Isnin, 30 Disember 2013

biasalah pakatan rakyat!! selagi tak berdemo, bukan pakatan rakyat namanya!!


Berhubung dengan tindakan segelintir NGO yang cuba menganjurkan perhimpunan haram pada 31 Disember ini.

Mas Ermieyati Binti Samsudin, Ketua Puteri UMNO Malaysia yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah membantah sekeras-kerasnya tindakan tersebut.

"Kita faham walaupun ianya dibuat kerana membantah atas kenaikan harga barang, tarif elektrik serta tol tetapi perhimpunan ini boleh menyebabkan keadaan huru hara", katanya.

"Banyak kaedah, cara serta saluran lain yang boleh digunakan utk menyampaikan suara mereka bukan dengan cara ini", katanya lagi.

Selaku ketua Puteri UMNO Malaysia beliau berharap serta merayu supaya ahli puteri dan anak-muda di luar sana serta mereka yang bercadang untuk menyertai perhimpunan tersebut agar tidak berbuat demikian.

Beliau juga khuatir ada pihak yg cuba mngambil kesempatan di atas kesempitan yg dialami oleh rakyat yang akhirnya akan merugikan dan menyusahkan diri mereka sendiri.

"Saya mendoakan serta berharap agar tahun 2014 ini memberikan lebih kebaikan dan kecermerlangan kepada rakyat Malaysia dari segi ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat tambahan pula tahun ini Tahun Melawat Malaysia, mari kita semua mulakan dengan sesuatu yang lebih baik untuk tahun 2014" ujar beliau.

sumber : klik sini

ps: isu pprt di selangor yang naik menghumban orang miskin seko jibrauk beruk taknak guling-guling dekat jalanraya, hehehe.. inilah dia perangai sampah dari pr yang harus rakyat malaysia ambil tau, bukan semberono percaya bulat-bulat mereka buat persepsi!!

3 ulasan:

  1. Sebutlah Selalu "GULING KERAJAAN", Maka Benar-benar Kerajaan UMNO BN Akan Terguling!

    Tuduhan guling kerajaan alasan dangkal KUALA LUMPUR: Menuding suara rakyat membantah kenaikan kos sara hidup dengan tuduhan mahu menggulingkan kerajaan adalah dangkal dan tidak menghormati sentimen rakyat yang terpaksa menanggung bebanan keperluan harian yang semakin berat, bidas Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid. 

    Menurut beliau, tuntutan rakyat supaya kerajaan mengawal dan menurunkan kos hidup yang semakin meningkat menerusi perhimpunan 31 Disember ini adalah wajar. 

    “Perhimpunan yang bertujuan supaya suara rakyat untuk menuntut pihak kerajaan mengambil langkah mengatasi isu kenaikan kos hidup yang meningkat tidak harus dipandang serong. 

    “Kami mengingatkan bahawa jika kerajaan terus menerus dengan sindrom menafi berlakunya kenaikan kos, dan kerajaan mendakwa bahawa kini kos sara hidup adalah manasabah dan meningkatnya kos tidak dapat dielakkan, maka rakyat pasti akan melihat kerajaan ini tidak bertanggungjawab,” tegas beliau dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini. 

    Mohd Azmi berkata, jurang kaya miskin di negara ini masih ketara dan wujud kelompok berpendapatan tinggi di negara ini yang hidup mewah termasuk di kalangan pemimpin dan ahli keluarga pemimpin. 

    Beliau mempersoalkan kewajaran rakyat untuk berdiam diri apabila wujud kepincangan dalam pengurusan kewangan negara sedangkan para pemimpin dan keluarga mereka terus menonjolkan kemewahan dan tidak prihatin terhadap kenaikan sara hidup yang ditanggung rakyat bawahan. 

    “Tidak dapat dinafikan dengan kadar kenaikan sara hidup yang mendadak , keresahan rakyat akan beransur-ansur memuncak dan akhirnya keadaan tidak boleh terkawal lagi. 

    “Keresahan ini bukan suatu yang dibuat-buat, apatah lagi tidak boleh dengan mudah dituduh perhimpunan yang digembleng bertujuan untuk menggulingkan kerajaan,” jelas beliau. 

    Beliau menyifatkan dakwaan kononnya perhimpunan Turun pada 31 Disember ini bertujuan menggulingkan kerajaan adalah tuduhan yang sangat tidak bertanggungjawab , malah menjadi petanda wujudnya sindrom nafi (denial syndrome) di kalangan pemimpin negara. 

    “Kesempitan hidup kini dirasai oleh semua peringkat rakyat terutama di kalangan golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang merupakan lebih 80 % dari keseluruhan penduduk di negara ini. 

    “Kesan berganda dan berangkai terhadap kos sara hidup pasti tidak dapat dielakkan bila kos pengangkutan naik serentak dengan kenaikan harga minyak mahupun tol lebuhraya,” tegas beliau. 

