Sabtu, 14 Disember 2013

kota grahi-kerajaan Grahi atau Jawaka di selatan thai yang cukup menggerunkan kerajaan siam sukhothai (1237-1317)

Adruja dilahirkan pada zaman di mana Grahi sedang menghadapi ancaman perang dari kerajaan Siam Sukhothai yang diperintah oleh Raja Rama Khamhaeng (1237/47-1317). Raja yang berketurunan Siam (atau Thai) ini merupakan seorang yang sangat zalim.

Kedudukan Grahi (atau juga dikenali sebagai Jawaka)
terletak di kawasan utara Semenanjung Tanah Melayu.
(Sila klik gambar di atas untuk melihat dengan lebih jelas).
Raja Rama Khamhaeng dikatakan mahu meluaskan tanah jajahannya ke arah selatan (Semenanjung Tanah Melayu) tetapi telah dihalang oleh nenda Adruja yang bernama Raja Sakranta atau Raja Aminuddin (1253-1267). Setelah Raja Sakranta mangkat, takhta kerajaan Grahi telah diserahkan kepada ayahanda Adruja yang bernama Raja Sang Tawal (Sultan Muhammad).

Sebagai Maharaja Grahi yang baharu, Raja Sang Tawal telah mengarahkan supaya dibina sebuah kota yang teguh demi menghalang tentera Siam Sukhothai dari menceroboh masuk ke Semenanjung Tanah Melayu. Setelah siap, kota tersebut diberi nama Kota Grahi.

Sejak dari usia kanak-kanak lagi, Adruja dikatakan pandai menunggang kuda dan bermain senjata seperti kelewang. Meskipun perilaku baginda menyerupai lelaki, namun Adruja dikatakan amat menyukai wangian kayu cendana yang telah dicampurkan ke dalam minyak wangi yang diperbuat daripada bunga melur. Ia adalah satu kesukaan khas yang menunjukkan bahawa Adruja masih ada sifat kewanitaan.

Gambar Menunjuk Kerajaan Grahi ataupon Jawaka


ps: kajian-kajian tentang sejarah melayu dan kerajaannya patut orang muda baca dan selidik serta kaji!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan