Isnin, 7 Oktober 2013

SPISIS ULAT PELIK - BOLEH BERTUKAR JADI RUMPUT

dalam dunia ini punya segala bentuk spisis binatang yang ajaib dan ganjil, manusia tak teroka semua 100% apa yang ada dalam perut bumi, air dan udara..

pelik kan



Yartsa Gunbu.

Jika menyentuh mengenai rumput dan ulat, pasti ramai berpendapat kedua-duanya ialah hidupan yang berlainan antara satu sama lain. Tapi, bagaimana jika dua hidupan ini tergolong dalam satu spesis yang sama?

Spesis berperwatakan berganda ini diberi nama Yartsa Gunbu. Namanya sahaja pun sudah cukup pelik, sama seperti karakter yang dimilikinya. Ia merupakan sejenis spesis ulat beluncas yang mempunyai dua cara hidup unik.

Pada musim panas, spesis ini akan hidup sebagai ulat di dalam tanah. Ketika musim sejuk pula ia akan keluar daripada habitat lamanya dan bertukar menjadi tumbuhan seperti rumput.

Persoalannya, kenapa haiwan itu mengubah dirinya menjadi yang lain?

'Ulat' yang dimaksudkan itu merupakan beluncas ataupun peringkat larva yang merujuk kepada satu spesis rama-rama. Haiwan ini dikenali sebagai 'Ghost moth' atau rama-rama hantu dari genus Thitarodes dan dikelaskan di bawah keluarga Hepialidae daripada order Lepidoptera.

Beluncas ini dikenal pasti mempunyai hubungan parasit secara endoparasit (parasit dalaman) dengan spesis kulat Yartsa Gunbu dan Cordyceps Sinensis. Dalam erti kata lain, larva atau beluncas tadi menjadi perumah secara semula jadi ke atas spesis kulat dan seterusnya akan membiak dan berkembang melalui pembentukan spora.

Secara tidak langsung, perkembangan kulat tadi akan membunuh beluncas dengan cara membaluti atau menutupi permukaan perumah.

Apa yang menariknya, pembentukan kulat tersebut hanya akan terbentuk bermula di bahagian segmen hadapan atau kepala beluncas, iaitu di bahagian anterior dan kemudian membalut keseluruhan badannya.

Jelas beliau lagi, spesis larva ini banyak ditemui di kawasan pergunungan China yang beraltitud tinggi sekitar 3,000 hingga 5,000 meter daripada paras laut.

Kebanyakannya hidup di kawasan pokok renek di sekitar Qinghai, Tibet, Yunan dan negara-negara Himalaya seperti Nepal, Bhutan dan Himachal Pradesh di India.

Secara fizikalnya, spesis dewasa biasanya berwarna hitam kecoklatan dan sedikit coklat kemerahan di bahagian posteriornya.

Bahagian toraks dan abdomen pula dipenuhi dengan bulu-bulu halus berwarna putih sebelum di infeksi oleh kulat kemudian akan bertukar warna coklat kekuningan apabila mati. Setelah mati, ia ditumbuhi penuh oleh kulat.

Spesis rama-rama ini menjalankan metamorfosis lengkap (holometabola) iaitu melalui peringkat telur, larva, pupa dan dewasa.

Peringkat larvanya akan mendapatkan makanan dengan memakan humus-humus dan akar-akar kayu pokok Alpine. Thitarodes akan melengkapkan perkembangannya dengan mengambil masa yang panjang iaitu dalam tempoh tiga hingga empat tahun.

Tempoh yang lama akan dihabiskan di dalam tanah sebelum menjadi pupa. Dengan kata lain, sepanjang masa itu spesis ini dikatakan berhibernasi. Ia akan menjadi aktif apabila tiba musim panas untuk mendapatkan sap cairan dari akar pokok.

Larva yang menetas akan pergi ke permukaan tanah lembap. Ketika itulah ia dihinggapi kulat melalui liang-liang pernafasan larva.

Infestasi kulat terhadap larva yang berhibernasi berlaku secara perlahan sepanjang musim sejuk. Kemusnahan larva berada di peringkat teruk apabila keseluruhan badannya dibaluti dengan kulat. Atas faktor tersebut, larva akan kelihatan mati di bahagian lubang yang digali. Larva yang tidak mengalami infestasi kulat akan keluar menjadi dewasa dan meneruskan kitar hidupnya.

