Khamis, 5 September 2013

KIRA-KIRA, WALAU RM0.20SEN, IMPAK DIA BUKAN MAIN BESAR ANAK BEB!! JOM TENGOK!!

mampuih!!

kira-kira ini adalah salah satu keluhan dari rakan fb, aku tumpang share je, tapi apakah rasionalnya dan apakah impaknya, pakar ekonomi tau, pakar segala pakar bapak atas lagi atas lagi pakar pun tau, bila mana ia naik, akan jadi satu maksimum masalah!! tapi nak buat cane, kita kan rakyat... so kita fikirkan nak buat sumber pendapatan ke-2.... 

Semalam : RM1.90 / Liter
Hari Ni : RM2.10 / Liter

1. Sekarang : RM1.90 / Liter

RM1.90 x 10 liter sehari = Rm19
30 hari x Rm19 = Rm570 sebulan

Setahun : RM570 x 12 = RM6840 setahun

2. Esok : RM2.10 / Liter

RM2.10 x 10 liter sehari = Rm21
30 hari x Rm21 = Rm630 sebulan

Setahun : RM630 x 12 = RM7580setahun

# nampak tak perbezaan kan ? " 20 sen jer " ?

Registered cars in Malaysia to 2012 in Malaysia was about 20,000,000.

Average full tank 50 liters.

50 liters x RM0.20 = RM10.00

Let say refill petrol every week.

RM10.00 x 4/month = RM40.00

RM40.00 x 20,000,000 cars = 800,000,000

Government gets extra money almost one billion a month!!!

12 billions a year!!!

ps: kaya kaya kaya

11 ulasan:

  1. Gila kira maksimum macam ni.Kereta aku biasa isi RM50 aje,lebih kurang 26 liter,kalau full tank pun rm80 tak sampai 50l.Satu hari jalan sampai rm19 baik naik lrt ke bas..gila apa kos minyak kereta sampai 600 sebulan,sah2 gaji atas rm10k orang tukang kira ni.

    Minyak naik takde hal sangat tapi kesan rantaian dia yg tak tahan tu.Kerajaan patutnya pantau gila2 harga barang2 supaya tak dinaikkan sesuka hati.Tapi mampu ke kerajaan?

    BalasPadam
  2. Pertama...

    Penggunaan 10 liter sehari bermakna perjalanan kereta tu adalah lebih kurang 130km - 160km (bergantung pada jenis kereta). Jauh perjalanan tu. Duduk mane, kerja mane? Kalau rasa mahal sangat, naik motor je pergi kerja.

    Kedua...

    Registered car betul la mencecah 20 juta kat Malaysia ni. Tapi yang berjalan tu berapa je? Katakan plat bernombor W1 sampai la plat terkini WYX473 (sehingga 4 Sept 2013), semua ke kenderaan tu masih beroperasi? Kalau jawapannya, boleh la dapat angka 20 juta seperti tadi tu.

    Tapi jangan lupa, dalam belas2 juta kenderaan yang masih beroperasi (sebab langsung tak logik 20 juta kenderaan masih beroperasi di malaysia ketika ini), berapa banyak pula kenderaan yang pakai ron97 (tanpa subsidi)?

    Ok la, busuk2 kita ambik la 10 juta kenderaan yang masih beroperasi DAN pakai ron95 atau diesel kat malaysia ni. So, perkiraan baru adalah menjadi:

    Let say refill petrol every week.

    RM10.00 x 4/month = RM40.00

    RM40.00 x 10,000,000 cars = RM400,000,000 per month.

    Ni baru busuk2, belum wangi2 lagi sebab kalau aku, tak isi pun petrol sampai full tank selalunya. Wangi2 pun baru RM50 seminggu. Itu baru tangki 40 liter (pakai saga FLX). Tapi takpe la, kita ambik pengiraan berdasarkan susutan minyak yang sepatutnya kita dapat iaitu dalam lingkungan 11%, dari RM50, kerajaan dah CURI RM5.50 dari duit minyak aku tadi untuk kegunaan seminggu. Mari kita kira semula:

    refill petrol every week.

    RM5.50 x 4/month = RM22.00

    RM22.00 x 10,000,000 cars = RM220,000,000 per month.

    1 year: RM220,000,000 x 12 = RM2.64 billion.

    Kerajaan pula kata untuk tahun depan, jika kerajaan kurangkan subsidi pada penggunaan petrol dan diesel sebanyak RM0.20, kerajaan boleh jimat hampir RM3.3 billion. Jadi, kiraan aku masih boleh diterima la, tak la melalut2 sampai RM12 billion.

    Yang aku nampak point RM 12 billion tu nak cakap kerajaan nak songlap duit banyak2 la kan... jangan begitu sedara..

    BalasPadam
  3. Anon 1:55 PG.. aku setuju dgn pendapat anda...

    BalasPadam
  4. Setuju ngan 1.14 pg, yg bakal lbh terasa nanti adalah kesan rantaiannya. Minyak semata bg yg cuma pakai motosikal tak terasa sgt.

    BalasPadam
  5. Cerita boleh le...amaran jangan naik harga...bodo menteri tuh!...main amaran...kat kedai borong tu harga naik gila-gila...Hapuskan BRIM yang tak memberi faedah dah timbal balik jangka masa panjang...

    BalasPadam
  6. Beza myk naik 0.20sen dlm sebulan rm630-rm570=rm60..kalo kerajaan bg brim rm1200 setahun kepada golongan sasaran..setiap bulan dpt lebih kurang rm100..itu kalau dpt rm1200 setahun..kalau dpt lebih dari rm1200?lu pikir la sendiri..kalau kerajaan bg subsidi byk,yg untung org kaya dan warga asing seperti singapore n thailand..petrol subsidi pun diseludup..kerajaan byk rugi..inilah kerajaan yg bijak..bukan bodo mcm pakatan..

    BalasPadam
  7. sokong lu (Tanpa Nama5 September 2013 8:57 PG )
    tengok jyga ni...dasyat..
    http://3.bp.blogspot.com/-HXTOXa2ieUI/Uh_rxQBHoaI/AAAAAAAAERE/R4blYzcdvdY/s400/Tandas+Putera.jpeg

    BalasPadam
  8. Ini mcm wa kena carik lembu, naik keta lembu lagi jimat, go green, taik lembu bole buat baja beb.

    BalasPadam
  9. kena pakai NGV gas la kot...kalau lah proton gabung ngan Sykt NGV Gas ... senang kit nooo

    BalasPadam
  10. bro, itu kos direct. belum masuk kos kenaikan pengangkutan, makanan dan lain-lain. Jika nak kira secara detail memang tak cukup la jika kerajaan menggadakan brim rm1200 kepada rm2400 pun.

    pendapat aku, kerajaan mengambil langkah tidak popular kerana terdesak. maksud aku, kerajaan dan kroninya tidak mahu memotong periuk nasi mereka sementara harga semua barang secara global kian meningkat. so terpaksalah menaikkan harga walaupun ia mungkin memberi kesan pada mereka pada pilihanraya akan datang (jika ada ler).

    BalasPadam
  11. saya seorang pemain industri saham. tindakan menaikkan hrga ron 95 ada kena mengena dgn pasaran saham dan ekonomi. saham adalah sebahagian daripada dana pendapatan negara dan berpuluh ribu syarikat2 dimalaysia.

    ini sedikit dari ulasan seorang pakar ekonomis ttg subsidi petrol.

    "Dari sudut ekonomi, saya setuju subsidi minyak dikurangkan.
    Pada 31 Julai 2013 Fitch Ratings telah mengurangkan outlook credit negara kita dari stabil ke negatif. 2 perkara utama yang menjadi perhatian Fitch Ratings adalah 1) kebergantungan negara kepada hasil petroleum 2) pertambahan subsidi.

    Masa laporan kredit ini keluar, boleh tahan ramai yang 'kutuk' kerajaan. Jadi bila kerajaan kurangkan subsidi, yang 'kutuk' tempoh hari patut bersetuju sebab sandarannya adalah dari Fitch Ratings." ini sebahagian dr ulasan pakar trsebut.

    sebaik fitch rating mgeluarkan laporan kredit, sebanyak rm3 billion(jika tidak silap) dana pelaburan oleh para foreign investor telah mngeluarkan dana plaburan dari bursa malaysia. harga indeks klci jatuh mendadak namun masih tetap stabil. saham blue chips majority jatuh.

    ini antara perkara yang rakyat tidak tahu ttg ekonomi malaysia. saya turut marah dgn kenaikan harga sbb takut ttg chain reaction harga barangan keperluan . namun kerajaan "terpaksa" mengorbankan sesuatu untuk perkara yg lebih baik.

    saya percaya akan berlaku banyak syarikat2 yg akan mengurangkan pemberian bonus dan kenaikan gaji kepada kakitangan kerana dr analisis yg diketahui banyak syarikat yg rugi apabila pasaran equiti dan pelaburan mereka merudum kerana penurunan harga pasaran saham ketika ini walaupun penurunan tidak dahsyat.

    sekiranya tiada tindakn kerajaan mengurangkan subsidi petrol nescaya pasaran saham akan terus merudum kerana kekurangan modal dari pemain saham asing. kesan nya banyak syarikat akan rugi atau kurang untung dan seterusnya syarikat tidak mampu untuk bayar bonus dan kenaikan gaji dan rantaiannya ialah pekerja akan kurang berbelanja akibat tiada kenaikan gaji dan seterusnya melemahkan ekonomi makro malaysia kerana kurangnya rakyat malaysia berbelanja.

    kita mengeluh kenaikan 20sen atau sebulan purata kenaikan rm50 petrol, tetapi ianya mungkin boleh menyelamatkan ekonomi malaysia berbilion billion.

    BalasPadam