Sabtu, 14 September 2013

KEPADA PENGANUT DAP, DISARANKAN TIDAK MEMBACA INFO INI!! SEBAB AUTOMATIK ANDA AKAN TERBAKAR!! KEH KEH

aku pesan awal-awal, kepada penganut agama dap, eh silap, penganut dan pencinta dap, malah menganggap dap adalah segalanya, woii pekakas dap.. aku pesan ni, jangan baca, kalau baca juga, kalau terbakar, korang segera simbah air ke muka, atau paling trill korang jerit, lahabauuuuuu najibbbbbbbbbbbbbb...... tak pun korang buat perkara paling gila, iaitu berdemo ramai-ramai, membantah apa yang ds najib dah buat ni ye... kamon pekakas dap.... korang kan hero... kah kah..


34 PERKARA TERSURAT HADIAH BUAT MELAYU & BUMIPUTERA MENGUNDI UMNO & BN

Fokus Pemerkasaan Pertama:
Mendaya Modal Insan Bumiputera.

1. Memperbanyakkan Program Latihan Peningkatan Kemahiran.

2. Mempergiatkan Program Latihan Semula atau Re-Skilling.

3. Mempergiatkan Skim Latihan 1Malaysia, Program Kebolehpasaran Graduan dan Program Peneraju Skil.

4. Memperluaskan Program Pendidikan Lepas Ijazah melalui Jabatan Perkhidmatan Awam, MARA dan agensi berkaitan.

5. Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) diperluaskan.

Fokus Pemerkasaan Kedua:
Memantapkan Pemilikian Ekuiti Bumiputera Dalam Sektor Korporat.

6. Melancarkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) dengan suntikan pelaburan 10 bilion unit saham.

7. Mentransformasikan program Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) melalui Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS).

Fokus Pemerkasaan Ketiga:
Memperkukuh Pemilikan Aset Bukan Kewangan Bumiputera.

8. Memperkemaskan Yayasan Wakaf Malaysia.

9. Memperkukuhkan peranan institusi-institusi hartanah seperti Pelaburan Hartanah Berhad(PHB), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) bagi membangun dan memperoleh hartanah komersil dan industri.

10. Memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada Bumiputera melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan Kerajaan Negeri.

11. Perkukuhkan UDA Corporation untuk membangunkan hartanah.

12. GLC yang terlibat dalam pembangunan hartanah memberi penekanan kepada pembangunan hartanah Bumiputera.

Fokus Pemerkasaan Keempat: Memperhebatkan Keusahawanan dan Perniagaan Bumiputera.

13. Memperkuatkan peranan agensi pembangunan usahawan Bumiputera seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB.

14. Menambah pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta.

15. Menambah pembiayaan pinjaman kepada TEKUN Nasional sebanyak RM700 juta.

16. Mengarahkan kementerian dan agensi mengukuhkan Program Pembangunan Vendor.

17. Memastikan jangkamasa kontrak dan konsesi vendor disesuai dengan tempoh bayar balik pinjaman bank.

18. Melonjakkan program VDP di bawah PETRONAS, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM), Axiata dan United Engineers (Malaysia) Berhad (UEM).

19. Ketua Pegawai Eksekutif GLC menetapkan sasaran penyertaan Bumiputera sebagai KPI.

20. Program VDP PETRONAS RM20 bilion setahun dan 22 skop kerja untuk Bumiputera.

21. GLC dan GLIC menerajui usaha mengwujudkan konsortium syarikat Bumiputera dalam sektor rangkaian perbekalan.

22. Mempergiatkan program penswastaan perkhidmatan Kerajaan secara terpilih.

23. Memperluaskan dasar carve out.

24. Membina satu komuniti baru entrepreneur Bumiputera.

25. Memperkenalkan Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB).

Fokus Pemerkasaan Kelima:
Memantapkan Ekosistem Penyampaian Perkhidmatan.

