Isnin, 16 September 2013

PERNAH TAHU APA TERJADI DI MUAR DAN BATU PAHAT PADA ZAMAN DARURAT? KOMUNIS SANGAT KEJAM BEB!!

selalu aku hairan, ada juga orang melayu yang sangat bebal, bebal yang teratas yang sanggup kerana politik dendam, kerana politk cap ayam, mengaku saja komunis itu adalah pejuang sebenar kemerdekaan, oi bangsat.. tahu tak apa jadi pada zaman darurat? pernah tanya orang-orang lama apa terjadi pada zaman tu?

meh kita baca siapa dia itu pejuang kemerdekaan terunggul di muar dan batu pahat, kiai salleh!!

SEJARAH KIAI SALLEH

Tiada erti M.E.R.D.E.K.A jika tidak mengingati asal-usul dan menyelusuri selingkoh hidup pejuang-pejuang terdahulu yang berusaha membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah. Mereka rela bergadai nyawa bagi menentang penjajah yang menindas. Bukan nyawa mereka sahaja yang terancam, tetapi nyawa keluarga mereka turut menjadi taruhan. Bergitulah yang terjadi kepada Tok Janggut, Tok Bahaman, Tok Gajah, Tok Kenali, Datuk Maharajalela, Dol Said, Haji Abdulrahman Limbong dan ramai lagi. Namun, dalam ramai-ramai pejuang Melayu yang banyak tercatit kisahnya dalam buku sejarah ini hanya terdapat seorang insan yang menarik perhatian penulis. Insan ini adalah Kiai Salleh atau Panglima Salleh. Beliau antara insan yang berjuang menentang keganasan komunis di kawasan sekitar Batu Pahat dan Muar. Kenalkah pembaca dengan insan ini?

Kiai Salleh-Panglima Selempang Merah

Insan yang berasal daripada Muar dilahirkan pada tahun 1916. Insan ini nama asalnya adalah Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim namun beliau sering dikenali dengan Kiai Salleh atau Panglima Salleh. Beliau berketurunan daripada Banjar. Ada pendapat mengatakan beliau berketurunan India Muslim daripada Penang. Berkulit sawo matang dan berketinggian sederhana namun kehebatannya usah diperlekehkan. Pada ketika dahulu, menyebut namanya sahaja digeruni oleh tentera Komunis apatah lagi melihat kelibatnya menghunus pedang raja Riau miliknya.

Pada masa muda, Kiai Salleh banyak menghabiskan masanya untuk menuntut ilmu kerohanian seperti mengaji Al-Quran dan ilmu persilatan. Antara guru-guru Haji Mohd Salleh ialah Haji Hussein (belajar agama dan al-Quran), Haji Alias, Haji Adam dan Haji Ahmad. Beliau juga turut belajar daripada Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten yang membawa ajaran Wirid Khaujakan di Johor.

Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten adalah insan yang bertanggungjawab mendoakan kesejahteraan DYMM Sultan Ibrahim bin Sultan Abu Bakar dan keluarganya ketika tentera Jepun menyerang Tanah Melayu sekitar tahun 1940-an. Berkat doanya, keluarga sultan Johor ini langsung tidak diusik oleh tentera-tentera Jepun yang bermaharajalela. Wirid Khaujakan pula adalah wirid-wirid yang mengandungi doa-doa dan zikir-zikir bagi membersihkan diri yang biasa diamalkan oleh tarikat Naqshabandiah.

Kiai Fadhil al-Banteni adalah ahli sufi yang juga penasihat agama diraja Johor.

Keperwiraan Kiai Salleh

Penjuangan Kiai Salleh bermula apabila beliau dipilih mengetuai satu angkatan untuk melawan Komunis yang pada ketika itu membunuh sewenang-wenangnya ketua-ketua dan imam-imam kampung sekitar Batu Pahat dan Muar.

Beliau dengan rasa tanggungjawab telah menubuhkan satu angkatan pahlawan berani mati yang di’isi’ dengan ilmu persilatan melayu. Sehingga hari ini, angkatan ini terkenal dengan jolokan Tentera selempang merah. Jolokan selempang merah adalah kerana identiti selempang merah yang selalu dipakai oleh setiap pejuang-pejuangnya semasa berperang dengan komunis. Antara identiti lain mereka adalah parang panjang. Oleh sebab itu, terdapat sebilangan orang memanggilnya Tentera parang panjang. Kiai Salleh sendiri mempunyai parang panjangnya sendiri yang digelar Pedang Raja Riau. Perang ini diperoleh hasil pajak gadai seorang individu kerana kesempitan wang. Tertera di atas padang ini kalimah La ilaha Illa Allah.

