Selasa, 29 Oktober 2013

BILA PEMIMPIN PAS KENA PELANGKUNG FREE DENGAN ABDUL AZEEZ DI DEWAN RAKYAT!!


KUALA LUMPUR 28 Okt. - Pendedahan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) mengenai sikap pemimpin Pas yang gemar memperalat ayat-ayat suci al-Quran demi kepentingan politik tetapi tidak pula mengamalkannya termasuk sanggup berbohong menggamatkan sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beberapa pemimpin Pas yang 'panas punggung' dan 'merah telinga' mendengar pendedahan itu antaranya Mohamed Hanipa Maidin (Pas-Sepang) dan Khalid Abd. Samad (Pas-Shah Alam) bangkit 'menyerang' Abdul Azeez menyebabkan berlaku pertengkaran mulut hampir 15 minit.

Semuanya bermula selepas Abdul Azeez menyelar sikap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang langsung tidak menegur perbuatan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mempolitikkan isu ziarah bapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir iaitu Baharom Ramli, 77.

Katanya, Abdul Hadi sanggup menggunakan apa sahaja ayat al-Quran ketika mengkritik Barisan Nasional (BN) tetapi tidak pula melakukan perkara sama jika melibatkan pemimpin mereka meskipun dakwa Abdul Azeez, Mahfuz menipu dalam isu ziarah tersebut.

"Pemimpin Pas ini bila berhujah bukan main petik ayat al-Quran tapi bila pemimpin mereka menipu dalam kes ziarah ayah Jamil Khir semua membisu. Marang (Abdul Hadi) sendiri berucap tadi dengan memetik ayat al-Quran. Apakah semua ini pembohongan?" katanya semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014.

Kenyataan itu menyebabkan Mohamed Hanipa membangkitkan Peraturan Mesyuarat ke atas Abdul Azeez menyebabkan berlaku perang mulut antara mereka sebelum Khalid turut bangun mencelah sehingga persidangan terganggu.

Meskipun keadaan berjaya diredakan seketika, perang mulut antara Abdul Azeez dan pemimpin Pas kembali tercetus selepas beliau mendedahkan pembangkang hanya pandai berceramah memburukkan kerajaan tetapi tidak tahu menyelesaikan masalah rakyat.

ps: punya mara orang sebelah nampak.. wakakaka.. baru ada akal..




utusan

5 ulasan:

  1. MP Lenggong beri 'bola tanggung'

    KUALA LUMPUR: 'Bola tanggung' yang diberikan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang Dewan Rakyat semalam, 'dilibas' dengan baik oleh Ahli Parlimen Marang itu sehingga Dewan Rakyat digegarkan dengan tepukan sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat daripada Pakatan Rakyat.

    Shamsul Anuar yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)mempersoalkan janji Kerajaan Negeri Kelantan untuk membina Lebuh Raya Rakyat yang menghubungkan Kota Bharu dengan Kuala Krai ketika mencelah ucapan Ustaz Abdul Hadi di Dewan Rakyat, semalam.

    "Ini bola tanggung yang kamu berikan kepada saya... Bukankah itu sebenarnya tanggung jawab Kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat yang tidak menunaikan tanggung jawab ini," bidas Ustaz Abdul Hadi disambut tepukan meja dan sorakan sokongan anggota Dewan.

    Menjelaskan diskriminasi kerajaan BN pusat di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, Ustaz Abdul Hadi memberi contoh projek pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang sepatutnya menghubungkan negeri Pahang, Terengganu sehingga ke Kelantan.

    "Selepas BN kalah (di Terengganu) pada tahun 1999, lebuh raya itu tidak dibuat maka Kerajaan PAS Negeri Terengganu ketika itu membuat inisiatif sendiri untuk membina lebuh raya daripada kewangan anak syarikat dan konsortium luar negara, namun ia tersekat kerana perlu melalui MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan Bank Negara.

    "Berikan kebebasan kepada negeri. Berikan kembali royalti kepada Terengganu dan Kelantan. Dia suruh kita buat, tapi dia cekik kita!" tegas Ustaz Abdul Hadi.

    http://greenboc.blogspot.com/2013/10/video-isu-lebuhraya-ust-hadi-libas.html

    BalasPadam
  2. kalau PAS x mampu, mengaku ajalah..

    BalasPadam
  3. elooo.. bro, dah jenis PAS tak reti tadbir kerajaan. mcm mana nak tadbir kerajaan pusat... pusat bini2 boleh laaa....

    BalasPadam
  4. Menjawab Fitnah Susu Tamat Tempoh Ciptaan Mampus Bean, semoga diberi hidayah oleh Allah...

    Ketua Umno Bahagian Baling merangkap Ahli Parlimen kawasan Baling

    - Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berhubung pemberian Susu Tamat Tempoh adalah merupakan satu pendekatan terdesak parti itu dalam menagih sokongan dan simpati rakyat di Sungai Limau menjelang hari pengundian pada 4 November ini.

    - Ia merupakan satu isu yang sengaja diadakan untuk mewujudkan sentimen kebencian pengundi. Ini kerana saya dimaklumkan hanya seorang sahaja tampil, kononnya menerima pemberian bungkusan makanan yang
    mengandungi satu tin susu yang telah tamat tempoh.

    - Saya turut dimaklumkan aduan tersebut datangnya dari mereka yang mempunyai hubungan keluarga dengan salah seorang kakitangan media pembangkang, Harakahdaily.

    - Di dalam pilihan raya macam-macam perkara boleh terjadi. Perkara yang tak ada pun boleh diadakan. Contohnya gambar-gambar ‘superimposed’ menggunakan teknik ‘Photoshop’ di antara calon Pas dengan Allahyarham Tan Sri Azizan. Ia dimainkan oleh jentera parti itu bagi menunjukkan kononnya mereka ingin membawa legasi Allahyarham Tan Sri Azizan.

    - Tambahan pula Pas yang kononnya memperjuang Islam, sekali lagi di dapati berbohong apabila menggunakan isu, bapa kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang dikatakan menyokong calon Pas. Sedangkan apabila saya bertemu dan bertanya sendiri kepada beliau, Pakcik Baharom menafikan dakwaan tersebut.

    - Saya merasakan, Mahfuz mungkin sedikit kecewa dengan pendedahan yang saya lakukan ketika membahaskan Belanjawan 2013 semalam, berhubung sikap segelintir pemimpin Pas yang sukar berbohong dan gemar memperalatkan ayat-ayat suci Al-Quran demi kepentingan politik.

    - Amat memalukan juga, apabila Mahfuz selaku Naib Presiden Pas hanya mampu menggunakan isu ‘Susu Tamat Tempoh’ bagi menarik sokongan pengundi sedangkan banyak lagi isu-isu besar seperti pembangunan yang perlu diperjuangkan oleh Pas di Sungai Limau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bantuan bakal diberikan hari ini (Rabu), tetapi mampus bean dapat 'bekalan susu' tu semalam... hebatnya susu mampus omaq, susu cap hijau..

      Padam