26. Mewujudkan ekosistem penyampaian perkhidmatan yang cekap, komprehensif dan konstraktif

27. Mewujudkan Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di semua kementerian.

28. Meningkatkan enrolmen pelajar UiTM kepada 250,000 menjelang 2020.

29. Menubuhkan beberapa kampus baru UiTM.

30. Menubuhkan dana pendidikan MARA berjumlah RM1 bilion.

31. Membestarikan TERAJU.

32. Mewujudkan komuniti entreprenuer Bumiputera.

33. Meletakkan INSKEN dan SUPERB di bawah TERAJU.

34. Menubuhkan Majlis Ekonomi Bumiputera atau MEB bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera.-Perak Today


ps: maka jadi tenuk bukit seko-seko kiasu beb, serang twitter ds najib, wei komunis, korang ni baru ada akal, korang nak tunjuk hero, ini tanah berdaulat... tanah tumpah darahku, dah elok-elok hidup harmoni, perpaduan sesama kita, korang main kasar, korang main isu-isu sensitif, korang langgar apa saja untuk tunjukkan kiasu adalah power.. sampai pas yang hebat gile tu boleh tunduk dengan korang, gila betul, kepada penganut agama dap yang kata dap lagi bagus dari umno, baik pergi cuci otak dulu ye.. 

8 ulasan:

  1. teori ... teori ...teori ... cadangan...cadangan cadangan ... dudok dalam pejabat dan tulis semua itu boleh le ... tanya dulu, ada berapa banyak syarikat swasta milik bukan-melayu banding dengan milik melayu ...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. xkan tu pun nak salah kerajaan??

      perhh, gamaknya klu hang sakit perut pun hg salah kerajaan gak.. ngok..

      Padam
    2. Pandai sangat buatlah sendiri jangan taip..taip..taip saja, budak pun boleh buat.

      Padam
  2. Kerajaan patut memperbaiki sikap peniaga melayu jika ingin menolong Melayu.Pengalaman aku , aku buat sikit bisnes part time (ada le 30 ke 40 kedai), aku hantar barangan ke kedai-kedai dan restaurant...ada berurusan dengan peniaga-peniaga Melayu ...dari pengalaman ku .... yang patut perniaga Melayu perbaiki... (Kerajaan perbaiki dan bantu) 1. Sikap peniaga Melayu yang tidak sistematik di dalam urusan kewangan...amat perit untuk dapat balik duit jualan...tetapi tidak dikedai Cina yg aku sebagai client.Sampai ni duit jualan hari raya tu hari belum dapat kutip dengan pelbagai alasan. 2.Kalo peniaga cina yang aku berurusan pembantu kedai boleh bayar duit jualan hanya berikan resit...(Resit d/bil dicop tanda penerimaan dan barang dihitung cukup jumlahnya...maklumlah kekadang short atau lebih salah kira..Tetapi peniaga Melayu kira percaya aja ..bagi bil tanpa tt penerimaan).Peniaga Melayu kurang percaya kepada pembantunya. Banyak juga jualan barangan makanan aku tu (habis)...tapi tokey kata tak tahu barang pegi mana (siapa yang makan)...last sekali tak nak barang dan stop barang aku yg laris tu.aku...frust aku.3. Peniaga tokey yang sombong (kekadang muka macam P*** ...adoi mak...nak berurusan perit dan rasa malu...kita tidak dilayan sebagaimana seorang yg akan membantu mereka menambahkan duit....kita nak ambik duit jualan barang yang dah habis macam peminta sedekah....berbanding peniaga cina beberapa saat semua sattle...4. Peniaga Melayu percaya lurus 100% kepada pembantunya tanpa double check,...maknanya mudah di songlap olh pembantu yang tidak jujur. 5.Susah nak masuk/hantar barang kekedai Melayu...kurang nak tolong .... padahal kita cuma nak letak barang je...kalo laku dia untung tanpa modal...tu pon lokek kita nak masuk dengan pelbagai alasan...padahal ruangan kedai/gerainya masih ada kosong dan boleh diadjust. 6. Oleh itu aku rasa untuk membantu peniaga Melayu dan Bumiputera ini elok di panggil peniaga-peniaga ini dan adakan kursus motivasi/teknik dan tektik/tanggung jawab/akaun bukan je pada diri tetapi orang lain (yg boleh dibantu)... berhampiran kawasan-kawasan perniagaan-peniaga kecil supaya tidak menyusahkan .Contoh peniaga di R&R...Supermakaet seperti Mydeen dll...7. Peniaga Melayu juga Nak ambik untung pulak keterlaluan....kita pengusaha dapat sikit ...mereka hentam lebih.8. Pengusaha Melayu ni agak penyegan (aku le)...malas pon ada juga...padahal duit depan mata...Aku ada barangan yg dihantar dikedai-kedai eg. PLUS pembungkusan etc tak le berapa cantik ...tetapi tak pernah pon ada agensi yg bertanya-tanya tentang produk aku (seperti aku kata tadi aku ni penyegan, jadi aku pn mungkin salah juga)...Kesimpulan: kalo benda kecik-kecik nih Kerajaan tak ambik berat .... bagaimana Melayu nak buat bisnes lebih besar...bagaimana kami boleh kembangkan bisnes...?. Begitu juga apa yg kita lihat ramai org Melayu bisnes kecilan tepi jalan...tetapi baru nak mula ada le Majlis bandaran ke yg cepat-cepat datang suruh tutup/saman...Tetapi kalo bangsa Cina...ok je...Pelikkan. Padahal sebelum boleh jadi bisnes besar...kenalah buat kecil dulu...untuk mencarai semangat...Harap Nota ini sampai kepada DS Najib.Aku tulis sini sebab tak tahu nak luahkan kat mana.

