Jumaat, 1 November 2013

kesimpulan paling senang untuk orang melayu Islam nak faham!! harap-harap kita sedar!! amin..

bukan tak boleh bekerjasama, tetapi kalau niat nak bekerjasama kerana nak menjatuhkan kerajaan Islam sedia ada, maka ia jatuh haram, tapi puak-puak ini melihat tiada sikit pun kesalahan apabila bekerjasama dengan kufar yang merosakkan, kalau entiti kuasa mutlak mereka pegang tak mengapa, ini mereka menjadi pak turut, masalah besar tu.. tak habis-habis nak mengangkat si kafir yang secara halus nak jahanamkan Islam..

fikir.. fikir

KATA MUFTI MASJIDIL HARAM YANG PATUT UMAT ISLAM DI BUMI MALAYSIA INI FAHAMI!!


hakikat dalam pentadbiran pr, pas hanya melukut ditepi gantang, menjadi barua kafir untuk menjatuhkan sesama Islam, masyaAllah..





ps: wahai orang melayu Islam, sedar dan fikir.. banyak bukti yang pas di dalam pr hanyalah menjadi pak turut.. rosak Islam rosak melayu, ayuh kita tinggalkan pas, perjuangan pas bukan macam yang dulu, semua ini kerana kuasa... kuasa duniawi, kalau benci sekalipun dengan bn, fikirkan masa depan orang Islam di bumi Malaysia kelak!!!

22 ulasan:

  1. Ada bnyk ayat ayat Al Quran yg menyanggahi tahaluf siyasi PAS, bahkan diberi amaran, apakah mrk sengaja mencipta alasan utk Allah swt menghukum, menyiksa mrk.( rujuk An Nisa' 144).
    Sgt dimusykilkan ilmuan ilmuan agama mrk, apakah mrk tidak mentadabburkan Al Quran ?

    BalasPadam
  2. Pas/umno......2 X 5.....

    http://www.youtube.com/watch?v=k3JK_GiiY4M&feature=youtube_gdata_player

    BalasPadam
  3. aku akan isi borang jadi ahli seumur hidup pas jika pas berhenti menjadi kuda tunggangan dap dan pkr. ada lebih baik pas keluar daripada pakatan rakyat, lepas itu mohon jadi parti komponen bn. tak perlu bubarkan pas, hanya jadi komponen bn. untungnya...jeng...jeng...jeng....bos bos besar pas boleh jadi menteri ooooooooooo.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. jadi menteri tabuq benih dalam bendang berair sampai kepala lutut boleh tak?

      Padam
    2. Pas jadi parti komponen BN?.....jangan carik pasal, nanti habis sesat semua orang melayu BN...tak takut ke?

      Padam
    3. Akhirnya ada juga penganut PAS mengaku PAS tu parti sesat. TQ..

      Padam
  4. salin dan tampal2 November 2013 12:49 PG

    Muhyiddin Dan Pas Sama-Sama Kena Minta Maaf

    Isu yang paling hangat menjadi bualan di Sungai Limau sekarang ini ialah berkenaan gesaan agar Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada keluarga Allahyarham Ustaz Azizan Razak dan gambar palsu yang digunakan oleh Pas berkaitan calonnya, Mohd Azam Samad. Tidak mustahil juga isu ini akan berlarutan sehingga hari pengundianada 4 November nanti.

    Muhyiddin sebelum ini ketika memperkatakan tentang pemansuhan subsidi gula telah mengaitkannya dengan Ustaz Azizan yang pernah dipotong kakinya kerana menghidap penyakit kencing manis. Apa pun nada dan tafsiran daripada ucapan Muhyiddin itu, termasuk niatnya yang tidak berhasrat menyinggung perasaan keluarga Ustaz Azizan, hakikatnya Muhyiddin tidak sepatutnya menperkatakan perkara itu dan barangkali beliau telah terlanjur dalam ucapannya itu.

    Isu penyakit yang pernah dideritai oleh Ustaz Azizan tidak seharusnya disentuh dan dijadikan perbandingan dengan apa-apa kejadian sekali pun, tambahan pula beliau baru saja meninggal dan keluarganya masih bersedih dengan pemergiannya itu.

    Sebab itu, tidak hairan bukan saja Pas yang merasa terpanggil untuk mendesak Muhyiddin meminta maaf kepada keluarga Ustaz Azizan, bahkan ahli keluarganya juga berbuat demikian. Sehingga ini, Mahfuz Omar, Pemuda dan Muslimat Pas telah menyeluarkab kenyaataan mengenai desakan mereka itu.
    Muhyiddin sebagai TPM dan mungkin bakal menjadi pengganti Najib dalam waktu terdekat ini berikutan petanda keretakan dalam UMNO semakin nyata dengan bermulanya serangan terbuka Mahathir semalam, haruslah menunjukkan jiwa besarnya dalam hal ini. Beliau perlu segara mengucapkan kata-kata maaf kepada keluarga Ustaz Azizan atas keterlanjurannya yang mungkin tidak disengajakan itu.

    Dalam masa yang sama, Pas juga perlu meminta maaf kepada pengundi Sungai Limau dan keluarga Ustaz Azizan atas pemalsuan gambar yang telah mereka lakukan itu. Walaupun pemalsuan gambar itu mungkin tidak mendatangkan apa-apa mudarat kepada perasaan keluarga Ustaz Azizan tetapi kepada pengundi ianya mungkin isu besar yang boleh menjejaskan intergriti Pas untuk memenangi pilihanraya ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lain kali CARI n BACA sekali artikel....jgn SALIN n TAMPAL je

      TSMY dahpun MINTA MAAF

      PAS????........:)

      Padam
  5. PAS ni berjuang utk KAPIAQ HARBI

    teruk2 UMNOpun masih BOS BESAQ dlm BN.....PAS???

    BalasPadam
    Balasan
    1. salin dan tampal2 November 2013 1:34 PTG

      SIAPAKAH KAFIR HARBI DAN KAFIR ZIMMI
      SN317] Di penghujung Ramadhan yang lepas, Utusan Malaysia sekali lagi menimbulkan kontroversi dan kemarahan, khususnya kepada parti pembangkang dengan mengambil dan menyiarkan kenyataan pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah yang menyatakan haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud. Umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP. Mengulas lanjut, Abdullah berkata, DAP berbeza dengan MCA dan MIC yang menjalin kerjasama dengan UMNO dalam BN kerana parti tersebut tidak bermusuhan dengan Islam malah sedia menerima pemerintahan Islam. “Sebaliknya, DAP tidak mahu, mereka mahu hak sama rata, tidak mahu tinggi rendah, tidak mahu Islam tinggi, sifat harbi mereka sangat jelas iaitu menentang hukum hudud dan penubuhan negara Islam,” katanya [UM 8/8/12]. 
      Tindakan akhbar pro UMNO itu boleh diibaratkan sebagai meludah ke langit dan terkena muka sendiri kerana hakikatnya seluruh rakyat Malaysia mengetahui bahawa parti pemerintah (UMNO, MCA dan MIC) adalah parti yang menolak penerapan syariat Islam di dalam pemerintahan. Selain DAP sendiri, beberapa cendekiawan agama juga turut menyelar tindakan Utusan dan kenyataan Abdullah Sa’amah yang menyifatkan DAP sebagai kafir harbi. Dari huru-hara politik ini, akhirnya istilah dan ruang lingkup kafir harbi telah disalah tafsirkan oleh banyak pihak. SautunNahdhah kali ini Insya Allah akan cuba memperjelaskan maksud sebenar kafir harbi dan jenis-jenis kafir yang terkait dengannya.
      dalam kitab asy-Syakhsiyyah al-Islamiyyah Jilid II, Syeikh Taqiyuddin an-Nabhanirahimahullah menjelaskan bahawa kafir harbi ialah semua orang kafir yang tidak masuk dalam perlindungan (zimmah) umat Islam, baik mu’ahid(kafir yang mengadakan perjanjian), musta’min(kafir yang meminta jaminan keamanan) atau selain keduanya. Sekiranya terdapat kesepakatan (perjanjian) antara Negara Islam (Daulah Khilafah/DaulahIslamiyyah/Darul Islam) dan negara kufur (DaulahKafirah) mana pun, maka seluruh rakyat negara kafir tersebut adalah dikira sebagai orang-orang yang termasuk mengadakan perjanjian atau dikenali sebagai kafir mu’ahid. Oleh itu, kedua-kedua pihak perlu bertindak sesuai dengan isi perjanjian, di samping melaksanakan kesepakatan (perjanjian) yang telah dipersetujui. Namun demikian, status mereka masih tetap sebagai kafir harbi secara hukum (kafiranharbiyyinhukman / de jure) dan mereka dilarang melakukan transaksi jual-beli senjata dan barangan yang terkait dengan peperangan, jika hal itu akan memperkuat posisi mereka ke atas umat Islam. Lebih dilarang jika DaulahIslamiyyah menjadi pengeksport senjata ke negara-negara kufur tersebut. Namun begitu, jika tidak wujud situasi yang boleh memperkuat negara-negara kufur tersebut, maka mereka tidak dilarang melakukan transaksi. Begitupun, perlu diperhatikan bahawa walaupun di dalam perjanjian diperbolehkan berjual-beli peralatan perang, ia tetap tidak boleh dipenuhi sekiranya jual-beli ini akan memperkuat kedudukan mereka ke atas umat Islam, kerana hal ini menyalahi syarak. Semua syarat yang menyalahi syarak, hukumnya adalah batil dan tidak sah.........

