Sabtu, 31 Ogos 2013

SUNGAI YANG DULU KOTOR, SEKARANG DAH JADI TEMPAT SANTAI DAN TARIKAN PELANCONG DI KOREA SELATAN!! TERBAEK!!

Terletak di pusat kota, sungai itu juga mampu menarik minat para pelancong tempatan dan luar negara. Cheonggyecheon benar-benar menawarkan daya tarikan tersendiri.

Suasananya cukup tenang walau di atasnya berlalu-lalang beragam kenderaan bermotor. Sisi kiri dan kanan sungai itu disediakan laluan khas untuk pejalan kaki, sehingga mereka dapat merasakan secara langsung kesejukan udara sekaligus mendengarkan aliran air yang menyegarkan. Walaupun tidak boleh diminum, namun air di sungai ini sangat jernih.

Sungai sepanjang hampir 6 km ini dahulunya sangat kotor, bahkan pernah menjadi jamban dan tempat membuang sampah bagi kebanyakan orang. Menurut laman pemerintah Seoul, setelah Perang Korea (1950-1953), Cheonggyecheon menjadi lokasi penempatan kaum pendatang yang ingin mengadu nasib di ibukota.

Pada dekad 1970-an, Cheonggyecheon berubah fungsi menjadi salah satu simbol "modernisasi" Korea Selatan. Sungai itu dipenuhi banyak tiang konkrit untuk pembangunan jalan bertingkat. Pelbagai pencemaran berlaku sehinggakan air sungai itu tidak dapat mengalir.

Namun, pada 2003, datuk bandar Seoul ketika itu, Lee Myung-bak melakukan perubahan revolusioner. Lee, yang kini adalah bekas presiden Korea Selatan berkat visinya yang mesra alam, ingin Cheonggyecheon kembali kepada statusnya semula sebagai anak sungai yang mengalir di pusat bandaraya.

Jalan-jalan bertingkat di atas sungai itu diruntuhkan, begitu pula dengan tiang konkrit dan konkrit penghadangnya. Maka, dua tahun kemudian, Cheonggyecheon "lahir kembali" sebagai sungai yang indah dan kini menjadi salah satu kebanggaan warga Seoul sebagai ibukota moden yang turut memberi perhatian terhadap kelestarian alam sekitar.

Menurut keterangan pemerintah Seoul, kelahiran kembali sungai itu bahkan turut menurunkan tahap pencemaran udara dan kian menyejukkan udara di tengah bandarayanya.

 kalaulah sungai klang kat kl macam ni kan gempak, hehe..

yang ni masa zaman dimana sungai ini tercemar, zaman dimana korea selepas perang, salute rakyat korea yang tabah!!




gambar dibawah ni, sungai diperindahkan dan paling dashyat, air dia jernih, tapi takleh minumlah.. dasat orang korea brader!!






ps: orang korea mereka sedar tentang sejarah perit mereka hadapi, korea selatan dari negara miskin, pada tahun 1950-an, sekarang adalah negara yang dah maju, kita patut ambil sikap dari orang korea ini, sebab mereka tidak pernah putus asa, belajar teknologi, mereka juga berjuang untuk bangsa mereka, sebab pada zaman gelap, perang dunia ke-2, perempuan korea majoritinya telah dijadikan sebagai hamba seks untuk tentera jepun, tetapi mereka bukan berdendam dengan perang, tetapi mereka lawan dengan teknologi, tengok saja samsung, dah kitai habis dah sony beb!! sekarang ni kan demam psy, k-pop, drama korea...hehe... terbaek!! salute!!

5 ulasan:

  1. Kalau sungai klang dapat dibersih dan diperindah pasti boleh dijadikan sistem pengangkutan alternatif kepada warga kota di KL dan kawasan sekitar selain boleh dijadikan tarikan kepada pelancong.

    Bangunan2 usang di tepi sungai klang harus diroboh untuk dibangunkan dengan bangunan baru yang berorientasikan artistik & santai



    BalasPadam
  2. saya pun setuju kalau sungai klang dibangunkan..tapi harap2 faktor banjir diambil kira terlebih dahulu kalau tak rugi je..buat cantik2 pastu ranap ngan banjir kilat..hihihi..

    lagi satu dari segi sosial nye..kalau dah elok dinaiktaraf sungai klang tu..jangan pulak dicemari dengan keruntuhan akhlak muda mudi kat sungai klang tu...faham je la kan anak muda kita zaman la ni..tambahan waktu malam..semua tu kena dititikberatkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul bro budak muda pantang nmpak tempat sejuk, kekekekeke...

      Padam
  3. Kalau kt Malaysia ni model yg bulih dibuat benchmark ialah sungai melaka yg la ni dh jd tarikan pelancong iaitu Melaka River Cruise. Pentadbiran Negeri Melaka diketuai oleh KM masa tu Ali Rustam punyalah susah payah nk pulihkan dan bangunkn sungai tu. La ni dh jd tarikan pelancong luaq negara. Mana mana negeri yg ada sungai ni patut ambik model dan formula yg depa gunakan.

    BalasPadam
  4. Hang sebut org Korea x mudah putus asa aku mmg setuju sgt. Baru mlm tadi Korea Selatan jd juara sepak takraw Super Siries ISTAF India. Dia kalahkn Thailand dekat suku akhir. Kalahkn Indonesia dekat separuh akhir. Kmudian kalahkn Malaysia dekat akhir. Dahsyat betui org Korea ni. Cepat betui depa belajaq.

    BalasPadam