Kiai Salleh telah memimpin tentera selempang merah menggempur kubu-kubu Askar Bintang Tiga(Komunis) di Bukit Berdiri dan Bukit Alam, Parit Sulong, di Parit Lubok, Semerah, di Kangkar Senanga, dan di Air Kuning, Bakri, Muar. Dicerita turun-temurun oleh penduduk kampung sekitar Batu Pahat bahawa Kiai Salleh ketika giliran beliau menjaga kampung waktu malam(difahamkan setiap malam akan diberi giliran menjaga kampung kepada tentera selempang merah), beliau tanpa gentarnya mengelilingi kampung dengan menunggang basikal berserta pedang yang terhunus. Namun, tiada seorang pun komunis atau tentera bintang tiga menghampirinya. Bergitulah beraninya Kiai Salleh sehingga beliau amat dibenci oleh komunis dan konco-konconya.
Pedang raja Riau milik Kiai Salleh

Kehebatan Batin Kiai Salleh

Kiai Salleh dipercayai mempunyai ilmu-ilmu kebatinan seperti ilmu kebal dan ilmu terbang. Sumber daripada tentera selempang merah sendiri memberitahu bagaimana peristiwa tentera Komunis gentar melihat tentera selempang merah berubah menjadi besar menggalah tingginya dengan jumlah beribu-ribu orang miskipun tentera selempang merah ketika itu tidak lebih daripada 100 orang sahaja.

Cerita-cerita lain mengenai kehebatan batin Kiai Salleh adalah kebolehan beliau terbang bak burung. Pernah satu peristiwa di mana Komunis dengan tanpa henti membedil tentera pimpinan Kiai Salleh dari atas bukit. Bimbang keselamatan pasukannya, Kiai Salleh dengan tangkasnya meluncur terbang ke arah komunis yang menembak dari atas bukit itu dan memenggal kepala mereka satu persatu.

Pernah juga diceritakan di mana tiga orang Kiai atau pahlawan daripada Indonesia diupah oleh Komunis Malaya dengan kerjasama Komunis Indonesia(kemungkinan atas ehsan Sukarno kerana Sukarno sememangnya pengikut Komunis dalam ‘selimut’) untuk menewaskan Kiai Salleh. Namun, ketiga-tiga mereka yang dikatakan kebal gagal menewaskan keperwiraan Kiai Salleh. Ketiga-tiga mereka tersungkur menyembah bumi.

Dikellingi oleh rakan-rakan

Pengiktirafan Jasa

Kiai Salleh diiktiraf oleh Kebawah Duli Sultan Johor Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar yang bertitah pada 26hb Disember 1945 mengintisyharkan bahawa Haji Mohd Salleh adalah Panglima Melayu. Sejak itu Kiai Salleh mendapat gelaran Panglima. Sebagai mengenang jasa Haji Mohd Salleh, DYMM Sultan Johor telah mengurniakan beliau Pingat Ibrahim Sultan (PIS) pada 17hb September 1955.

Kiai Salleh di kala muda

Kembali ke Rahmatullah

Haji Mohd Salleh menghembuskan nafas yang terakhir kerana diserang penyakit radang paru-paru di Hospital Besar Johor Bahru pada 21hb April 1959  di Muar,Johor.


ps: di mana bumi dipijak disitu langit ku junjung!! komunis tetap durjana, tetap lahanat, mereka telah buat satu perkara paling teruk pada zaman darurat!! 

sumber : klik sini

11 ulasan:

  1. Betul cerita ini. Aku org muo sahkan.

    BalasPadam
  2. UMNO PERLU RAMAI PANG5 MCM PANG5 SALLEH BROO. INSYALLAH KOMUNIS DEEAYPIG PUPUS HUHUHU

    BalasPadam
  3. Buat penat je kiai saleh lawan komunis..akhirnya habis tanah johor dijual oleh umno harbi kpd cina..kesian orang melayu kena masuk hutan..mmg celaka umno harbi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukti takde, apa takde, main tuduh, ni lah macai penghisap jubur komunis.. puih..

