Selasa, 19 November 2013

masih korang ingat cerita pasal ular besar yang menjadi hot dekat muar pada 2004? macam kes villa nabila, isu cerita ikut suka tersebar!!


Jika anda pernah berkunjung atau melalui jambatan sungai Muar, jangan lupa bahawa lokasi ini pernah menjadi tumpuan hangat suatu ketika dahulu. Peristiwa kononnya terdapat seekor ular naga sebesar batang kelapa telah ditemui di bawah pasar sungai muar tersebut. Ia berlaku pada tahun 2004. Apa yang menghairankannya, tiada sebarang gambar berjaya dirakamkan, namun lokasi berkenaan telah berjaya mencuri tumpuan hampir 10 ribu orang. Ekoran daripada itu, kawasan di Sungai Muar menjadi sesak sehinggakan pihak media dari pelbagai stesen tv turut hadir. Persoalannya, ia wujud ataupun tidak?

MUAR: Berita mengenai ular yang dikatakan lebih besar daripada batang kelapa di bawah tapak Pasar Awam Muar, Jalan Maharani, menyebabkan lebih 10,000 orang mengunjungi jeti di tepi sungai di pasar itu, sejak awal pagi semalam.

Malah, orang ramai dari luar Muar termasuk Singapura, Segamat, Kluang dan Melaka sanggup bersesak di jeti kecil itu dengan harapan untuk melihat kelibat ular berkenaan.

baca seterusnya klik sini

ps: macam kes cerita villa nabila yang kata 23 orang hilang dialam ghaib, rupanya sorang je pun, hehe, sekarang ni pun ramai dok berkumpul di lokasi tersebut, macam pesta, haha.. orang kita cepat benar percaya cerita pelesu da.. hehehe...

9 ulasan:

  1. orang johor pandai kelentong beb!

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang negeri mana pula tak pandai kelentong?

      Padam
  2. dah jumpa pun, duduk rumah kawan bukannya hilang kene sorok dengan hantu kopek...

    BalasPadam
  3. SYUKUR kpd. ALLAH SWT Mohd Izzat telah selamat!

    Tapi saya syaki cerita KARUT ini adalah disebar oleh GENG KONGSI GELAP, utk. RAMPAS Tanah Villa LUAS ini yg. bernilai, melalui ejen hartanahnya, dgn. harga murah, kerana di Danga Bay, yg, hartanahnya makin meningkat terutamanya akibat syarikat dan pembeli dr. Singapura/serta warga asing! Mungkin tanah ini tanah Rezab Melayu!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    BalasPadam
  4. orang johor memang pandai kelentong, sebab tu ada satu parti politik yang lahir dan tertubuh dijohor memang kaki kelentong..
    dan ada suatu tempat dijohor nama nya pelentong....kan dekat dekat kelentong tu bunyi nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang pr ini otak sempudal, biasalah apa semua yang boleh dikaitkan dengan politik dia masuk,

      Padam
    2. kat penang ada tempat namanya sungai bakap, mungkin orang kat sane suka terjun sungai sambil fakap (FUCK UP) kot...

      Padam
  5. kiranya kalau kat kelantan ada nama tempat BUNUHAN kira kelantan kuat bunuh la....
    apa la punya bodoh mentaliti...marahkan UMNO sampai johor keseluruhan pulak kena kutuk.

    Moral of the story...melayu suka kepada cerita sensasi....belum tau benar atau tidak......PR suka guna cerita sensasi....juge belum tahu betul atau tidak....sebab dia tau melayu cepat tertarik kepada sensasi news.

    Sensasi akan basi bila dapat dibuktikan dan ada pembuktian...cerita pembangkang pun banyak jadi basi bila banyak pembuktian...pembangkang tanam dokrin pembuktian tak pentiang pada pengikut mereka...maka pengikut mereka tak kesah kalau ada bukti atau tidak yang penting percaya terus kata pemimpin mereka......maka tak hairanlah kalau ada bukti depan mata pun mereka tak percaya...lebih percaya pada sensasi cerita pemimpin mereka.

    BalasPadam
  6. cakap pandang pandang bro

    BalasPadam