Khamis, 24 Oktober 2013

TU DIA!! KELUARGA ARWAH USTAZ AZIZAN DAKWA CALON PAS BERBOHONG!! APA CERITA NI??

adakah proksi musuh arwah ustaz azizan bermaharajalela dengan jayanya bila menjadi calon di dun sg. limau? panas, panas... gasak.. ada udang disebalik mee rupanya!!


CALON PAS PRK DUN Sungai Limau, Mohd Azam Abdul Samat didakwa tidak mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak sebaliknya beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Dato' Phahrolrazi Mohd Zawawi bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah.

Azam dikatakan anak sepupu kepada Phahrolrazi, iaitu tokoh yang menjadi musuh politik Allahyarham semasa menjadi Menteri Besar Kedah.

Semalam dah mula kecoh apabila ada adik beradik arwah Azizan mempertikaikan tindakkan calon PAS tergamak berbohong kepada wartawan Sinar Harian kononnya beliau ada pertalian saudara dengan keluarga arwah, walhal beliau tidak langsung mempunyai sebarang pertalian keluarga dengan arwah.

Keluarga arwah juga kesal kerana calon PAS mengaku yang beliau merupakan anak didik arwah, padahal semasa arwah hidup, calon PAS ini merupakan salah seorang yang menentang arwah dan sanggup bersekongkol dengan musuh arwah secara diam-diam.

PAS nampaknya sudah terdesak untuk meraih undi dengan menggunakan gambar arwah Azizan untuk undi simpati.

Gambar calon PAS dengan arwah Azizan terpaksa Photoshop semata mata untuk meraih sokongan.

Hakikatnya Calon PAS PRK Sungai Limau adalah anak sepupu kepada Phahrolrazi.

sumber klik sini

6 ulasan:

  1. penawar bagi hati25 Oktober 2013 6:27 PG

    KetAhui olehmu bahawasanya membesarkan diri itu bahawa melihat ia akan dirinya lebih daripada orang lain pada sifat kesempurnaan, dab melihat ia akan orang lain itu lebih hina daripada nya. Maka ia setengah daripada sifat kecelaan yang didalam hati, dan sebesar besar maksiat yang tersembunyi.

    BalasPadam
  2. Iran beri amaran hubungan dengan KL akan terjejas.

    TEHERAN - Kementerian Luar Iran memberi amaran bahawa hubungan negaranya dengan Malaysia akan terjejas ekoran keputusan sebuah mahkamah yang menjatuhkan hukuman mati ke atas dua wanita Iran.

    Kenyataan itu dibuat selepas terdapat laporan yang menyebut dua wanita Iran, Shahrzad Mansour, 31, dan Neda Mostafaei, 26, dihukum gantung sampai mati kerana kesalahan menyeludup dadah methamphetamine ke Malaysia pada Disember 2010.Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1025&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2igWPG9yc Hakcipta terpelihara 
    ____________________________

    Jangan pedulik ancaman negara syiah ni....laksanaka undang_undang yg sedia tanpa rasa takut dan duka cita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ade kitaorg peduli sgt ke?

      Padam
  3. apa pasal pulak ugut jejas hubungan, lu punya undang2 lu jalan, kitolang punya undang2 kita jalan la. jangan la campor kita olang punya undang2, ada arti ka....

    BalasPadam
  4. Kalau tak menipu bukan PAS la namanya...

    BalasPadam
  5. Ada hubungan la... tapi bau-bau kentut je... jangan tak tau pulak

    BalasPadam