN NASIB ANAK-ANAK CUCU KALIAN LAH.

HARAP RAKYAT MALAYSIA DI BERI PENERANGAN BERKENAAN PERJANJIAN YANG DIKATAKAN PENJAJAHAN EKONOMI BARU UNTUK MALAYSIA!!! NAK JUAL MALAYSIA? JANGAN JADI BODOH WAHAI PEMIMPIN ATASAN!!!

jom baca seterusnya klik sini

ayuh kita bersatu rakyat malaysia kita halang kerajaan malaysia menandatangani perjanjian yang akan membuatkan malaysia di jual kati... FIGHT!!!

 INDONESIA WALAU MEMUJI OBAMA, TIDAK SETUJU DENGAN TPPA!! 

 SATU DUNIA MENOLAK PERJANJIAN PENJAJAHAN BARU INI!!

AYUH BANTAH!!


TUN M PUN TAK SETUJU!! BELIAU TAK TIDUR MALAM BILA TAU IMPAK SEBENAR YANG AKAN BERLAKU TERHADAP RAKYAT MALAYSIA, KEPADA PEMIMPIN MALAYSIA YANG CERDIK, TAKKANLAH TAK SEDAR KOT!!


AYUH BANTAH!!!

PS: MAAF BLOGGER INI, TIDAK SEKALIPUN MEMBENARKAN NEGARA KU CINTAI INI MENJADI BAHAN JUALAN KEPADA AMERIKA!! APA PEMIMPIN ATASAN TAK BERFIKIR???????

3 ulasan:

  1. klw ikut gayaa pm skg 40-60,5-5-,60-40 aakaan seetuju sain

    BalasPadam
  2. PS: MAAF BLOGGER INI, TIDAK SEKALIPUN MEMBENARKAN NEGARA KU CINTAI INI MENJADI BAHAN JUALAN KEPADA AMERIKA!! APA PEMIMPIN ATASAN TAK BERFIKIR???????

    - - - - - - - - - - - -

    Siapa yang melantik pemimpin atasan berkenaan?

    BalasPadam
  3. SN358] “Kerajaan memberi jaminan kepentingan Perusahaan Milik Negeri (SOE) serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) akan dilindungi dalam rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)...kerajaan juga beri jaminan bahawa kepentingan rakyat dan kedaulatan negara adalah keutamaan kami (dalam rundingan TPPA)” [BH 14/08/13]. Inilah janji Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kepada rakyat Malaysia di dalam isu TPPA yang dijangka ditandatangani sebelum akhir tahun ini yang membabitkan 12 negara iaitu Malaysia, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Jepun, Singapura, Vietnam dan Amerika Syarikat. Setakat ini sudah banyak bantahan yang dikemukakan oleh pihak pembangkang, NGO-NGO dan rakyat secara umumnya terhadap perjanjian ini, namun nampaknya kerajaan masih tetap meneruskan proses rundingan ke arah memuktamadkan perjanjian tersebut. Di antara perkara awal yang dibantah adalah berhubung isi perjanjian itu sendiri yang merupakan satu rahsia dan segala laporan mengenai rundingan yang tidak boleh didedahkan kepada umum. 

    Kita sememangnya mengetahui bahawa jika Amerika Syarikat (AS) terlibat di dalam satu perkara, apatah lagi dalam perjanjian antarabangsa sepenting ini, Amerika tidak akan melakukannya jika ia tidak bermanfaat untuknya atau jika ia tidak mendapat apa-apa kepentingan darinya.  Kita juga tahu bahawa Amerika memusuhi Islam dan cuba untuk mendominasi umat Islam dan negeri-negeri kaum Muslimin, baik dari segi fizikal mahupun ekonomi. Justeru, dengan akal yang sederhana sahaja kita sudah boleh mengagak bahawa TPPA ini sudah pasti tidak akan dimasuki oleh AS jika ia bukan untuk mengukuhkan lagi hegemoni AS ke atas umat Islam dan negeri kaum Muslimin. 

    Tahap kepedulian yang ditunjukkan oleh sesetengah umat Islam dalam hal ini amatlah baik, namun malangnya setakat ini semua bantahan yang diketengahkan hanyalah terfokus pada aspek ekonomi atau lebih tepatnya hanya berkisar soal “manfaat” yang bakal diperolehi atau bakal terjejas hasil dari memasuki perjanjian ini. Tolok ukur “manfaat” dalam menilai sesuatu perkara bukanlah salah, tetapi ia menjadi salah apabila hanya aspek tersebut sahaja yang dijadikan tolok ukur tanpa terlebih dahulu melihat aspek yang lebih penting dan utama yakni aspek “halal dan haram”nya sesuatu perkara itu. Meletakkan asas ukuran kepada “manfaat” sesungguhnya merupakan “cara berfikir” Kapitalisme. Ideologi ini mengajar penganutnya untuk mengambil apa sahaja yang boleh mendatangkan manfaat tanpa mengira aspek halal dan haram. Sedangkan ideologi Islam mengajar penganutnya bahawa tolok ukur kepada sesuatu (sama ada boleh diambil atau ditinggalkan) adalah halal dan haram, bukannya manfaat. Walau sebesar mana manfaat yang dapat diperolehi daripada sesuatu perkara/perbuatan, sekiranya perkara/perbuatan itu adalah haram, maka ia wajib ditinggalkan. Inilah “cara berfikir” Islam. 
    ..........bersambung

    BalasPadam