Umumnya, ulat ini merupakan perumah kepada spesis kulat yang sangat popular iaitu kulat perubatan. Ia diguna pakai secara meluas oleh perubatan tradisional China dan Tibet.

Meskipun masih tiada percubaan secara klinikal bagi membuktikan keberkesanannya, ia diakui ramai amat berguna dalam perubatan herba.

Antara kebaikannya, dipercayai dapat mengurangkan keletihan, batuk dan barah. Pengamal perubatan herba beranggapan kulat ini mampu mengawal atur dan memperbaiki sistem imun, sekaligus dapat memanjangkan usia seseorang.

Selain itu, spesis Cordyceps ini turut diyakini mampu memperbaiki ginjal dan meningkatkan tenaga batin. Di samping digunakan sebagai makanan tambahan bagi memulihkan sistem pernafasan dan penyakit asma.

Harga spesis Cordyceps Sinensis adalah sangat mahal, sama seperti nilai emas. Percaya atau tidak, harganya boleh mencecah $15,000 dolar sekilogram mengikut kualiti.

Atas sebab itu, ia kini telah menjadi sumber pendapatan utama bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman China dan Himalaya.

sumber klik sini

9 ulasan:

  1. Ulat ni ada persamaan sejenis melayu yang sangat aku kenal...dia ni semua boleh jadi dan boleh bertukar.

    BalasPadam
  2. kopek dan tampalko8 Oktober 2013 6:52 PG

    Sejak timbulnya isu berkenaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) dan kemudian laporan audit yang mengaitkan wujudnya beberapa kelemahan dalam agensi Kementerian Dalam Negeri, Zahid Hamidi menjadi menteri yang paling kacau dan tidak tenteram jiwanya. Tindakan dan gelagatnya beberapa hari kebelakangan ini menunjukkan beliau seolah-olah seorang pemimpin yang tidak boleh ditegur dan hanya mahu berita yang baik-baik saja mengenai diri dan kementeriannya.
    Melihatkan gelagatnya dalam video yang kini tersebar luas di blog dan media sosial bagaimana beliau begitu emosi dengan wartawan sebuah portal berita yang tidak disenanginya kerana didakwa sering memutarbelitkan kenyataan dan memberi laporan tidak baik mengenai kementeriannya, pasti ada yang menggeleng kepala dan mempertikaikan kematangannya sebagai seorang pemimpin.Dalam video itu terlihat bagaimana Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berulangkali meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap portal berita berkenaan, bahkan mempertikaikan bagaimana wartawan berkenaan boleh dijemput dan hadir di majlis yang diadakannya. Lebih dari itu, Zahid juga tidak membenarkan wartawan berkenaan bertanya soalan kepadanya dan di akhir majlis pula beliau sekali lagi memberi amaran dan tidak mahu bersalam dengan wartawan berkenaan.
    Sebagai pemimpin yang sepatutnya tahu peranan media menyebarkan maklumat kepada orangramai, tindakan Zahid dilihat agak keterlaluan dan tidak matang. Kalau pun beliau ingin menunjukkan ketegasan dan keberanian serta tidak mahu dibayangi Menteri Dalam Negeri terdahulu yang asyik memberi amaran tetapi tiada tindakan, tentulah bukan begitu caranya.

    Media mempunyai peranannya yang tersendiri kepada masyarakat dan mereka seharusnya dilayan dengan baik dan sopan. Anggap saja kehadiran mereka sebagai tetamu. Jika tidak, maklumkan daripada awal bahawa sidang akhbarnya itu hanya untuk media tertentu saja dan selainnya diminta meninggalkan majlis dengan baik.Jika laporan portal berita berkenaan didakwa sering memutar-belit kenyataan dan memberi laporan tidak tepat, Zahid bukan saja boleh membetulkannya, bahkan boleh saja mengambil tindakan mahkamah dan menuntut gantirugi sebagaimana sebuah akhbar arus perdana yang sering disaman dan terpaksa membayar banyak gantirugi kerana laporannya yang salah dan tidak tepat.Namun, portal berita yang didakwa Zahid sering memutar-belit kenyataan itu, tidak pula kedengaran pernah disaman oleh mana-mana pihak sebelum ini.

