Khamis, 29 Ogos 2013

MEMORENDUM BANTAHAN TPPA!!


sumber dari fb KLIK SINI

Membantah secara berhemah!!! Bukan berdemo....!!!

MEMORANDUM BANTAHAN TPPA
BANTAHAN MENGIKUT SALURAN DAN PROSEDUR YANG BETUL

TIDAK MENJADI MASALAH UNTUK KERAJAAN KAJI SEMULA APA YANG DI BANTAH OLEH RAKYAT.. TIDAK SEMESTINYA 100% KEPUTUSAN YANG DI BUAT OLEH KERAJAAN DI IKUTI OLEH RAKYAT.. ''KERAJAAN SEDIA TERIMA TEGURAN DAN KRITIKAN DARI RAKYAT'' JIKA MENDATANGKAN KEMUDARATAN PADA RAKYAT DAN NEGARA DI MASA2 MENDATANG.

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) hari ini menyerahkan memorandum bantahan berhubung Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Memorandum yang mengandungi kira-kira 70 garis merah atau kepentingan tidak boleh ditolak ansur itu adalah hasil persidangan meja bulat TPPA bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berakhir semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Mohd. Nizam Mahshar berkata, pihaknya tetap bertegas bahawa TPPA bakal menggugat ekonomi, kesejahteraan sosial, kedaulatan negara selain memberi impak besar kepada sektor-sektor utama antaranya industri kecil dan sederhana, peluang-peluang perolehan, harta intelek dan pertanian.

ps: kesimpulannya TPPA ini akan membuatkan malaysia macam boneka, anak cucu kita le sok payah, perubatan harga melambung, hak bumiputra nanti tergugat, dan banyak lagi hal yang tidak bagus kalau malaysia setuju dengan perjanjian TPPA ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan