Khamis, 21 November 2013

kan dah kata, drama je, hak hak hak....


berani masa hari tu je, lepas tu.. hahaha.. tu pasal drama king ni dah tau dah, sampai bebila jadi keldai dap la ko pas, malas nak cakap apa dah.. haha..

"Saya tidak nafikan ada masalah yang timbul dalam konteks hubungan antara parti PR dalam kerajaan negeri dan ia perlu diselesaikan.

"Tetapi membuat kenyataan secara publik dengan nada ugutan untuk keluar adalah sesuatu yang tidak bijak," kata AJK PAS Pusat yang juga Yang Dipertua PAS Bukit Gelugor, Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof (gambar).

Mujahid mengulas tindakan sebahagian pemimpin PAS Pulau Pinang yang diketuai Timbalan Pesuruhjayanya Fauzi Yusof, yang mengugut akan meninggalkan PR.

Mereka membantah campur tangan tidak munasabah dalam pentadbiran hal ehwal Islam dan pelantikan wakil parti sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Fauzi Yusof dalam sidang media di Seberang Jaya berkata, jika perkara itu berterusan, PAS akan menyemak semula kedudukannya dalam PR.

Mujahid berkata, semua masalah boleh dibincang dan tidak perlu ugutan dalam mencari penyelesaian.

Mujahid sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang namun selepas beberapa penggal tidak bersedia untuk meneruskannya kerana menganggap ia tidak berkesan dengan pendekatan kepimpinan yang ada.

Bagi Mujahid, apa yang perlu dibuat oleh PAS Pulau Pinang sekarang adalah mengukuhkan kedudukannya di negeri itu.

PAS bertanding lima kerusi DUN dan dua parlimen di Pulau Pinang namun hanya menang satu kerusi DUN sahaja dalam pilihan raya umum (PRU) Mei lalu.

Mujahid yang bertanding di Parit Buntar, Perak dan menang memberikan tiga isu untuk difokus oleh PAS Pulau Pinang.

Ia adalah isu kedudukan Melayu Pulau Pinang yang ketinggalan, mempertingkatkan kesedaran orang Melayu terhadap Islam dan memastikan perpaduan di kalangan parti dalam PR.

"Ketiga-tiga isu ini perlu digarap dengan baik jika PAS mahu dihormati dan disegani oleh kawan dan lawan," kata Mujahid.

Menurut Mujahid, aset terbesar PAS Pulau Pinang adalah pemimpinnya dilantik menjadi Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

"Dengan kutipan zakat RM70 juta setahun, pelbagai perkara boleh dibuat oleh mereka khasnya terhadap umat Islam dan orang Melayu Pulau Pinang di samping peruntukan daripada kerajaan negeri sendiri," kata Mujahid.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Salleh Man yang juga Adun Permatang Pasir adalah Yang Dipertua MAIPP.

ps: tak pasal-pasal umno pulak yang kena kang, bukan leh percaya jebon-jebon pr ni, keh keh keh keh

15 ulasan:

  1. dah agak dah...memang drama khas utk muktamar...bila dah kena marah "abang besar", pihak lain pula disalahkan...

    BalasPadam
  2. Dah tau ini semua drama lain kali hgn buang masa siarkan berita2 camni, buang masa menulis dan masa pembaca juga. Hakikatnya pas cuma melukut ditepi gantang dlm pr...ada tak tambah tak da pun tak kurang...itupun dah cukup mereka banggakan...

    BalasPadam
  3. Sudah 50 tahun Pas wujud...tapi masih tiada kekuatan sendiri...masih nak bergantung dgn parti lain...kenapa ?...Ceramah siang malam bertahun tahun lama nya...hasilnya ? yg dapat cuma perpecahan sesama bangsa agama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu la PAS.....tetap bahalol sampai kiamat......berani dgn melayu umno jer......harap janggut serabai, jubah laboh meleret leret sapu sampah, serban besor bakul......bila ABANG BESAR berdehem....kecut kerandot telor....!!!!

      Padam
    2. bawa bertenang wahai saudaraku, engkau telah mengatakan sesuatu yang akn memakan diri engkau sendiri....ingat wahai saudaraku, menyimpan janggut, memakai serban dan jubah itu adalah sunnah nabi. jika dengan niat engkau mempertikai mereka yang berbuat demikian bemakna engkau sudah mempertikai sunnah nabi.

      tak suka dengan pas, maka kondem lah pas tu, jangan kondem janggut, serban dan jubah mereka, keran janggut, serban dan jubah mereka tidak bersalah.

      pas tak betul, bukan semestinya umno itu tidak salah, jika umno memang bagus bukan semestinya pas itu buruk.

      Padam
    3. PAS tu pencuci taik karpal... atas sikit dari pencacai angakat najis..

      Padam
  4. habiis lah pas kali ni....akan terkubur lah..

    BalasPadam
  5. Dasar lebai bahlol.Puak2 Parti Anak setan memang begitu.
    Babi tak sehina nlebai2 bahlol..oppppps Babi ni....

    BalasPadam
  6. Drama hujung tahun yang dikatakan mencecah kutipan BLOCKBUSTER.... Pada scene awal-awal seronok tengok jalan ceritanya... tapi bila dah di hujung cerita makin meluat pulak tengok. Maka dengan ini aku tak setuju drama PAShit ni ditabalkan drama blockbuster untuk tahun ini... ia hanya layak jadi DRAMA TAIK KARPAL BUSTER je. Sila cuba lagi di tahun hadapan...

    BalasPadam
  7. ni semua propaganda media UMNO yg memBESARkan n memutarbelit kenyataan PAS Pulau Pinang sehingga disalah tafsir oleh rakan pakatan n rakyat Malaysia.....konpom salah UMNO...ini semua salah UMNO.....TAKBIRRRrrrr!!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang konfom pun UMNO punye angkara. Mereka menyamar pakai topeng macam Tom Cruise dalam pilem Mission Impossible tu. Dulu nuar dah kena siap berbogel denang chinadoll, kali ni mereka menyamar sebagai ahli PAS siap ada sidang akhbar cabar-mencabar lagi. Jahat UMNO ni... memang semua salah UMNO

      Padam
  8. Setakat bagi komen lepas berlindung disebalik anon, lebih baik tak payah.

    BalasPadam
  9. hahahaha......siapalah yg copycat aku ni.....pakai la nama lain wei walaupun nickname aku tu takda copyrite.....huhu....:)))))

    BalasPadam
    Balasan
    1. kah kah kah kah kah.... siapalah yang jadi batu api tu eh?? Hati-hati otak geliga... mereka bila dah takde idea nak cucuh api, begitu la jadinya..

      Padam
    2. kah kah kah kah, bro otak geliga kalau nak tau siapa punye angkara yang copycat nama mu tu boleh la cari jawapannya di sini:

      http://headbomb.blogspot.com/2013/11/adakah-ini-drama-king-mukhtamar-pas.html

      Siap jual nama orang lain lagi si mangkok tu...

      Padam