    Dalam majlis lain di Melaka hari ini pula, kerana menyedari ucapannya di majlis tertutup turut dihadiri wartawan, beliau turut melontarkan amaran agar tidak menyiarkan ucapannya berhubung isu keselamatan atau berhadapan dengan kemungkinan syarikat akhbar yang berbuat demikian ditutup.

    Ramai juga pemimpin lain yang mengadakab majlis tertutup, termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, dan tidak mahu maklumat dalam majlis itu disiarkan tetapi tidak pernah pula ada yang sampai memberi amaran mahu menutup akhbar yang menyiarkannya. Biasanya permintaan dibuat dengan baik supaya akhbar tidak menyiarkannya dan memaklumkan ianya adalah perjumpaan tertutup. Dan media tiada masalah untuk mematuhinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Porrahhhh...Anwar sesumpah lagi perangai buruk.Bila tak boleh jawab soalan yng di tanya mula mengaitkan dgn umno.Wartawan tanya jam omega di tuduh wartawan talibarut umno.Kenapa peristiwa ini dikaitkan dgn Anwar?Sebab dia bakal PM Malaysia kihkihkih.Berdasarkan peristiwa yng lepas DAP pernah halau wartawan aper cerita?
      Bila kena batang hidung pandai pulak meroyan mcm kena isem.

      Faham dgn jelas sebagai menteri yng tegas dgn keselamatan dalam negara sudah tentu Zahid meminta wartawan tidak spin apa yng dia cakap kerana akan menimbulkan kekeliruan.Zahid menteri yng mesra dgn semua wartawan cuma dari Malaysiakini sahaja!Dan dia telah memberikan sebab kenapa.

      Untuk pengetahuan anon atas nie portal Malaysiakini memang kaki spin.Sejak menteri KDN lembik di gantikan dgn Zahid Hamidi tiada menteri yng pernah menegur Malaysiakini.Dan sekarang bertemu buku dgn ruas!Padan muka!

      Malaysiakini kaki kencing chittttt!

      Padam
    2. Ada apa lagi tak yang jatuh laut?

      Padam
  3. Tuan, mungkin youtube ini boleh menerangkan ketakjuban Cordycep ini: http://www.youtube.com/watch?v=XuKjBIBBAL8

    Ia sekarang telah di kulturkan secara bioteknologi di Malaysia dan dibuat dalam bentuk kapsul yang lebih murah tapi kualiti tinggi. Rujuk timo® Cordyceps King

    BalasPadam
  4. Cordycep memang sangat berkhasiat....saya berumur 61 tahun mula memakan nya sejak 10 tahun yg lalu...rakan rakan selalu bertanyakan apa rahsia nya hingga saya kelihatan seperti umur 30an.Cordycep dari Cina adalah yg terbaik walaupun harga nya agak mahal...tetapi memang berbaloi utk kesihatan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebanyakan yang dari China (produk yang jarang dijumpai ditempat lain) memang mahal kerana ada dasar monopoli dari bangsa mereka. Tapi kalau produk yang mereka buat dan terdapat juga syarikat negara lain mampu keluarkan, bangsa China ni akan habis-habisan pasarkan produk lebih murah dari syarikat tersebut. Contoh paling mudah, lihat sahaja rare earth metal yang Lynas nak keluarkan, sebelum itu sape yang kuasai pasarannya dalam dunia? Siap ada kuota lagi supaya harga rare earth metal menjadi mahal kerana China mahu dominasi pasarannya...

      Padam
    2. Tanpa Nama 8 Oktober 2013 8:28 PG

      Kat mana boleh dapat Cordycep tu? Boleh bagi contact no?

      Padam
  5. anom 6.52 pagi.. apa yg ko merepek pagi2 ni.. nak bgtau ko.. datuk zahid hamidi pada pandangan aku lebih gentleman dari anuar ibrahim.. sekurang2nya dia masih boleh bertepuk bahu dengan balaci malaysiakini lepas dia sound cina lahanat tu (puas hati aku tgk).. tetapi kalu abg nuar jambu ibrahim.. sure dah kena sound "u ulang i saman"... and awal2 dah halau wartawan pro kerajaan dari hadiri sidang media beliau.. tabik DSZH..

    BalasPadam