Rabu, 7 Ogos 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1434H BUAT RAKAN-RAKAN SEMUA!!

di sini daku ingin memohon seribu kemaafan buat pembaca-pembaca blog ini, maaf sekiranya ada terguris hati,

buat semua, balik kampung halaman, jangan racing lak ye, ingat orang-orang tersayang, raya-raya juga, orang susah jangan kita lupa, berjumpa dengan keluarga adalah satu momen yang cukup indah, indah yang tidak terungkap dengan kata-kata, buat rakan-rakan yang bertugas pada hari raya, daku doakan moga kalian tabah, bertugaslah dengan ikhlas, raya kan sebulan.

sedih juga meninggalkan ramadan pada tahun ini, banyak cerita yang terjadi pada ramadan tahun ini yang takkan dilupa oleh daku, mudah-mudahan tahun depan kita di izinkan olehNYA bertemu lagi di bulan yang mulia bulan ramadan.. amin

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN


DARIPADA HEADBOMB!!
perjuangan yang belum selesai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan