Ahad, 29 September 2013

ORANG MUDA PATUT FAHAMI SEJARAH!! KAGUMI SEMANGAT MELAYU - DATO TAJUDDIN ABDUL RAHMAN

sebut nama dato Tajuddin Abdul Rahman, kawan dan lawan cukup kenal cara beliau, beliau ni memang boleh dikatakan ada karisma seorang pemimpin berjiwa melayu tulen, maksud tulen adalah apa saja yang saja hal melayu, beliau antaranya yang lantang, pembangkang cukup berangin kalau beliau bersuara, malah kawan dalam kapal sendiri pun cukup gusar dengan karisma beliau.

bak kata dato, "saya sedia memaafkan sesiapa saja yang pernah menganiaya saya, saya tidak sikit pun berdendam" apa maksud dato berkata begitu, meh kita baca cerita yang mungkin anda tidak pernah tahu, malah boleh membangkitkan semangat melayu yang kini di henyak bukan saja dari kiasu, malah dari kalangan melayu yang tidak sedar asal usul!!


GANGSTER adalah gelaran yang diberikan oleh beberapa musuh yang tidak senang dengan kejayaan dan kewibawaan yang ada pada dirinya.

Dato’ Tajuddin Abdul Rahman, Ali Parlimen Pasir Salak mempunyai pengalan yang banyak dalam perjuangan mempertahankan Ketuanan Melayu dan pernah juga ditahan dibawah Akta ISA kerana mempertahankan Melayu.

Terlalu banyak untuk diceritakan mengenai beliau dari zaman muda ketika bersama Pemuda UMNO hinggalah ke hari ini dalam membawa perjuangan “Dulu, Kini dan Selamnaya” bersama parti keramat pembela bangsa melayu itu.

Sudah namanya perjuangan memang yang sudah tentunya akan sentiasa ada musuh disebelah pihak lain yang tidak senang dengan apa yang kita lakukan dan ianya tidak kiralah di pihak musuh, rakan ataupun keluarga sendiri.

Kini beliau diserang lagi dan kali ini penyerang adalah orang yang dikenali dari kalangan pemimpin dalam parti sendiri yang rakus mahu berkuasa walaupun diakui gagal memimpin di kawasan sendiri. Aku tidak menuduh sesiapa tetapi kepada sesiapa yang terasa faham-fahamlah sendiri.

Dato Tajuddin seorang pemimpin hebat, tegas dan berwibawa dalam memimpin dan harus dikekalkan untuk terus memimpin parti UMNO yang kini sudah menjadi “Kelam Kabut”dek kerana terlalu banyak pemimpin yang mementingkan diri.

Salahkah menjadi orang yang tegas dalam parti?

Bukanlah niat Dato' Tajuddin untuk bergaduh sesama sendiri dalam satu parti tetapi cuma ketegasan beliau dalam hal ehwal kerja dan politik Melayu serta kepentingan Melayu sering kali di salah ertikan.

Mengikut sejarah penglibatan beliau dalam politik UMNO. Penuh onak dan ranjau berduri perlu ditempuhi oleh Dato' Tajuddin. Adat berpolitik yang kawan boleh jadi lawan, yang lawan boleh jadi kawan. Yang penting hak dan kepentingan orang Melayu tidak pernah luntur dari semangat dalam diri beliau.

Beliau kenal sangat dengan Anwar Ibrahim kerana pernah sama-sama menuntut di Universiti Malaya yang ketika itu beliau merupakan pemimpin Jawatankuasa Mahasiswa UM manakal Anwar hanya sebagai Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu. Sedang Anwar sibuk berdemo, Dato' Tajuddin mengambil tanggungjawab untuk menyatukan mahasiswa UM dalam satu persatuan dengan pelbagai aktiviti agar tidak terjebak dengan ayat manis Anwar Ibrahim. Sejak dari zaman universiti lagi beliau sudah kenal Anwar.

Ditahan bawah akta ISA?? Ya! Memang tidak dinafikan yang beliau memang pernah ditahan di bawah akta ISA yang mengakibatkan 2 bulan beliau meringkuk dalam penjara. Beliau ditahan kerana dituduh mengeluarkan kata-kata 'Bunuh Cina' semasa perhimpunan yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO Malaysia ketika itu. Semasa perhimpunan tersebut beliau bertindak sebagai pengerusi majlis (MC) dan ramailah pemimpin Melayu yang ketika itu baru sahaja lepas tragedi 13 Mei berkumpul, antara pemimpin yang memberi ucapan ketika itu adalah Ibrahim Ali. Boleh tanya Presiden Perkasa. Sebab apa perhimpunan itu dibuat?? Sebab memberi amaran kepada Ketua Pemuda MCA ketika itu yang mula mempertikaikan hak Melayu dan Bumiputera. Salahkah tindakan Dato' Tajuddin??

Namun jangan risau kepada si penyebar fitnah berbayar. Dato' Tajuddin dengan senang hati sudah memaafkan mereka. Tetapi ada sedikit rasa kesal dalam hati Dato' Tajuddin kerana serangan terhadap kepimpinan UMNO dilihat lebih hebat dari serangan kepada pemimpin pembangkang.

Nasihat beliau hanya satu... Berhentilah...

Niat beliau juga hanya satu, untuk mempertahankan parti UMNO dan orang Melayu di Malaysia...

sumber PTM

7 ulasan:

  1. Hahahaha.Tak payah la hang nak angkat Judin ni. Orang pasir salak kenai bebeno le ragamnya.

    BalasPadam
  2. sakit perut aku baca six million dollar man ni jd pejuang melayu,adoiii donia2

    BalasPadam
  3. SYUKUR ALHAMDULILLAH di atas pandangan yg. sungguh BERANI, IKHLAS dan TEGAS Datuk Tajuddin di Utusan MELAYU! UMNO perlukan pemimpin berlambak mcm. Datuk Tajuddin ini!

    Bah. Pertama:

    MANA PEMIMPIN UMNO, terutamanya kat P. Pinang tu – apahal BALA ini boleh terjadi?!! Malangnya ada pemimipin yg. sibuk kumpul harta sampai BERJUTA, sdgkan masih ada umat Islam/Melayu hidup MELARAT!
    Di Selangor dan P. Pinang, PEMBELAAN mesti segera dilakukan, terhadap Bumiputera Islam/Melayu MISKIN, termasuk kpg. nelayan Islam/Melayu PUSAKA kita ( kpg-kpg sawah padi juga disasarkan dgn.pembuangan najis BABI dan sisa kimia kilang/penternakan udang) yg. makin TERHALAU/TERTINDAS di P. Pinang dan Selangor; SEDIH betul! Ini memang perancangan amat DAJAL, disyaki dari puak SYAITAN Kristian Zionis DAP/PKR [dan sekutu PAP-Barat-Israell mereka – juga disyaki utk. MENGKRISTIANkan Selangor dan P. Pinang (juga Sabah/S’wak) utk- jadi satu lai S’pura]! Lihat di -

    1. http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130927/dn_12/Seharian-di-laut-pulang-tangan-kosong, Seharian di laut pulang tangan kosong:

    PULAU PINANG 26 Sept. - Pencerobohan bot pukat tunda ke kawasan nelayan pantai yang semakin berleluasa menyebabkan kehidupan keluarga pasangan nelayan Mohd. Ismail Lai Abdullah dan Siti Fatimah Abdullah, 51, menjadi semakin rumit.

    Apa tidaknya, walaupun seharian di laut, hasil yang diperoleh ialah sekitar RM15 sahaja, malah terpaksa pula membayar kos minyak serta kos-kos lain seperti pinjaman daripada persatuan nelayan.

    Lebih teruk, ada kalanya mereka pulang tangan kosong....."Jika dahulu nelayan pantai boleh mendapat hasil tangkapan sehingga mencecah RM100 sehari, namun, kini kami hanya boleh memperoleh sekitar RM15 ke RM30 atau lebih teruk pulang tangan kosong.

    "Malah, ada kalanya kami terpaksa menanggung kerugian kerana pukat hilang atau rosak dilanggar pukat tunda," katanya ketika ditemui di jeti nelayan Gertak Sanggul di sini baru-baru ini.......Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S. M. Mohamed Idris berkata, dianggarkan 4,000 nelayan pantai di Pulau Pinang terjejas pendapatan mereka akibat kes pencerobohan terbabit.

    "Di Pulau Pinang, nelayan yang banyak terjejas ialah mereka yang berada di bahagian Barat Daya iaitu mereka di sekitar Pulau Betong, Sungai Pinang, Pantai Acheh dan Jalan Baru," ujarnya......

