Rabu, 18 Disember 2013

APA BETUL KERAJAAN NEGERI SELANGOR PUN DAPAT SHARE DENGAN KENAIKAN TOL?


Bukan niat kami untuk mempertahankan sesiapa. Malah keuntungan berbillion RM syarikat konsesi Tol pun sesen kami tidak pernah merasa. Kami cuma merasakan adalah sangat tidak adil orang ramai meletakkan punca kesalahan di atas bahu UMNO dan BN semata-mata.

Pertama sekali, sedarkah anda bahawa pakatan pembangkang kini menguasai secara 2/3 DUA negeri paling KAYA di Malaysia, iaitu Selangor dan Pulau Pinang?!! Mengapakah tiada siapa yang mempersoalkan apa yang mereka lakukan untuk memastikan kos hidup rakyat tidak terus terbeban?!! Ada MACAI yang bagi alasan, Kerajaan Pusat yang berkuasa penuh, Kerajaan Negeri ikut sahaja. Pada kami, ini barulah standard yang sepatutnya ditunjukkan sebagai MACAI. Tiada ilmu dan tidak mahu berfikir menggunakan otak!

Tahukah anda semua, hampir separuh daripada syarikat konsesi yang bercadang mahu menaikkan kadar Tol merupakan kroni dan 'GLC' Kerajaan Negeri pembangkang sendiri, terutamanya Selangor?!! Jadi, mengapakah Kerajaan Selangor tidak mahu membayar sahaja pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi tersebut bagi mengelakkan kadar tol dinaikkan demi rakyat?!! Malah, bukankah mereka juga yang kuat berkempen mahu menghapuskan TOL sebelum PRU-13 yang lalu?!! Jadi, kenapa tidak beli sahaja konsesi-konsesi TOL tersebut, sepertimana yang mereka lakukan kepada Alam Flora, dan sediakan lebuhraya percuma di seluruh Selangor?!!

Bukankah mereka juga yang berkokok rizab dan hasil negeri mereka yang terbanyak di Malaysia kerana kononnya bebas rasuah?!! Bahkan mereka juga mampu menaikkan gaji dan elaun MB dan ahli EXCO mereka sehingga mencecah 300%?!! Kenapa tidak guna sahaja lebihan rizab dan hasil negeri yang bebas penyelewengan itu untuk rakyat Selangor yang telah memberikan mereka undi?!! Kata "Hasil Negeri untuk Rakyat" bukan?!!

Perkara ini tidak akan berlaku kerana Kerajaan Selangor yang ada kini bukanlah benar-benar berniat mahu membela rakyat. Mereka hanya menggunakan sentimen rakyat bagi mengekalkan kuasa dan terus mengaut hasil. Jika tidak, sudah tentu PKNS dan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri bertungkus lumus menyediakan pelan bagi memastikan lebih ramai anak Selangor mampu memiliki rumah sendiri selain mengawal nilai hartanah di negeri tersebut. Tetapi kini, cuba senaraikan berapa banyak projek perumahan rakyat di bawah agensi pembangunan Kerajaan Negeri pembangkang. PKNS kini lebih dikenali dengan projek-projek perumahan MEWAH mereka.

Pulau Pinang tidak usah ceritalah, Singapore In The Making. Tetapi mengapa mereka tidak dipersoalkan, walhal mereka lebih mewah dan kononnya kaya dengan hasil negeri? Mengapa MACAI yang sama mendabik dada mengatakan Kerajaan Negeri Pembangkang lebih baik ekonominya, tetapi tidak menyatakan satu pun usaha konkrit untuk mengurangkan kos hidup rakyat? Semuanya kerana percaya dengan kenyataan dangkal bahawa "Kerajaan Pusatlah yang mengawal segalanya"...

Ini baru kami buka tentang TOL dan hartanah, belum lagi cerita tentang petrol dan harga kereta. Bukankah Anwar sendiri yang berjanji mahu menurunkan harga petrol?!! Kenapa tidak diturunkan di negeri-negeri pembangkang?!! Ada MACAI yang kata Kerajaan kawal harga petrol. Ini satu kenyataan BODOH dari manusia yang berfikiran singkat. Faktanya, Kerajaan hanya mengawal harga SILING di pam. Dan jikalau Kerajaan Negeri pembangkang mahu menurunkan harga petrol, tambah sahajalah SUBSIDI sedia ada daripada Kerajaan PUSAT!!!

Macam mana Kerajaan pusat tidak dapat berbuat apa-apa apabila Kerajaan Selangor "tolong" membayarkan RM 11 bil air semua rakyatnya, maka perkara yang sama juga boleh dilakukan ke atas bil elektrik, petrol dan harga kereta! Sebagai contoh, apabila seorang rakyat Selangor mahu membeli kereta, mungkin beliau perlu menyediakan dokumen yang membuktikan beliau seorang rakyat Selangor, bagi mendapatkan diskaun khas yang akan ditanggung oleh Kerajaan negeri. Kenapa gaji dan elaun MB boleh dinaikkan, tetapi perkara-perkara seperti ini tidak mahu dilakukan?!!

