Jumaat, 15 November 2013

[SEJARAH] LETUPAN BOM DI DAYABUMI PADA PAGI 10 APRIL 1989!!

kepada budak-budak muda yang tak tau, bangunan daya bumi pernah di bom oo, jangan main-main!! jom kita baca perihal dayabumi di bom!!


Sebutir bom telah diletupkan di kompleks Dayabumi, Kuala Lumpur, pada pukul 8.30 pagi hari Isnin, 10 April 1989. Letupan yang kuat itu mencederakan 4 orang. Tragedi itu bukanlah berlaku di bahagian menara Dayabumi, tetapi ia berlaku di tingkat dua bahagian podium atau City Point yang terletak bersebelahan dengan bahagian menara tersebut. Walaupun begitu, kesan letupan itu turut sama merosakkan bahagian bawah menara Dayabumi. Hasil siasatan menjumpai beberapa biji bateri di lokasi letupan. Disyaki bom tersebut diletupkan dengan menggunakan 'timer'.


Empat orang yang cedera merupakan pekerja Daya Urus Sdn Bhd, iaitu syarikat pengurusan kompleks Dayabumi. Mereka berempat yang bertugas di bahagian penyelenggaraan lif berada tidak jauh daripada lokasi letupan dan telah mengalami luka serta lebam akibat terkena serpihan kaca, besi dan siling yang pecah dan bertebaran ketika bom itu meletup. Seorang mangsa mengalami luka ringan, manakala 3 orang lagi dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Salah seorang yang cedera parah terpaksa dibedah bagi mengeluarkan serpihan-serpihan kaca yang tertusuk pada badannya.


Pada 1980-an, menara Dayabumi yang setinggi 35 tingkat merupakan mercu tanda moden bandaraya Kuala Lumpur. Ia menempatkan pejabat syarikat Petronas, Kementerian Perusahaan Utama dan Bursa Komoditi Kuala Lumpur (KLCE). Letupan bom pada 1989 itu menyebabkan seramai 3,000 orang pekerja terpaksa mengosongkan kompleks Dayabumi bagi membolehkan siasatan dijalankan. Kejutan berlaku tidak sampai 2 jam selepas letupan itu apabila pihak Daya Urus menerima panggilan telefon pada pukul 10.15 pagi yang memberitahu bahawa bom kedua akan meletup dalam tempoh 8 minit kemudian, namun panggilan telefon itu terbukti palsu.

SUMBER BLOG ARKIB NEGARA

9 ulasan:

  1. altantuya pula, bagaimana letupan nya berlaku?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn lupa.. Zul nordin kata najib dn rosmh tak terlibat

      Padam
  2. Letupan altantuya berlaku bila torpedo nuar aljuburi walliwati menusuk ke dalam lubang china doll dan pungkoq saiful

    BalasPadam
    Balasan
    1. kesian.....anak sapa lah ni?

      Padam
  3. Cables show the US embassy in KL feared "prosecutorial misconduct" during the sensational 2009 trial

    The US Embassy in Kuala Lumpur closely followed the trial of the accused killers of Mongolian interpreter Altantuya Shaariibuu and frequently discussed whether current Prime Minister Najib Tun Razak was involved in the killing, according to diplomatic cables supplied to Asia Sentinel by the WikiLeaks website.

    The diplomats, like much of the public, also speculated that the trial was being deliberately delayed and feared what one cable calls "prosecutorial misconduct" that was being politically manipulated. The embassy officials based their concerns on sources within the prosecution, government and the political opposition.

    The cables also draw attention to an intriguing allegation that then Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi may have attempted to use the proceedings to implicate Najib, a claim that was quickly hushed up in the Malaysian press.

    WikiLeaks and the Altantuya Murder

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni wikileak yang kata anwar memang melakukan aktiviti liwat tu ke?

      Padam
    2. kalau ada....jangan segan2 salin dan tampal disini.

      Padam
    3. aduh, selalu salin dan tampal tapi tak jumpa pulak pasal isu tu eh? Kesian kepada macai...

      macai - Manusia Amat Cintakan Anwar Ibrahim.

      Padam
    4. salin dan tampal lah disini, bukan susah sangat pon!

      Padam