Jumaat, 6 September 2013

APA KATA ANDA?? PRO DAN KONTRA KENAIKAN HARGA MINYAK!! HAKIKATNYA!!


Menteri Komunikasi dan Multimedia,Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata,pengurangan subsidi minyak akan membolehkan kerajaan menampung lebih banyak program pembangunan untuk manfaat rakyat di negara ini. “Saya sendiri pun,kalau diberi pilihan,mahu turunkan lagi harga minyak dan tambahkan subsidi,namun kalau kita tambahkan subsidi minyak,kita ambil hak rakyat untuk mendapat pembangunan lain,seperti hospital.Dari segi sistem telekomunikasi pula,Sabah antara negeri yang banyak mendapat peruntukan,namun masih tidak cukup.Misalnya pada tahun 2006 hingga sekarang,RM800 juta disediakan untuk menambah kelengkapan,tetapi tidak mencukupi,” katanya sempena lawatannya ke tapak sambutan perayaan Hari Malaysia (16 September) di Taman Prince Philip, Tanjung Aru dekat sini, hari ini.

Ahmad Shabery diminta mengulas kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam Isnin lalu,yang diumumkan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak.Najib berkata,kerajaan kini menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel.Jumlah subsidi bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan tahun ini ialah sebanyak RM24.8 bilion.Ahmad Shabery berkata,sekiranya kerajaan menggunakan sebahagian peruntukan itu yang sepatutnya untuk tujuan pembangunan,namun digunakan untuk menampung subsidi minyak,ia hanya memberi keuntungan kepada orang luar yang datang ke sini berikutan harga minyak di Malaysia sangat murah berbanding di negara mereka.

“Ini disebabkan kerajaan negara mereka tidak memberi subsidi minyak.Sebab itu kerajaan memilih untuk mengurangkan subsidi minyak dan penjimatan subsidi itu tetap dikembalikan kepada rakyat.Misalnya BR1M dan banyak lagi program yang akan diumumkan semasa Belanjawan 2014 pada sidang Parlimen akan datang.Jadi kita kena tunggu belanjawan itu,kita tidak boleh bergantung sepenuhnya terhadap minyak murah yang sebenarnya tidak murah tetapi wang rakyat digunakan untuk mengurangkannya.Isu ini mungkin sukar untuk difahami pada peringkat awal namun yang penting harga minyak menjadi lebih mahal sekarang berikutan pengurangan subsidi dan ini tidak bermakna bahawa rezeki kita juga akan berkurangan.Lojiknya,kuasa beli kita akan berkurangan namun wang yang dilaburkan itu memberikan pekerjaan dan kebaikan kepada semua orang.Misalnya orang Sabah perlukan jalur lebar yang lebih baik.Tapi kalau wang itu digunakan untuk subsidi,yang dapat manfaat ialah orang luar kerana terdapat lebih kurang dua hingga tiga juta orang asing yang duduk di negara ini yang turut mendapat nikmat subsidi minyak yang diberikan kerajaan,” katanya.Oleh itu,Ahmad Shabery berkata,adalah lebih baik wang itu digunakan untuk membantu rakyat tempatan. – Bernama

7 ulasan:

  1. Minyak dikurangkan subsidi kira ok lagi cuma pihak yang berkenaan tolonglah PANTAU dan AMBIL TINDAKAN pada peniaga2, orang tengah, pembekal, pengeluar barang keperluan yang ambil kesempatan dari kenaikan harga minyak ni. Kalau menteri yang bertanggungjawab lembik semacam je memang punah la harapan PM untuk jadikan Malaysia ni negara berpendapatan tinggi dan rakyatnya dapat hidup dengan aman damai.

    BalasPadam
  2. Kenapa yea, ramai pak menteri sekarang ni lebih mementingkan populariti? Ini menjadikan mereka lembik, pak turut kpd desakan. Menteri sepatutnya kuat! Kalau betul betullah! Kalau salah, salahlah. Jangan dok kata boleh sekiranya tak boleh. Rakyat sekarang ni lebih cerdik dari pak menteri. Mereka menilai. Itulah yg menyebabkan pak menteri lembik jatuh tergolek nanti. Kita mahu menteri yg tegas bukannya yg boleh dibodek2.