      Padam
    2. Lg kesian ada ko dlm melayu, keje ngutuk org smbil gentel telor, benti le jd melayu.

      Padam
  4. kisah sejarah yg x akan luput dtelan zman.anak2jati MUAR DAN BATU PAHAT tau sejarah arwah kiai salleh.al fatihah

    BalasPadam
  5. Elok dibukukan dan difilemkan dan dinovelkan .... insyaalah laris

    BalasPadam
  6. Umno harbi? Ajaran pok nik la tu, nampak sangat kesongsangan dia, bapak dia tak pernah ajar agaknya..jangan kafirkan muslim yang mengucap dua kalimah syahadah, yang bersolat lima waktu, yang berpuasa, yang membayar zakat dan yang menunaikan haji dengan begitu mudah, kelak diri sendiri menjadi kafir andai yang dituduh tidak kafir, kan sia-sia amalan dia kat dunia ni, hampeh.

    BalasPadam
  7. Sejak Tanah Melayu dijajah, Portugis dan Belanda gagal melemahkan kerajaan melayu. Serangan demi serangan balas dilakukan oleh Raja Melayu dan tentera negeri negeri melayu bersama sukarelawan. Penjajah melihat bahawa orang melayu tidak mahu mengalah. Apabila Belanda menyerahkan Melaka kepada British maka British yang telah mengkaji kekuatan dan kelemahan orang melayu mendapati mustahil British boleh menguasai bumi melayu ini secara bersendirian kerana dua kuasa Crusaders telah gagal sebelumnya.

    Agenda yang paling licik dan berkesan ialah mengimpot gerakan gerakan yang boleh melemahkan orang melayu islam. Maka Nam Tien adalah gerakan yang boleh digunakan untuk memenuhi agenda British ini. Rekod kejayaan Nam Tien yang dilakukan oleh orang cina Dai-Viet merampas dan menguasai tanah milik orang melayu Champa sehingga hilang seluruh bumi melayu Champa (yang kini dinamakan Vietnam bermaksud tanah orang Viet padahal itu adalah tanah Champa) menjadi sebab kuat untuk British membawa ramai orang cina ke tanah melayu. Orang cina yang diimpot ini dilakukan melalui gerakan kongsi gelap atau gerakan mafia cina bersifat bawah tanah. Maka bermulalah rancangan agenda bersama (Joint Venture) jahat British dan orang cina dengan menyuburkan gerakan kongsi gelap menguasai ekonomi dan merampas tanah orang melayu secara kekerasan dan pembunuhan senyap. British adalah dalang disebalik pembunuhan dan rampasan tanah serta lombong bijih timah dan emas milik orang melayu. Gerakan komunis yang sebenarnya dibiarkan subur oleh British dan kongsi gelap berterusan sehingga sebelum merdeka, selepas merdeka dan pada zaman moden ini menerusi parti politik, NGO-NGO dan gangsterisme. Gerakan Komunis, NGO-NGO dan parti politik cina kiasu adalah sebahagian daripada gerakan Nam Tien (Menjajah ke Selatan) ini.

    Sekiranya kita menyangka orang cina tiada kena mengena dengan rancangan menjajah tanah melayu atau tidak berminat untuk berkuasa dan menyingkirkan kuasa melayu maka kita silap! Bacalah sejarah penjajahan bumi Champa oleh orang Dai-Viet serta penjajahan bumi melayu Patani oleh orang cina Thai.
    Orang cina Thai melalui kongsi gelap bersekongkol dengan pihak British untuk menjajah bumi Patani dan Pulau Pinang tanpa pengetahuan raja-raja melayu.
    Tengoklah youtube ini! Lim Guan Eng pun bengang!
    http://www.youtube.com/watch?v=HJbRTg3PmHs

    BalasPadam
    Balasan
    1. terbaek bro ada2 info untuk sy masukkan dalam blog boleh emel ke shaieza.biz@gmail.com

      Padam
    2. sokong jika kisah panglima salleh difilemkan..demi fakta sejarah..
      untuk pengetahuan generasi muda yg kebanyakan x tahu langsung sejarah kepahlawanan kiyai salleh...
      jasa beliau sangat besar pada orang2 melayu sekitar muar dan batu pahat..dari ancaman kominis

      Padam