Khamis, 24 Oktober 2013

KES TIKAM DI TAMAN MELATI, DIKATAKAN SUSPEK ORANG GILA?? BOLEH PANDU KERETA?? GILA PESEN APA TU?

di zaman serba moden ini, manusia semakin gila, semakin tak waras, apakah ni semua, bile kes jenayah macam ni berlaku, harap tak de lah mulut longkang kata lihatlah betapa amannya malaysia ini ibarat nak perli pdrm, beb jenayah di mana-mana berlaku, di negara mana-mana pun kes jenayah memang ada tiap-tiap hari, janganlah jadi mulut shiyal kata malaysia ni dah tak selamat, ohh bila pdrm buat ops cantas, dah ada jibrauk dok bela pulak penjenayah, hah nilah akibatnya, mungkin imiganasi penjenayah rasa mereka dibela oleh manusia yang konon berselindung dengan hak asasi manusia katanya.. huh


Dua maut, dua cedera ditikam lelaki di stesen LRT Gombak dan LRT Taman Melati

2013/10/24 - 13:47:15 PM Cetak Emel Kawan

Kuala Lumpur: Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok.
Selepas kejadian itu, suspek memandu van rokok berkenaan melarikan diri ke LRT Taman Melati lalu melanggar sebuah van membawa mineral.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek keluar lalu menikam pemandu van berkenaan sebanyak tiga tikaman dan maut di lokasi kejadian.

"Suspek larikan diri pula ke Jalan Tumbuhan kira-kira 200 meter dari lokasi itu dan melanggar sebuah kereta jenis Toyota Prius dipandu remaja lelaki.

"Suspek itu kemudian keluar dan menikam pula pemandu kereta terbabit yang turut maut di tempat kejadian," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian.

Khairi berkata, orang ramai yang menyedari kejadian itu berusaha menahan suspek menyebabkan berlaku pergelutan dan merampas pisau rambo yang digunakan suspek.

dari fb papa gomo

1 ulasan:

  1. Imam al ghazali berkata : "GILA itu ada 99 jenis, barangsiapa yang ada salah satu dari nya, maka dia tidak layak jadi pemimpin, termasuk lah orang gila pangkat..."

    BalasPadam