Isnin, 23 Disember 2013

lagi sempudal nak cerita konon datin rosmah ada share dekat syarikat p1!! haha

ades, ni kira idea cap lombong taik ke camne, kah kah, apa saja skill nak memburukkan ds rosmah, hah boleh jelah asalkan orang percaya, ai macai-macai, ce ce ayat kat ini bukan politik, ce ce ce.. ini lah dia spisis bebalisme cacai pr nak create isu, asal ada isu yang rasanya boleh meletup dan sensasi, hah kita viralkan, ai sampah oh sampah, memang betul sampah betul cacai pr nak jadi hero!!


ps: apa semua lah yang nak jadi cerita semua berkait dengan ds najib, rosmah, jangan ada pulak dok fitnah kata syarikat biskut pun ds rosmah ada share, haha.. macam hampes.

10 ulasan:

  1. kenapa dengki sangat dengan datin rosmah nie....
    dia bukan kacau orang pon..

    BalasPadam
  2. Sir Bohemian Rhapsody23 Disember 2013 9:35 PG

    Wa ada bbual ngan kaki telan fitnah bulat2 kat 1 warong, dia bukak story kononnya pmimpin malaysia dan bekas pmimpin malaysia dh kaut bepuluh billion msuk dlm kocek smasa mmerintah, kmudian wa tanya dia..

    "Diorang simpan kat mana duit2 tu? Dlm maybank ka? Atau bwh tilam? Duit syiling ka atau note 100? Klu simpan luar negara bank apa? Swiss ka? Ada bukti ka? Diorag nak buat apa duit bnyak2 tu? Diorag dah tua pun, wa xnampak pun diorag enjoy itu duit..bole lu explen?"

    Tkebil mamat tu nak jawap, tapi dri pmerhatian wa mamat ni sama spesis ngn mulut tong sampah, smua sampah dia makan, mulut besar bgegar suara, kuat tpekek tlolong tapi penakut, hampeh mamat kaki barua pemusnah bangsa melayu Islam.

    BalasPadam
  3. Sir Bohemian Rhapsody23 Disember 2013 9:53 PG

    Sori la wa ckp, selagi mangkok2 yg berTAQIYAH ni ada dlm Pas slagi tu le wa pandang Pas mmg parti menyesatkan, wa xpyah nak explen bnyak2, lu orang kaji le balik lidah dan kahak Pas iaitu HARAKAH, dah brapa bnyak fitnah dh dcetak dan dipost? Perjuangan apakah ini? HARAKAHAK ibarat wakil suara yg kluar dri mulut2 alim ulama yang ada dlm PAS, stiap fitnah yg dkeluarkan seolah telah mdapat izin dri ulama cetakan PAS, makan fitnah berak fitnah dan muntah pun fitnah..

    BalasPadam
  4. Ayat cover line " Aku cuma sampaikan, bukan nak fitnah ke apa ... Bla bla" . Cuma satu saje, kalau tak betul ... sila la jawab depan Allah bila mati nanti. Ada bukti ker?

    Ayat nak bagi sensasi " ..yang terbesar Rosmah, tapi hal ni xramai orang tahu.... bla ...bla" kononnya dia mendapat berita exclusive la tu... he he

    BalasPadam
  5. sikap mendiamkan diri bila difitnah la yang membuat rakyat percaya. lama kelamaan mmg bertambah kebencian rakyat. apa lagi ikut la style abg non. "ulang , u cakap 1 saman u:. ha saman sampai bankrap!! aku letih la tgk suasana politik giler yg makin hari buat aku tak tenteram lagi tinggal di malaysia yg sedikit masa dahulu aman damai

    BalasPadam
  6. Tolonglah, Bukan Salah Rosmah!!

    Dalam memuji isterinya yang turut berjasa dan menyumbang sesuatu yang bermakna kepada rakyat dan negara, Najib telah mendedahkan dua perkara mengenai isterinya yang tidak pernah diberitahunya sebelum ini.

