Rabu, 11 Disember 2013

mat sabu buat magik, dia sudah ke keluar negara?

hehe, ala takkan zahid hamidi sound tepet kata dia penganut syiah dah merajuk bawa hati yang lara ke luar negara kot, kekeke. tak pun nak ngadu kat ulama syiah kat iran, nak dapatkan nasihat, almaklumlah mat sabu ni dia pernah puji iran, revolusi iran, puji hassan nasrallah, dan mengagungkan khomeni!

ada sumber mengatakan, tak pasti sahih ke idak, dalaman pas sendiri yang beri bukti dan bocorkan beberapa perkara untuk mengaitkan mat sabu dengan gerakan syiah, huh, aje gile.


ps: hehe, memang ingat kata mat sabu ini demi politik - lebih rela makan babi dengan dap dari makan ayam dengan najib, mampuih.. kekeke

4 ulasan:

  1. Tangkap je mat sabu tu dang pengikut syiah yang lain, BERSIHkan malaysia daripada syiah baik dalam pas atau umno.

    BalasPadam
  2. Melayu pengkhianat mat sabun 121 patut diajar. Haramjadah mat sabu

    BalasPadam
  3. Dulu ade isu tak solat jumaat, takkan org parti isle tinggalkan solat jumaat, dose besar tu, rupa rupanye ade yg lbh besar. So tak heran la.

    BalasPadam
  4. SAYA terbaca kenyataan seorang pemimpin sebuah parti politik yang menyebut tentang Syiah. Katanya, ciri utama Syiah ialah menipu. Saya sekadar ingin memberikan respon ringkas sahaja.
    Jika ciri utama Syiah disebut oleh beliau sebagai menipu, maka nasionalis sekular pun tidak kurang menipu berbanding Syiah.
    Tidakkah menipu namanya apabila menguar-uarkan kononnya berjuang untuk kepentingan agama namun di dalam masa yang sama bekerja untuk membelakangi syariat agama tersebut? 
    Tidakkah menipu namanya apabila bermegah-megah dengan binaan masjid yang banyak dan indah tetapi tidak berusaha mendaulatkan hukum ALLAH SWT? Sedangkan ALLAH SWT yang disembah di dalam masjid itu ialah ALLAH yang sama yang berkuasa di luar masjid?
    Atau mereka menyembah tuhan yang berlainan di dalam dan di luar masjid?

    Hakikat nya, nasionalis sekular lebih hebat menipu berbanding Syiah. Syiah ialah musuh yang sudah muncul sejak berbelas abad. Ciri-ciri akidah mereka telah ditulis dan diterangkan oleh para ulama Sunnah di dalam banyak penulisan. Tinggal lagi, menjadi peranan para ulama untuk memastikan umat Islam tidak terjebak dengan penyelewengan Syiah.
    Saya tidak menyatakan Syiah tidak bahaya, tetapi saya agak pelik apabila sang harimau tiba-tiba berlagak baik mengingatkan sekumpulan kambing tentang bahaya serigala. Baguslah kalau harimau tiba-tiba ingin menjadi baik, tetapi sekurang-kurangnya bersihkanlah taring dan kuku terlebih dahulu daripada daging mangsa.Alasan untuk mengingatkan masyarakat tentang bahaya Syiah ialah agar umat Islam tidak berpecah belah. Saya sokong bahawa Syiah tidak wajar wujud di negara ini. Namun dengan meletakkan alasan agar umat Islam tidak berpecah belah menampakkan pemimpin berkenaan masih kabur dalam terang. Benarlah tanpa lampu suluhan akidah yang benar, meraba-rabalah dalam kegelapan sekalipun mata tidak buta.Manusia hanya boleh bersatu dengan Islam. Bukan seruan kebangsaan yang boleh menyatukan manusia. Usahlah disebarkan khurafat moden bahawa merekalah satu-satunya tempat untuk Melayu bergantung. Sedarkah bahawa dahan yang didakwa kuat itu sedang mereput dimakan anai-anai?
    Di zaman Rasulullah SAW, bangsa Habsyah dan bangsa Parsi boleh tunduk di bawah naungan Islam dan bukannya seruan kebangsaan. Rasulullah SAW seorang yang berbangsa Arab tidak pernah sesekali menyeru kepada semangat kebangsaan. Bahkan sekalipun bangsa Arab seringkali mendakwa diri mereka sebagai bangsa yang mulia, ia tidak sekali-kali diungkapkan oleh baginda Rasulullah SAW. Inilah yang memikat bangsa lain untuk tunduk kepada Islam.Jika nasionalis sekular itu benar-benar mahu masyarakat bersatu, campakkanlah ke laut ideologi kebangsaan yang tidak membawa apa-apa manfaat itu. Palsunya seruan yang dilaungkan sehingga bangsa pun tidak pernah dijaga. Kelantan menjadi bukti nyata. Negeri Melayu dipinggirkan dari pembangunan semata-mata kerana kerasukan politik sang harimau yang berpura-pura baik.Justeru, janganlah mendabik dada diri sangat sebagai pembela Islam dengan menghentam Syiah. Masyarakat sudah bijak untuk menilai bahawa bukannya Syiah yang ingin diserang, tetapi parti lawan yang semakin mendapat sambutan. Jika benar ingin membasmi Syiah, lakukan sahaja tangkapan dan tidak perlu berdolak-dalik.
    Soal nya, bagaimana ingin membuat tangkapan sedangkan di dalam parti sendiri pun berselindung penganut ajaran sesat.
    Saya tidak menamakan sesiapa di dalam tulisan ini. Alhamdulillah jika ia boleh difahami dengan baik.Sekian,

    Wassalan.



    Yang benar,
    Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
    Al-Mursyidul Am,Parti Islam Semalaysia (PAS)

    BalasPadam