Khamis, 31 Oktober 2013

penyokong pas kata, ini telah memberi kemaluan kepada kepimpinan parti!! pehal tu?? jeng jeng jeng...

semakin luput idea, semakin ke laut idea-idea dari pemikir jentera pilihanraya pas di sg. limau, dari isu gambar edit, dari isu tuduhan melulu ke atas tpm berkenaan arwah ustaz azizan, sampai ke isu ceramah dan ni ha terbaru, ada penyokong pas sudah rasa cara strategi pas nak tarik pengundi memalukan presiden partinya, hj hadi awang!!

uish.. awat? ok apa, taboq biji benih kat sawah, barulah pemimpin yang gempak turun ke bendang, kalau nak harap pemimpin bn, jangan kata nak turun bendang, nak jalan kat sawah pun tak mampu, kata penyokong tegar mereka lah.. wah wah.. bukan main sedap mulut pak hang je ye.. haha..


pakai kain pelikat lagi tau, ni dalam akhbar harakah ni, tajuk besar dia mesti kaw-kaw up story ni, contoh tajuk - "pemimpin pas sahaja yang berani turun ke bendang", "pemimpin yang paling di sayangi orang sg limau kerana berani turun ke bendang", hehe...


ps: saya gelak sikit leh. keh keh keh keh keh keh keh keh.... jangan maraaa aaaa...

9 ulasan:

  1. Tergelak juga aku tengok gambaq ni macam orang dah hilang akal nak berkempin. Ehh EEEHHHHH EEEHHHHHH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kedunguan Mahfuz, kebanggaan kami.
      -PAShit

      Padam
  2. bukan setakat pakai kain pelikat, siap pakai stokin lagi masuk bendang... inilah contoh kepimpinan bijak tak boleh diikut. Jadi nelayan tepi pantai layak la si hadi bawang tu..

    BalasPadam
  3. Taboq benih pada ayaq dlm. Nampak sgt turun bendang saja nak belakon kunun baik. Membaziaq lagi ada.

    BalasPadam
  4. Puak pas mmg bangang, bodo

    BalasPadam
  5. hoi...hoi....hoi....zaman la ni mana pakai tabuq2 ja benih tu semua....la ni zaman moden...org DIVING bila nak semai benih padi.....DIVING tau DIVING??...lain kali pakai sut DIVING lg GEMPAK......:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. pakai DIVING SUITE kena lautan dalam, kalau lautan cetek paras lutut camni lebih baik pakai snorkel. Ha tabur benih pakai snorkel, baru la nampak cute, cuma perut hadi bawang tu aku rasa tak lepas la nak bergerak ke depan.. hehe

      Padam
  6. salin dan tampal1 November 2013 7:13 PG

    Tak Mengaku Salah, Kita Tak Akan Berubah

    Bagai Menegakkan Benang yang Basah"
    Begitulah bidalan untuk mereka yang sedaya upaya untuk mempertahankan diri mereka sedangkan sudah terbukti dengan jelas bahawa diri meraka telah melakukan kesalahan.

    Bagi orang yang positif, mereka akan cuba untuk meminta orang lain memperbetulkan diri kita dengan cara menegur setiap apa tindakan yang dirasakan salah. Orang yang positif akan sentiasa mahu berubah ke arah kebaikan, maka sekiranya ada yang menunding jari kepada mereka sekiranya berlakuk sesuatu kesalahan, mereka akan menerimanya dengan baik sekiranya ia adalah benar salah mereka.

    Berbeza dengan orang yang negatif, mereka hanya merasakan diri mereka di pihak yang betul sedangkan sudah terang-terangan bahawa mereka telah pun melakukan kesalahan. Mereka seolah-olah tidak boleh melihat diri mereka telah pun melakukan kesalahan. Apa yang mereka tahu ialah mereka sahaja yang betul dan orang lain salah. Orang yang bersifat begini susah untuk berubah. Mereka tidak nampak kesilapan mereka.
    Jika anda merasakan sahabat anda menjauhkan diri dari anda, cuba periksa diri anda dahulu. Adakah anda seorang yang sukar untuk mengaku salah setelah melakukan kesilapan? Perangai sebegini wajar dielakkan. Jadilah insan yang positif.

    BalasPadam
  7. salin dan tampal1 November 2013 7:28 PG

    AKHLAK DAN SIFAT YANG PERLU ADA PADA DIRI PIMPINAN

    Model kepimpinan melalui teladan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda SAW dengan meletakkan dunia ditangan mereka dan meletakkan akhirat di hati mereka adalah asas penolakan pengaruh materialis, sekularis, liberalis, paragmatis dan semua unsur luar yang mencemarkan kesucian Aqidah dan pegangan Umat Islam. Maka islam telah menggariskan akhlak dan sifat-sifat yang perlu ada dalam diri setiap pimpinan. 

    Antaranya :

    1. Seorang pimpinan mestilah sentiasa mengharapkan akhirat dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Mempunyai hati yang bersih, jauh dari segala penyakit jiwa yang akan meruntuhkan amal dan usahanya seperti riya’, gila kuasa, cinta pangkat kebesaran dan pengaruh atau terpedaya dirinya dan lain-lain penyakit jiwa yang merosakkan pimpinan.

    2. Mempunyai akal yang kuat, hikmah, cerdik cendiakawan dan arif bijaksana, berpengalaman, mempunyai pandangan yang tajam, pembacaan yang luas, mampu mengetahui pelbagai perkara dari berbagai sudut.

    3.      Mestilah berakhlak dengan sifat “Al-Hilm” (tidak mudah marah), penyantun,pengasih dan lemah lembut.

    4.      Berani, bermaruah, tidak penakut dan tidak membabi buta.

    5.      Mempunyai sifat “As-Siddiq” (benar di dalam segala kata-kata, sikap dan perbuatan).

    6.      Tawadhu’ (merendah diri), tidak membanggakan diri kepada menusia.

    7.      Mempunyai sifat pemaaf, menahan kemarahan dan ihsan kepada oerang bawahan yang berbuat jahat terhadapnya.

    8.      Menepati janji dan memenuhi sumpah setia.

    9.      Mempunyai sifat sabar yang tinggi

    10. Bersifat “Al-‘Iffah”(suci hati,jiwa dan amal) dan “Al-Kiram” (bersifat pemurah dan tidak bakhil).

    11.  Warak dan zuhud

    12. Jauh dari sifat “Al-Mannu” (mengungkit) dan memperkatakan kebaikkan diri sendiri.

    13.  Memelihara perkara-perkara yang dimuliakan Allah (Hurumatillah).

    14.  Kesejahteraan hati, tidak i orang yang mengumpat dan mengadu domba antara sesame manusia.

    15.  Keazaman, tawakal dan tidak ragu.

    16.  Bersederhana di dalam segala perkara

    17. Menjauhi sikap putus asa.

    Kesemua akhlak dan sifat-sifat yang di sebutkan tadi perlu dimiliki oleh setiap pimpinan samada pimpinan persatuan, politik, Negara dan sebagainya. Mereka berkewajipan untuk menghiasi dirinya dengan sifat-sifat tersebut serta memeliharanya, disamping memelihara akhlak islam secara keseluruhannya yang wajib ke atas setiap muslim.

    Penutup:

    Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Pemimpin yang paling baik ialah mereka yang datang menemui para Ulama` dan Ulama` yang paling jahat ialah mereka yang datang menemui para Pemimpin (ulama`pengampu pimpinan)." (maksud hadis)

    BalasPadam