      Padam
    2. salin dan tampal2 November 2013 1:37 PTG

      .... Sementara itu jika tidak terdapat perjanjian antara Daulah Khilafah dan mereka, maka status mereka adalah kafir harbihakikatan(secara hakiki / de facto), bukan secara hukum, tidak kira sama ada peperangan antara keduanya sedang berlaku atau tidak. Mereka tidak dibenarkan memasuki negeri kaum Muslimin tanpa permit khusus untuk setiap kali masuk. Mereka juga tidak dibenarkan menetap dalam DaulahIslamiyyah kecuali dalam jangka waktu yang terbatas. Namun demikian terdapat perbezaan antara negara kufur yang sedang berperang (dengan kaum Muslimin) dan yang tidak. Bagi negara kafir yang sedang berperang (ad-daulah al-kafirah al-harbiyah al-muharibah bi al-fi’li), Daulah Khilafah tidak boleh mewujudkan sebarang perjanjian sebelum berdamai dan jaminan keamanan (visa) tidak akan diberikan kepada rakyatnya kecuali jika mereka datang untuk mendengarkan kalamullah atau datang untuk menjadi kafirzimmi yang akan menetap/tinggal di wilayah umat Islam. Ini berbeza dengan negara kufur yang tidak dalam keadaan konflik/perang (ad-daulah al-kafirah al-harbiyahghairu al-muharibah bi al-fi’li). Bagi negara kafir harbi seperti ini, DaulahIslamiyyah boleh mengadakan perjanjian perdagangan, menjaga hubungan baik dan lain-lain dengan mereka. Rakyatnyapun berhak untuk  mendapat jaminan keamanan (visa) ketika memasuki wilayah Islam dengan tujuan berniaga, melancong, rekreasi atau tujuan lainnya yang tidak bertentangan dengan syarak.

      Ringkasnya, kafir harbi (baik kafir mu’ahid atau kafir musta’min) adalah kafir yang berada di luar Negara Islam atau dengan kata lain, ia bukan warganegara DaulahIslamiyyah. Justeru, adalah merupakan sebuah kesalahan untuk mengatakan kafir yang menetap dalam Negara Islam dan merupakan warganegara DaulahIslamiyyah sebagai kafir harbi, kafir mu’ahid atau kafir musta’min. 

      Wallahua'lam.

      Padam
    3. kenapa tak SALIN n TAMPAL je semua?:

      http://mykhilafah.com/sautun-nahdhah/3617-sn317-siapakah-kafir-harbi-dan-kafir-zimmi

      KAFIR yg menentang PERJANJIAN utk menjadi warganegara TANAH MELAYU dahulu sudah semestinya TERLUCUT KEWARGANEGARAAN mrk walaupun bukan scr JELAS.

      maksudnya mrk scr realitinya sudah menidakkan kewarganegaraan sendiri n boleh dianggap PENDATANG atau KAFIR HARBI

      Padam
    4. kpd SALIN n TAMPAL:

      jgn MALU nak bg tahu yg penulis artikel kata HARAM undi pihak KERAJAAN n PEMBANGKANG dan juga HARAM utk mengembangkan DEMOKRASI

      kenapa suka SALIN n TAMPAL separuh2?....perlakuan ni spt siapa?.....PAS???....hmmmmm

      Padam
    5. lain kali kalau nak SALIN n TAMPAL pastikan BACA SAMPAI HABIS, FAHAM n elakkan ambik separuh2....tak baik

      kalau rasa MALAS nak SALIN n TAMPAL semua artikel sbb pjg berjela, just bg link....insyaAllah ada yg klik....aku suka klik, no worry

      Padam
    6. dah pesen mereka nak memperbetulkan keadaan mereka yang jatuh buruk sekarang ni, orang melayu dah mula sedar, walau dikalangan pentegar mereka sedaya upaya nak cerita hal dan keadaan pas tak menjadi balaci kepada dap, tetapi banyak dah bukti yang mereka memang menjadi balaci terhormat kepada dap so how????

      Padam
    7. kita tak ble nak buat bro HB....mrk2 ni cuma akan sedar bilamana DIRI SENDIRI atau org terdekat dgn mereka diHANJINGkan oleh biaDAPigs.....masa tu baru terbuka luas semua hijab

      harap2 masa keSEDARan tu bukanlah masanya "kita perlu LIMA TAHUN lg utk tukar kpd BN....sabaaarrrr".....LIMA TAHUN satu masa yg sgt pjg utk biaDAPigs menambah populasi CINA di Malaysia

      PKR hangguk
      PAS melopong

      YG RUGI??......ISLAM/MELAYU/BUMI

      Padam
    8. salin dan tampal2 November 2013 5:45 PTG

      Semua nak bersuap, mana boleh....yang selebih nya kena carik sendirilah...pancing aku dah bagi, pandai pandai lah nak mengail kat mana.

      Padam
    9. lain kali bukak blog salin dan tampal sendiri, buat menyemak je..

      Padam
    10. kalau nak SEBARKAN ILMU biarlah sepenuhnya jgn separuh2

      "kalau takut di lambung ombak jgn berumah di tepi pantai"
      "alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan"

      nasihat drpd nenek moyang Org Melayu utk kita semua terutamanya si SALIN n TAMPAL

      Padam
    11. salin dan tampal3 November 2013 6:17 PG

      kepada saudaraku 6:19ptg, aku cuma salin dan tampal saja, kalau tak suka, maka jangan baca....bukan susah sangat pon

      kepada otak geliga...itu kan cuma pendapat dan ia bukan muktamad.

      Padam
    12. mmg ia pendapat......tapi TOLONG HORMATI PENDAPAT si penulis artikel.....jgn ambil sekerat2 yg rasa boleh menyokong corak pemikiran sendiri.

      tolong berlaku adil pd si pembuat artikel n para pembaca.....lagipun kerja yg hang buat hanya SALIN n TAMPAL.....MUDAH, CEPAT, TAK PERLU BERFIKIR.....susah sgtkah nak berlaku ADIL, JUJUR, AMANAH dlm menyalin n menampal artikel org lain?

      semuanya bermula dr NIAT......tak gitu?

      Padam
    13. buat mamat salin tampal, aku memang tak baca artikel ko tampal tu. Buat sakit mata nak membacanya pun. Coba ko bukak satu blog, kemudian buat perangai salin dan tampal macam tu, boleh tengok berapa ramai nak respon/komen tentang artikel salin tampal ko tu. Ada boleh dapat 1000 pengomen tak???

      Padam