    BalasPadam
  3. kurang subsidi tu utk beri BR1M RM1200 spt yg dijanjikan....mana ada utk pembangunan?

    sebab tu bila kerajaan SEDAR, yg duit subsidi yg ditarik hanya cukup2 utk menampung BR1M, maka dinaikkan pula rege RON97....RON97 TAKDA SUBSIDI, nilainya terapung harganya ikut turun naik pasaran dunia.....takat CUKAI RON97, berapa untung kerajaan utk tampun pembinaan hospital etc? signifikannya terllu kecil

    Tapi kalau dah RON95 & diesel naik, makaConabeng ada peluang nak naikkan harga barang.....masalah kerajaan TAKDA dduit bukan sbb rakyat BOROS, TAK PANDAI BERBELANJA....sbb bukan rakyat yg urus duit kerajaan....tp kerajaan PM yg dibantu PEMANDU & KONSULTAN serta PEMBANGKANG yg buat PINJAMAN MELAMPAU2 utk MEMBAZIR & BOROS.

    utk penyokong kerajaan yg memBABI BUTA ikuuuut je apa ckp kerajaan, cuba berfikir sejenak.....SIAPA YG URUS DANA KERAJAAN???.....kita sbg rakyat ATAU mereka sbg pemimpin??

    kalau rakyat disuruh berjimat/mengurangkan perbelanjaan.....ingat ekonomi Malaysia boleh meningkat???.....Tun M pesan minta kita berjimat, tp dia lupa masa krisis ekonomi dulu 98/99, utk rancakkan ekonomi Malaysia Tun M minta rakyat bykkan berbelanja.....itulah yg sepatutnya

    Dlm kerajaan mengalami masalah kewangan, boleh pulak beri tanglung PERCUMA utk Cinabeng biaDAPigs yg kaya raya.....tabur duit pd SJK yg sepatutnya HARAM dlm perlembagaan, upah konsultan semata2 utk cari slogan dr Mongolia "endless possibilities", upah PEMANDU yg lesen memandupun (pengalaman) takda & byk lg......sekarang ni yg memBAZIR siapa????.....KERAJAAN atau RAKYAT??

    BalasPadam
  4. pertama kali dgr DS Hisham melontarkan ide pembaharuan yg MANTAP....mungkin sbb PAU13.....apa2pun ide ni sgt baik, tepat & kena pada masanya.

    DSHisham mencadangkan (sbnrnya cadangan dari Rafizi) agar elaun pak menteri dipotong utk mengurangkan defisit kerajaan...bukan shj elaun pak menteri, elaun2 pekerja kerajaan dr atas sampai ke lec2 di UNIVERSITI wajib dikurangkan sbb ni la LUBUK mereka dpt duit tambahan.....lepas tu memekak kata duit tak cukup & jd pembangkang

    tak kira yg dr kerajaan/pembangkang, potong elaun2 mereka....sama adil sama rasa

    nak tau lebi, baca di sini:
    http://smvonline.blogspot.com/2013/09/menteri-sambut-baik-cadangan-potong.html

    BalasPadam
  5. orang x bising sangat kalau setakat harga minyak yg naik. masalahnya kenaikan harga tu memberi kesan kepada inflasi barang2 keperluan yg lain. Semua akan susah kecuali kerajaanlah, sebab diorg lagi suka. bila bisnes untung banyak,banyaklah cukai dan duit kopi masuk. kekayaan negara bukan dapat kat rakyatpun kena songlap. cakap banyakpun tak gunalah. rakyat berhak memilih kerajaan penipu rakyat atau yg mementingkan kebajikan rakyat. pemimpin tu mcm bapa, kalau x dapat melindungi rakyatnya baik undur diri. bagi pelaung kpd kerajaan baru yg lebih cekap.

    BalasPadam