    Pertama, mengenai peranan isterinya dalam membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditahan di Mesir kerana disangka seorang pengintip manakala yang kedua, mengusahakan agar pelajar Malaysia yang mahu dibawa pulang semasa Ops Piramid dapat singgah di Arab Saudi tanpa visa, sebelum diterbangkan ke Malaysia.

    Menurut Najib lagi, jasa pertama isterinya itu dilakukan dengan menghubungi Suzanne Mubarak, isteri Presiden Mesir ketika itu manakala jasa kedua pula dilakukan dengan menelefon keluarga diraja Arab Saudi yang mana Rosmah mempunyai "networking" dengannya.

    Dalam kedua-dua jasa itu, ianya dilakukan atas permintaan Najib sendiri.

    Selama ini, isu campurtangan Rosmah dalam pentadbiran kerajaan tidak begitu jelas bentuk dan keadaannya. Ada yang mengatakan campurtangannya dalam perlantikan beberapa pegawai kanan kerajaan, pemilihan anggota kabinet, pengagihan kontrak kerajaan sebagainya. Tetapi semuanya agak samar-samar.Juga samar-samar, sama ada ianya berlaku kerana keghairahan isteri Perdana Menteri itu terhadap kuasa dan ingin mengawal UMNO serta kerajaan atau Najib yang terlalu bergantung kepada kelebihan dan kepandaian isterinya itu.

    Bagaimanapun, dalam semua keadaan itu, Rosmah telah dikecam dengan pelbagai serangan, tafsiran serta gelaran serta dilihat sebagai beban yang berterusan kepada UMNO dan negara selagi Najib menjadi Perdana Menteri......................

    BalasPadam
  7. ............ Namun dengan pendededahn Najib sendiri mengenai jasa dan sumbangan isterinya kepada rakyat dan negara, jelas membuktikan bahawa campurtangan Rosmah dalam kerajaan adalah kerana kelemahan Najib sendiri. Dalam tugas dan peranan yang sepatutnya beliau meminta Menteri Luar dan Menteri Pendidikan menyelesaikannya, sebaliknya Najib lebih mempercayai isterinya untuk melakukan tugas tersebut.

    Namun dengan pendededahn Najib sendiri mengenai jasa dan sumbangan isterinya kepada rakyat dan negara, jelas membuktikan bahawa campurtangan Rosmah dalam kerajaan adalah kerana kelemahan Najib sendiri. Dalam tugas dan peranan yang sepatutnya beliau meminta Menteri Luar dan Menteri Pendidikan menyelesaikannya, sebaliknya Najib lebih mempercayai isterinya untuk melakukan tugas tersebut.

    Najiblah yang sebenarnya memberi peluang dan membuka ruang untuk isterinya itu campurtangan dalam urusan kerajaan.Najib hanya mendedahkan dua jasa dan sumbangan isterinya, tetapi tidak mustahil selama hampir lima tahun beliau menjadi Perdana Menteri, barangkali sudah banyak kali permintaan untuk campurtangan dalam urusan kerajaan ini dilakukan. Jika ini dilakukan, sama ada kerana Najib lebih mempercayai isterinya berbanding menteri-menteri kabinetnya atau kerana beliau merasakan isterinya lebih bijak dan berwibawa, atau kerana sayangkan isteri, ia hanya mengesahkan lagi tentang kelemahan Najib sebagai Perdana Menteri.

    Sebagai Perdana Menteri dan suami, beliau seharusnya dapat membezakan peranan yang boleh dilakukan oleh isterinya. Sebagaimana isteri-isteri Perdana Menteri sebelum ini dan juga isteri pemimpin lain di seluruh negara, peranan mereka biasanya terhad kepada peranan sampingan dan tugas-tugas kemasyarakatan serta kebajikan saja.Meminta isteri mencampuri urusan kerajaan atau membiarkannya berbuat demikian, hanyalah menyerlahkan kelemahan, kegagalan dan kehilangan-upaya seseorang pemimpin itu dalam kerjayanya.Selain campurtangan dalan urusan kerajaan, Rosmah juga dikecam kerana penggunaan jet dan perbelanjaan kerajaan dalam lawatannya ke luar negara. Ia bukan saja berlaku dalam kunjungannya ke Qatar baru-baru ini, tetapi juga sudah beberapa kali wang pembayar cukai disedut untuk membiayai perbelanjaannya ke luar negara.Setiap kali isu perbelanjaan ini berbangkit, berpintal-pintal lidah menteri yang bertanggungjawab mempertahankan kewajaran perbelanjaan itu di Parlimen. Kadang-kadang ternampak jawapan dan hujah yang diberi terlalu dangkal, lemah dan bukan jawapan dari hati. Mereka memberi jawapan dan mewajarkan perbelanjaan isteri Perdana Menteri itu semata-mata kerana tugas dan hanya ingin menjaga kerusi yang sedang diduduki.

    Sekali lagi sebenarnya, penggunaan jet dan perbelanjaan wang kerajaan untuk membiayai lawatan Rosmah adalah juga menunjukkan kelemahan Najib sebagai pemimpin dan Perdana Menteri. Jika daripada awal beliau bertegas tidak membenarkan isterinya menggunakan jet dan perbelanjaan kerajaan, sudah tentulah isu ini tidak berlarutan sampai sekarang.Beliau sepatutnya mencontohi PM-PM sebelumnya yang di era pentadbiran mereka tidak pernah berbangkit langsung mengenai penggunaan jet dan perbelanjaan menggunakan wang rakyat untuk menampung biaya isteri masing-masing ke luar negara. Di zaman Pak Lah, walaupun berbangkit isu campurtangan keluarga dalam kerajaan tetapi tidak mengenai penggunaan jet dan penggunaan wang kerajaan. Begitu juga, sepanjang 22 tahun Mahathir memimpin Malaysia, tidak pernah kedengaran mengenai penggunaan jet dan wang kerajaan oleh isterinya, Siti Hasmah.

    Dalam isu Rosmah, sama ada campurtangannnya dalam urusan kerajaan atau penggunaan wang rakyat untuk membiayai perjalanannya, ia sebenarnya bukanlah salah beliau. Tolonglah, Rosmah tidak bersalah dalam hal ini.Yang salah ialah orang yang meminta Rosmah untuk campurtangan dalam urusan kerajaan. Yang bersalah ialah orang lemah dalam mengawal keghairahan Rosmah. Yang salah juga ialah orang yang gagal mengawal Rosmah dan tidak berani bertegas dengannya sejak awal lagi.

    BalasPadam
  8. Fuh, saham terbesar P1 adalah Datin Rosmah Mansor??? Kah kah kah kah kah kah.... kasi print screen la berapa jumlah saham tu... berapa peratus... takkan la pekerja P1 sendiri tak boleh dapat buku laporan kewangan tahunan P1 pulak kot? Nak tipu pun agak2 la... hearsay ni kalau bawak ke mahkamah jadi la macam kes Nuar peliwat nak tuntut mahkamah singkirkan Shafee Abdullah sebagai pendakwaraya. Alasannya kerana SD ala hearsay...

    Yang percaya habis puak mangkok2 dalam PR je...

    Kah kah kah kah kah kah kah

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau betul pon rosmah buat salah...kalau ada tok hakim yang berani jatuh hukum pada dia, memang cari maut tuk hakim tu....

      Padam
    2. Betul ke atau hanya persepsi ko je? Polis pernah soal siasat rosmah selama hampir 6 jam, ada tak pegawai polis berkenaan dibuang kerja, digantung kerja atau dipindahkan ke jabatan lain? Kalau ada, tolong beri nama.. boleh aku cek kat bukit aman nanti..

      Padam