Jangan hanya pandai mempersoalkan janji dan manifesto BN, walhal anda sendiri tidak mengundi BN dan kuat menyokong pembangkang. Bila berlaku kenaikan perkara-perkara asas kos hidup ini, persoalkanlah kembali janji parti yang anda sokong!!! Kami sendiri mempertikaikan secara bersemuka dengan para pemimpin BN tentang peranan mereka dalam memastikan rakyat tidak susah.

ps: katanya kerajaan selangor akan menghalang kenaikan tol konsesi kepunyaannya, keh keh keh, dah kena balun, buka pekung, baru nak buat kenyataan, yamakachowhai.. kah kah kah

14 ulasan:

  1. fuh, baru aku tau arini, lebuhraya kesas yang dibina zaman BN dah kutip untung sebanyak 121%. Ha ape lagi, kerajaan kebajikan PR bila nak mansuhkan terus tol kat KESAS tu, jangan cakap nak tunggu ambilalih kerjaan persekutuan baru boleh hapuskan tol pulak. Saham PKNS dalam KESAS bernilai 1 sen je ke????

    BalasPadam
  2. peninglah nak baca ulasan panjang lebar ni
    TOL naik juga

    Tahniah kepada Pendukung, penyokong dan pengundi BN.
    Sama-samalah mencuka bayar TOL, bil letrik dengan tarif baru tahun depan.
    hehehhehehe
    nak ulas tang minyak ke?
    Tak payah kut
    sebab.....
    peninglah.......peninglah

    wakakakakkakakakakakakakakak...tak bleh nak gelak, sebab admin dah semak

    BalasPadam
    Balasan
    1. tol kat negeri selangor je, tol di PLUS tak naik pun.. tahniah juga untuk rakyat selangor yang mengundi PR. Kata nak hapuskan tol, sampai sekarang satu kertas kerja ke arah tu pun tak pernah dikemukakan... takpe la, pencacai macam ko mane kisah sangat kan...

      Padam
    2. ulasan pekakas pr menjurus kepada kestressan yang tahap tertinggi, sebab apa semua fitnah semua dah kantoi, ingat moto mereka fitnah dan pr berpisah tiada

      Padam
    3. 4:21...janji dah ditepati, ini masa nya rakyat balas budi.

      Padam
    4. kerajaan selangor ada buat janji ke??? Kat mane? Tak pernah tengok pun...

      Padam
    5. 6:25....janji najib dah ditepati, maka rakyat kena balas budi

      Padam
    6. mamat ni tak tahu negara luar ,macam katak bawah tempurung ,,, BN dah jadikan malaysia aman dah tak orang tak makan ,NAK APA LAGI , LETIH

      Padam
  3. usah ckp nak hapus tol, kutip parking 40sen dr rakyat pun hadap sgt. kwsn lot kedai baru blm penuh pun nak kutip charge parking. pembohong kjaan kebajikan. kalau dah rezab negeri sgor billion apa lg beli je la konsesi lebuhraya tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. At least hutang selangor dah kurang drastik...aku tau sebab aku keje audit firm yg berpangkalan kat australia

      Padam
    2. masa dulu belajar pakai duit siapa , ada pinjam ke? dah tahu duit selangor banyak sampai boleh ternak berjuta juta jentik jentik .tak caya tengok longkang kat seksyen 25 tu .boleh bangga hasilnya
      denggi habuannya

      Padam
  4. kenkadang nak aku kata bangang korang ni kang kasar sangat..... TOL under krajaan negeri atau krajaan PERSEKUTUAN? ...PR amik selangor dah berpuluh tahun ker?....

    tau ker tidak khir toyo tinggal kan baper juta di selangor sebelum PR amik dan jadikan selangor simpanan berbilion....

    bodoh boleh belajar tapi kalau pemalas nak carik fakta dan info,..memang bahalloh sangat korang ni....tak abis abis bodoh tak tentu hala...berfakta la skit...memang wajib korang ni makanan bodoh bodoh...baik jgn komen la kalau tak tau apa berlaku kat selangor....

    BalasPadam
  5. wehh admin blog ...ko senaraikan lah dulu apa selangor dah bagi kat rakyat masa BN pegang dengan skang ...

    Berapa banyak dah PR bagi ..... cakap serupa org tak skolah la ko..

    BalasPadam
  6. biasalah pembangkang dari selangor tu hutan dah jadi maju barulah terkial kial nak rampas .duit pkr memang banyak sama dengan sampah yang tak di ambil.
    duit ptptn dah bayar ?

    BalasPadam