    Jika benar pemimpin kerajaan mengutamakan rakyat seperti yang sering didakwa , beliau menggesa supaya isu kos hidup ini ditangani segera. “Langkah yang sepatutnya diambil oleh kerajaan ialah menangani isu-isu utama ini dan menghormati suara rakyat yang mahu menyatakan kerasahan mereka melalui perhimpunan aman,” katanya. -HD 

    BalasPadam
  2. kerja WAJIB mereka setahun 2-3 kali. Kalau idak, tak sah. FUCKATAN...

    BalasPadam
  3. Jambu Anwar Buat Laporan Polis Terhadap '4 Blog UMNO' Untuk Alih Isu

    Selaku Pengarah Strategik, Rafizi Ramli mesti tangkas menangkis selain pada masa yang sama, mengatur segala macam gerak kerja untuk memastikan PKR terus mendapat sokongan. Tidak sahaja SOP Rafizi Ramli adalah berbohong, malah dia juga perlu mencipta isu yang dilihat amat sensitif tetapi boleh menusuk ke hati rakyat.

    Sudah banyak yang dilakukan oleh Rafizi Ramli yang akhirnya berjaya memperolehi Kerusi Parlimen Pandan setelah penyandangnya, Ong Tee Kiat ditumbangkan oleh bekas Presiden MCA, Chua Soi Lek dalam pertelingkahan peribadi mereka.

    Isu-isu yang dibangkitkan oleh Rafizi Ramli seringkali mendapat sambutan yang cukup hebat daripada para penyokong Pakatan Rakyat walaupun akhirnya, Rafizi Ramli terkantoi dan banyak melakukan kesilapan termasuklah melanggar undang-undang BAFIA. Percaya dengan sokongan ramai, dia akan bebas daripada belenggu undang-undang, Rafizi cuba mencetuskan satu lagi fenomena.

    'E-mel bom' yang didedahkan oleh beberapa buah blog pada 27 Disember lepas, telah menggemparkan negara, sekaligus mengesahkan pembabitan Rahim Ghouse yang mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim. Selain daripada cubaan mendapatkan simpati dan menarik lebih ramai peserta dalam demonstrasi 31 Disember yang bertemakan Guling Kerajaan, Rafizi Ramli turut berusaha mengelakkan Kerajaan Negeri Selangor yang dikuasai PKR daripada menjadi tumpuan ekoran kenaikan harga besar-besaran yang dibuat di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim di seluruh Selangor.

    Rafizi Ramli sangat bijak bermain politik. E-mel tersebut terdedah dan dia kemudiannya menyalahkan blogger-blogger UMNO kerana dia telah dipanggil untuk memberikan keterangan kepada polis. Polis pula pastinya akan memberikan perhatian khusus kerana kandungan e-mel tersebut jelas mengandungi ancaman keselamatan yang bukan kecil.

    Ini akan menghangatkan lagi dan memanjangkan isu demonstrasi TURUN. Rafizi sendiri hanya menafikan yang dia ada kena-mengena dengan e-mel berkenaan walaupun tidak menafikan, akaun e-mel tersebut adalah miliknya.

    Cubaan mengalihkan isu apabila terkantoi sudah terlalu acap dilakukan oleh Rafizi Ramli dan para pemimpin PKR yang lain. Kalau DAP, biasanya sikap yang diamalkan adalah menyaman kerana mereka cukup yakin hakim-hakim mahkamah akan berpihak kepada mereka dan seandainya tiada kes yang kukuh untuk mereka saman, DAP biasanya mengambil sikap berdiam diri seperti yang kerap dilakukan oleh Lim Guan Eng.

    Rafizi Ramli pula lebih istimewa. Dia tidak sahaja mengalihkan isu tetapi bijak membuat kaitan demi kaitan agar orang ramai, khususnya para penyokong Pakatan Rakyat sentiasa sibuk memikirkan tentang isu yang dibawanya, sekaligus melupakan isu sebenar iaitu kenaikan harga yang mendedahkan PKR adalah pakarnya seperti di Selangor.

    'E-mel bom' adalah isu besar dan Rafizi perlu memberikan keterangan kepada pihak polis. Apa yang ditakuti sangat oleh Rafizi untuk memberi keterangan sekiranya dia tidak bersalah? Atau adakah dia sebenarnya memang terlibat, mengetahui dan merancang pengeboman itu bersama-sama Rahim Ghouse sehingga dia perlu menghamburkan kekecewaan dan kemarahan kepada blogger-blogger pro-UMNO yang berjaya memperolehi dan mendedahkan e-mel berkenaan?

    Yang jelas, Rafizi cuba memberitahu para penyokongnya dan rakyat Malaysia yang lain, kali ini dia sudah mati akal dan terpaksa menyerang blogger-blogger pro-UMNO pula untuk mengalihkan isu besar sepertimana yang dilakukan dalam kes Lahad Datu bulan Mac lalu

    BalasPadam