Rabu, 28 Ogos 2013

TAHUKAH ANDA, TUGU NEGARA PERNAH DI BOM PADA 1975 OLEH PENGGANAS KOMUNIS!!

Sempena bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia mari dapatkan sedikit maklumat bersejarah untuk hari ini. Umum diketahui Tugu Negara dibuka pada tahun 1966 untuk memperingati lebih dari 11 000 perajurit yang mati di dalam perang dunia pertama, kedua dan darurat. Tugu setinggi 15 meter ini diukir oleh Felix De Weldon, pengukir yang berasal dari Amerika Syarikat. Felix dipilih sendiri oleh Tunku Abdul Rahman untuk mengukir patung-patung Tugu Negara kerana kagum dengan kerja beliau menghasilkan monumen Iwo Jiwa untuk askar Marin Amerika Syarikat.

Tahukah anda pada hari ni 38 tahun yang lalu tugu ini dibom oleh komunis? Yep pada pukul 5 pagi, 27 Ogos 1975 Tugu Negara digegarkan oleh letupan bom. Akibatnya sebuah patuh rebah ke tanah manakala dua lagi kepala patung terpancung. Kerosakan yang dialami tugu tidak berapa teruk kerana hanya 1 daripada 3 bom yang diletakkan pengganas meletup. Letupan di monumen ini menyebabkan Tugu Negara terpaksa ditutup sehingga 11 Mei 1977.

sumber klik sini




ps: sekarang ni pun cucu cicit komunis dah berkuasa, so adepehal, kat penang diaorang dah kongker dah, ada melayu bodoh yang mengagungkan komunis, jadilah barua kepada komunis sampai mati ye... puih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan