Jumaat, 29 November 2013

sejarah berkaitan nazi dan hitler yang di padamkan oleh zionis yahudi!!







FAKTA YANG DI HILANGKAN DALAM SEJARAH DUNIA OLEH PARA SEJARAWAN

Penghormatanku kepada Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini... aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. maka aku katakan "takkan dah habis semua tokoh islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?" beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler. aku menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan german mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. aku menjawab sumberku dari TV pastinya. lalu dia berkata : " baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama

tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak british kepada scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak afrika selatan kepada kaum kulit hitam mereka?" aku meminta jawapan dari beliau. beliau menyambung :

"ada dua sebab

1. prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti. (sekarang telah berlaku....)

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu. Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam. Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau.

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir khasnya Syeikh Amin Al-Husainiy Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi... Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler. Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah... Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam. Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi.

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German. " Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?" Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas... Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

13 ulasan:

  1. Hadis Nabi : Umat Islam Akhir Zaman Akan Ikut Perangai Yahudi

    عن أبي سعيد الخدري قال ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لتتبعن سنن الذين من قبلكم شبرا بشبر وذراعا بذراع حتى لو دخلوا في حجر ضب لاتبعتموهم ، قلنا : يا رسول الله ، اليهود والنصارى؟ قال :

    Daripada Abu Sa’id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda : “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab : “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Riwayat Muslim)

    Daripada hadis ini, Rasulullah SAW memberitahu bahawa di akhir zaman nanti, umat Islam akan mengikut jejak langkah, cara hidup, perundangan dan sebagainya daripada Yahudi dan Nasrani. Sehinggalah apabila orang Yahudi dan Nasrani memasuki lubang biawak yang sempit dan kotor pun akan diikuti oleh orang Islam di akhir zaman. Ini disebabkan mereka menafikan al Quran, sebagai perundangan di dalam sesebuah negara.

    BalasPadam
  2. Pemimpin yg dianggap Anugerah Tuhan pula seorang yg kuat meliwat, berzina, membohong, cakap putar belit, rasuah, kronisme, nepotisme... dah banyak kali kantoi membohong...tapi tak jua bertaubat...

    BalasPadam
  3. salin dan tampal30 November 2013 9:43 PG

    Orang bodoh sentiasa dia mencari aib orang lain sehingga terlupa akan aib diri nya sendiri, begitulah ada nya orang bodoh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai betul org bodoh kt Malaysia ni. Huh...

      Padam
  4. KENYATAAN WIRA PERKASA TENTANG KENAIKAN MELAMPAU TARIFF ELEKTRIK!

    Ketidakwajaran kenaikan taraf elektrik sebanyak 20 peratus pada 2014.

    Sebagai sebuah kerajaan yang diwawarkan dalam mengutamakan rakyat dalam segala aspek, isu kenaikan elektrik yang bakal dinaikan sehingga 20 peratus pada awal 2014 adalah tidak wajar jika ianya dilihat dari pelbagai segi walaupun jaminan ianya tidak akan membebankan pada masyarakat yang berpendapatan rendah. 

    Kadar yang sediaada sudahpun cukup untuk menjadi beban kepada masyarakat yang berpendapatan rendah dan kita cuba bayangkan bilamana kenaikan itu dilaksanakan.

    Alasan kerajaan seperti memberi penekanan terhadap masalah pembaziran tenaga elektrik serta merasionalkan subsidi. 

    Jika kita teliti alasan alasan tersebut ianya bukanlah cara yang betul dalam mendidik rakyat bagi mengelakan pembaziran dan menghadkan subsidi. 

    Realitinya adalah keuntungan yang diutamakan oleh pihak syarikat utiliti tersebut. Saban tahun kita baca, dengar dan lihat keuntungan diperolehi oleh syarikat utiliti tersebut.

    Maka dengan itu, sebagai salah satu keperluan asas yang diguna pakai oleh setiap lapisan rakyat dinegara ini adalah tidak wajar dan relevanya kenaikan itu dinaikan sehingga 20 peratus. 

    Wira Perkasa Malaysia melihat isu ini sebagai sesuatu yang tidak patut daj tidak perlu dilaksanakan dalam mana rakyat mahu sesuatu yang boleh membantu mereka bukan yang membebankan.

    Menteri yang bertangungjawab harus melihatnya dari setiap sudut bukan hanya menerima input dari penasihat penasihat yang tidak pernah mengetahui kesusuhan rakyat dibawah secara realitinya. 

    Jika dikira congak diatas kerta memang ianya dilihat sesuatu yang tidak membebankan tapi pada hakikatnya rakyat yang menanggung.

    Irwan Fahmi Ideris
    Ketua Wira Perkasa Malaysia






    kenapa lah buta sangat mata mamat sekor ni, duit br1m kan ada....boleh bayar apeeee!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn sebar aib org. Orang bodoh sentiasa dia mencari aib orang lain sehingga terlupa akan aib diri nya sendiri, begitulah ada nya orang bodoh.

      Ko nak jd bodoh ke?

      Padam
    2. dah tahu dia bodoh, tapi dia masih lagi nak belajar, memang itu sepatut nya...
      yang paling payah....dah tahu bodoh tapi masih tak nak belajar...

      Padam
    3. Nak belajar ke tak nak belajar ke, yg penting jgn sebar aib org. Sebab:

      "Orang bodoh sentiasa dia mencari aib orang lain sehingga terlupa akan aib diri nya sendiri, begitulah ada nya orang bodoh. "

      Ko nak jd bodoh ke?

      Padam
    4. ok,ok.....kau menang, aku kalah.

      Padam
    5. Jgn sebar aib sendiri. Kalau yg sebar aib org itu bodoh, jd yg sebar aib sendiri tu mcm mana pula? Lebih baik diam aje...

      Padam
    6. tak puas hati lagi ke, kan dah menang dah.

      Padam
  5. salin dan tampals3 Disember 2013 7:01 PG

    Halalkah dan berkatkah rezeki yg kita dapat????

    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

    اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ



    Pernah tak kita terfikir apabila setiap kali dapat gajj dan bertanya halalkah dan berkatkah gaji aku ni????Atau sekurang-kurangnya mengucapkan alhamdulillah…kadang-kadang kita semua terlupa untuk mengucapkan syukur kepada Allah Swt,jadi mulai saat ini kita semua berubah apabila kita dapat gaji maka ucapkanla Alhamdulillah walaupun sedikit..ingatlah firman Allah Swt “Barangsiapa yang bersyukur,maka Aku akan tambahkan rezekinya dan barangsiapa yg kufur tunggula azab siksaku yg pedih”  secara ringkasnya rezeki yang halal pasti akan membawa keberkatan iaitu gajinya sentiasa mencukupi untuk semua keperluan. Manakala rezeki yg tidak halal dan sudah pasti tidak mendapat keberkatan tidak akan cukup walaupun banyak.Sebagai contoh bila time dapat gaji je kereta rosak la,anak sakit la,isteri sakit la dan diri kita juga sakit. Duit gaji habis untuk repair kereta dan bayar rawatan sakit. Kalau tak jadi macam ni pun kita boleh tengok masalah yg berlaku pada keluarga kita sendiri sbg contoh anak degil la,suami degil dan isteri pun degil,maknanya tiada Sakinah dalam rumah tangga iaitu ketenangan dlm rumahtangga. Sepatutnya baiti jannati rumahku syurgaku . Sekiranya perkara ini berlaku renung-renungkanla apa yang telah kita lakukan semasa bekerja mungkin kita byk curi tulang dari bekerja,ada ambil hak pejabat@org lain walaupun hanya sebatang pen,tipu claim,rasuah dan lain-lain. Ingatlah Allah Swt Maha Melihat dan ada 2 Malaikat  Rakib dan Atiq yg mencatit perbuatan kita.

    Rezeki yg tidak halal ini umpama seperti kita sedang memasak satu kawah daging kurma dan tiba-tiba ada orang mencampakkan seketul daging babi. Agak2 kita boleh tak makan daging kurma tadi dengan hanya ambil dan buang seketul daging babi tadi????Berselera tk kita nak makan daging   kurma tadi????Sudah pastinya tidak, begitula perumpamaanya dengan rezeki yg tidak halal.

    Adakah kita sanggup memberi anak,isteri dan ibu bapa kita makan rezeki yang tidak halal???, ingatlah pesan Rasulullah Saw” sesungguhnya daging-daging yang tumbuh dari sumber yang haram maka tempat yg selayaknya adalah dibakar dengan api neraka” tidakkah kita merasa  kesian pada anak-anak kita,isteri kita dan ibu bapa kita sekiranya kita memberikan mereka rezeki dari sumber yg haram,jangalah kita menzalimi mereka dan diri kita,kasihanila mereka dan diri kita sendiri….biarlah gaji kita sedikit tetapi ianya mendapat keberkatan di dunia dan akhirat. Ingatla Janji Allah Swt itu pasti. Moga-moga kita semua akan berusaha untuk mencari rezeki yang halal dan mendapat keberkatan dari Allah Swt.semoga kita semua menjadi Hamba Allah Yg Sentiasa Qanaah. Insyaallah.Amin

    Ingat la wahai saudara-saudaraku,jika ingin ukur kekayaan kita sekalian kita tengokla orang yg  berada dibawah kita jgn tengok orang atas kita,kalau nk tengok juga tengoklah Rasulullah Saw,.rasanye kita lebih mewah dari Rasulullah Saw…اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ Rasulullah Saw tidak pernah makan sehingga kenyang, sehinggakan Saidina Aisyah RA pernah menceritakan dia dan Rasulullah Saw pernah hanya mengisap2 kurma dan sebiji kurma  dibahagikan dua. Rasulullah Saw tidak pernah tidur di atas tilam yang empuk sehingga Saidina Omar Ra menangis melihat tubuh Rasulullah SAW berbekas dengan pelepah kurma seraya berkata” Wahai Rasulullah Saw ,maharaja rom dan parsi tidur diatas tilam yang empuk dan bermewah dengan kekayaannya,tetapi Engkau adalah kekasih Allah yang dicintai makhluk langit dan bumi tetapi hidup dalam serba kekurangan”…… َّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ  اللَّهُمَّ

    BalasPadam
  6. Bkn mslh sebar aib org tp mslh org jdi bodoh memuja peliwat sehingga agama bangsa di jual

    BalasPadam