    BalasPadam
  3. komen 'someone' dr blog nusanaga...

    Perjanjian TPPA sebenarnya adalah perjanjian di mana Jika ditandatangani oleh najib maka segala harta harta ( emas) bangsa melayu yang selama ini beku di luar negara akan cair dan akan menjatuhkan sistem kapitalis yang selama ini dipegang oleh yahudi rothschild. Oleh sebab itu mereka sangat terdesak dan sangat takut kepada perjanjian tppa kerana masa kejatuhan mereka akan tiba. Ingat kita di fasa terakhir akhir zaman, dimana fitnah dajjal dimana mana. Yang benar dikatakan batil, yang batil dikatakan benar. Oleh itu sokonglah DS Najib beserta segala transformasi 1Malaysia yang diperjuangkannya.. DS najib memperjuangkan hak dan kedaulatan negara dan bangsa melayu dibawah gagasan 1Malaysia. Dibawah gagasan ini hak hak dan kebajikan orang melayu dibela sepenuhnya berbanding pada zaman mahadir.. Pada zaman mahadir , hak hak dan kebajikan orang melayu tidak dibela sewajarnya kerana itu bangsa melayu mundur dari pelbagai sudut.. Boleh dikatakan mahadir adalah penindas dan pengkhianat orang melayu yang selama ini bertopengkan melayu dan orang melayu tidak sedar hal ini. Mahadir dan yahudi rothschild selama ini mempunyai misi dan matlamat yang licik dan jahat iaitu merampas dan merompak kekayaan orang melayu sehingga orang melayu mengemis di tanah air sendiri.. Jadi sokonglah DS najib dan TPPA kerana HAK BANGSA MELAYU akan dikembalikan dan hasilnya dapat dinikmati oleh bangsa melayu sedunia.. Salam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mengarut ni.

      Padam
    2. setahu aku ttpa ni kalau salah jalan, kontra dia, org luar boleh kacau glc, boleh kacau kalau kita main rasis, sbb di afrika selatan kerajaan mereka disaman kerana polisi yang menjaga org afrika berkulit hitam, mcm kita jaga bumiputra tu.. so kalaulah kita nak jaga bumiputra tak boleh.. mybe disaman, apa rasionalnya ttpa tu.. untuk jangka masa panjang tu.. anak cucu kita..

      Padam