    2. Di http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130927/dn_11/Bot-pukat-tunda-kebal-kaut-hasil, Bot pukat tunda 'kebal' kaut hasil, Oleh AZRAI MOHAMMAD:

    PULAU PINANG 26 Sept. - Kegiatan pencerobohan bot pukat tunda di kawasan kurang sembilan kilometer dari pantai atau dikenali sebagai Zon A di seluruh negara dilaporkan semakin berleluasa sehingga menjejaskan pendapatan ribuan nelayan kecil.

    Malah seperti sudah 'dibeli', pihak berkuasa pula langsung tidak mampu melindungi nelayan-nelayan tradisional yang menjadi mangsa sejak bertahun-tahun lalu.

    Laporan demi laporan yang dibuat nelayan pantai pula telah 'dibakulsampahkan' tanpa sebarang tindakan tegas daripada pihak berkuasa.

    Siasatan Utusan Malaysia selama dua hari di tiga perkampungan nelayan iaitu di Sungai Batu, Gertak Sanggul dan Pulau Betong di sini baru-baru ini, jelas menunjukkan peraturan itu tidak dipedulikan.

    Ketua Unit Nelayan Pulau Betong, Arshad Omar berkata, setiap kali bermesyuarat bersama nelayan, alasan yang diberikan pihak berkuasa ialah mereka perlu menjaga isu yang lebih besar di perairan negara.

    "Malah, ada juga yang memberi alasan mereka sudah tiada aset bagi mengawal kes seumpama itu," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini......Malah, rata-rata nelayan yang ditemui juga mendakwa, apabila ada rondaan dilakukan oleh pihak berkuasa, kumpulan itu akan menghilangkan diri seolah-olah sudah menghidu lebih awal pergerakan pasukan tersebut.

    Lebih malang, ada antara nelayan terbabit mendedahkan mereka 'dikacau' oleh pihak berkuasa sekiranya membuat laporan terhadap kegiatan tersebut.....

    Makcik Sambal Belacan.

    BalasPadam
  4. Di zaman amat bahaya ini, kita mahukan pejuang Islam/Melayu UMNO yg. BERANI, AMANAH dan TULEN, seperti zaman Allahyarham-Allahyarham Pendekar Hang Tuah, Dato' Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Datu Mohamed Salleh, Tun Abdul Razak, Tun Dr. Ismail, Dato' Tajuddin dsbnya!

    Lihat di http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130916/po_04/Pusat-boleh-halang-DAP-tindas-rakyat, Pusat boleh halang DAP 'tindas' rakyat, 16/09/2013:

    PULAU PINANG 15 Sept. - Kerajaan Pusat diminta menggunakan kuasa melalui Warta Kerajaan yang diwujudkan pada 1971 dengan mengarahkan kerajaan DAP Pulau Pinang mematuhi peruntukan di bawah perkara berkenaan.

    Penasihat Koperasi Nelayan Bahagian Tanjong Berhad, Wan Zaharizan Wan Zan berkata, perkara itu perlu memandangkan perkembangan terkini di negeri ini menyaksikan kelulusan tebus guna tanah oleh kerajaan negeri didakwa semakin menekan kehidupan nelayan dan rakyat miskin.

    Menurut beliau, akta berkenaan diwujudkan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak yang prihatin dengan kehidupan nelayan.

    Dalam konteks di Pulau Pinang, tambahnya, warta itu penting kerana memperincikan hampir keseluruhan kawasan di bahagian pulau bagi menjaga kebajikan nelayan.

    "Apa yang menjadi masalah apabila kelulusan diberikan kerajaan negeri kepada pemaju untuk menebus guna tanah laut, nelayan hilang mata pencarian kerana jeti pendaratan ikan musnah. Tanah yang ditebus itu pula kemudiannya dimajukan untuk projek perumahan mewah mencecah nilai jutaan ringgit yang tidak mampu mereka beli," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

    BalasPadam
  5. Nak bela orang melayu apa lagi, teruk sangat ke nasib orang melayu ni.
    Apa yang orang bukan melayu dah buat, sekarang ni orang melayu dah boleh buat dah.
    Apa yang orang bukan melayu ada, orang melayu dah ramai ada dah...
    Apa yang orang amerika buat, orang melayu dah boleh buat dah..nak bela apa lagi?

    BalasPadam
  6. Siapa Orang Bodoh Dalam UMNO Yang Mahathir Maksudkan?

    Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad terus melontarkan kritikannya terhadap UMNO. Jika sebelum ini beliau mengatakan UMNO sebagai parti yang sudah tua dan akan mati, kali ini pemimpin UMNO yang sudah lama memegang jawatan pula dijadikan sasarannya.

    Walaupun hujah Mahathir yang mengatakan UMNO sudah tua dan bakal mati itu disanggah oleh Najib dengan mengatakan UMNO sebenarnya semakin diterima rakyat berdasarkan lebih kerusi dimenanginya dalam pilihanraya lalu berbanding pilihanraya 2008, namun Mahathir nampaknya terus juga melontarkan kritikannya.

    Beliau yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun berkata, seseorang pemimpin tidak seharusnya memegang kuasa terlalu dan perlu mengetahui bila waktunya mahu berhenti.

    Langkah itu, menurutnya perlu dilakukan untuk mengelakkan parti daripada terus dikuasai oleh orang-orang bodoh.

    Tidak pasti siapa yang dimaksudkan oleh Mahathir sebagai golongan pemimpin yang tidak perlu memegang kuasa terlalu lama dan harus mengetahui waktu untuk berundur itu. Adakah beliau maksudkan kepada Najib? Atau barangkali ditujukan kepada Muhyiddin?
    Memang Najib sudah berusia 60 tahun manakala Muhyiddin pula sudah berusia 64 tahun, tetapi mereka baru saja sepenggal menjadi Presiden dan Timbalan Presiden UMNO? Apakah jika lebih lama Najib dan Muhyiddin memimpin UMNO, mereka akan termasuk dalam kategori orang-orang bodoh juga?

    Oleh kerana anaknya, Mukhriz bertanding jawatan Naib Presiden dalam pemilihan kali ini, apakah sebenarnya Mahathir sedang menghantar isyarat kepada perwakilan agar menolak calon-calon berusia yang bertanding jawatan itu? Dengan Mukhriz berusia 49 tahun, Hishammuddin 52 tahun, Shafie Apdal 54 tahun, Zahid Hamidi 61 tahun, Isa Samad 63 tahun dan Ali Rustam 64 tahun, apakah tujuan Mahathir sebenarnya mahu perwakilan UMNO menolak mereka yang berusia lebih 60 tahun itu?.........

    BalasPadam
    Balasan
    1. kopek dan tampalk30 September 2013 1:00 PG

      ......... Atau Mahathir menujukan perkara itu kepada ketua-ketua UMNO bahagian seluruh negara yang masih lagi mahu bergayut pada jawatan masing-masing meskipun sudah sekian lama memegang jawatan tersebut?

      Mahathir kini dilihat begitu kerap bersuara tentang perlunya UMNO menerima golongan muda. Semua kritikan dan pandangannya mengenai masa depan UMNO seringkali berakhir dengan jalan penyelesaianna ialah perlu menerima dan membawa masuk lebih ramai golongan muda ke dalam parti itu. Meskipun perkara itu ada kebenarannya tetapi oleh kerana anaknya bertanding kali ini, orang sering membuat tafsiran bahawa beliau sedang berkempen secara tidak langsung untuk memastikan kemenangan anaknya itu.

      Beliau juga kerap bercakap mengenai sejarah Julias Ceaser dan Brutus sebelum menikam dan membunuh karier politik anak didiknya sendiri, Anwar Ibrahim.

      Apabila sekarang beliau kerap bercakap mengenai masa depan UMNO yang buruk, pemimpin perlu tahu untuk berundur, UMNO dikuasai oleh orang-orang bodoh, keperluan membawa pemimpin muda dan seumpama dengannya, langkah Mahathir yang seterusnya sedang dinanti-nantikan oleh ramai orang.

      Orang juga ingin tahu siapakah orang pandai yang dirasakan layak oleh Mahathir untuk memimpin dan membaik pulih UMNO untuk masa depan. Dalam hal ini, Mahathir dipercayai akan terus mengkritik dan bercakap mengenai buruknya wajah UMNO sekarang. Di mata Mahathir, Najib dan kebanyakan pemimpin UMNO yang lain belum lagi menepati citarasanya walaupun di era Najiblah beliau lebih dihargai dan anaknya juga mendapat kedudukan yang lebih baik lagi.

      Barangkali elok juga ditanyakan soalan, apa lagi Mahathir mahu?

      Padam