Khamis, 26 Disember 2013

POSTER UNTUK SEBARAN!!

aku berpesan kepada diri aku sendiri, biarlah orang dok kata macam-macam dekat aku kerana aku tidak menyokong perjuangan pr, sampai di pulau kawan, di herdik kawan-kawan yang dulu bersama-sama gelak ketawa, kerana berlainan ideologi, mereka hanya nampak aku ni perosak kerana menyokong kerajaan, tetapi aku peduli apa, janji hal berkaitan negara ini aku takkan buat diam.

KEPADA MELAYU JUMUD DAN MELAYU URBAN, ANDA SEMUA MESTI SERONOK SEKIRANYA NEGARA INI BEGINI BUKAN? OK, HAK ANDA LAH, TETAPI KERANA JIWA ANDA HANYA MELIHAT KEBURUKAN ORANG MACAM TIADA KEBURUKAN DIRI SENDIRI.. SEDAR-SEDARLAH



PS: BILA DAH ROSAK MEREKA YANG MULA-MULA NAK HAVOKKAN BERKENAAN KEROSAKAN INI, SEMUA DAH CABUT!!

5 ulasan:

  1. Berhimpun mungkin boleh, tapi untuk mengulingkan kerajaan ia tidak akan berlaku, rakyat malaysia tidak berani melakukan nya!

    BalasPadam
  2. Isu Barang Naik - Terbaik Dari Tun Mahathir - Kerajaan Perlu Kurangkan Kos

    Artikel TERBAIK dan sempoi dari Tun Mahathir berkaitan isu Barang Naik ketika ini ! The Cost of Government. Secara asasnya Tun telah berikan nasihat kepada kerajaan Najib bahawa jika ekonomi kerajaan tenat, SELAIN dari mencari sumber kewangan diLUAR ( dimana rakyat yang perlu menanggung bebannya ), kerajaan juga harus melihat di DALAM yakni pengurangan kos kerajaan itu sendiri.

    Sebelum ini pun telah ramai yang beritahu perkara ini melalui penulisan dan komen2, cuma kali ini diharap bila Tun Mahathir sendiri yang bercakap, ia akan tembus masuk kedalam kepala Najib !

    Mkini ada terjemahkan bahagian yang penting -
    Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, lebih baik langkah pengurangan kos pengeluaran diambil untuk mengekalkan harga barangan dan perkhidmatan daripada menaikkan harganya.
    Beliau berkata apabila sesuatu perniagaan berhadapan persaingan atau peningkatan kos yang mengurangkan keuntungan, ia mempunyai pilihan antara menaikkan harga atau mengurangkan kos (cost down).

    "Ada masanya harga boleh dinaikkan. Ini mungkin mengakibatkan kemerosotan jualan dan keuntungan. Lebih baik mengurangkan kos atau sama ada mengekalkan atau meminimakan kenaikan harga.

    "Perkara sama boleh dilakukan kerajaan. Semua kos boleh diteliti untuk menentukan mana yang benar-benar penting, kos mana yang boleh dikurangkan, atau perkhidmatan mana yang boleh diolah," tulis beliau. 

    Begitu juga terjemahan oleh TMI -

    - “Kita faham kerajaan memerlukan lebih wang tetapi itu tidak bermakna peningkatan seperti yang diumumkan.
    “Adalah lebih baik mengurangkan kos, mengekalkan atau mengurangkan harga. Perkara sama boleh dilakukan kerajaan,” - “Kerajaan biasanya melakukan pembaziran kerana tidak memikirkan pulangan dalam apa juga bentuk perbelanjaan. Jika kerajaan berhasrat mengurangkan kos urus tadbir, mereka boleh melakukannya,”..........

    BalasPadam
  3. ............. - "Pembayar cukai tidak mampu menanggung kenaikan cukai mendadak,"   - “Kenaikan tarif boleh dilakukan secara berperingkat seperti 6% setahun untuk tempoh tiga tahun atau lebih lama. Jika formula itu digunakan, peningkatan sebenarnya boleh meningkat kepada 18% berbanding 15% yang diperkenalkan kerajaan sekarang,”

    Bila diumumkan penubuhan Makmal/Lab untuk mengkaji kenaikan kos hidup rakyat, ramai yang bising. Selain dari mempertikaikan apakah selama ini kerajaan tidak pernah buat kajian seumpamanya SEBELUM membuat keputusan menaikkan harga, ramai juga yang mempertikaikan kenapa tidak diwujudkan Makmal/Lab bagi mengkaji kaedah penjimatan kos dipihak kerajaan sendiri !

    Antara sebab kenapa kerajaan boleh jadi sebegini sengkek adalah kerana sebelum ini kerajaan dilihat BOROS. Terdapat perbezaan yang begitu ketara cara kerajaan berbelanja jika dibandingkan SEBELUM dan SELEPAS PRU13.

    Perkara pertama yang kerajaan harus lakukan dalam mencermin diri adalah BUBARKAN PEMANDU ! Jika Najib ikhlas kononnya mendengar keluh kesah rakyat, maka dengarkan ini - Rakyat berkeluh kesah mahukan PEMANDU DIBUBARKAN !

    Mungkin penjimatan kos dipihak kerajaan tidak mampu menangani sepenuhnya masalah kewangan kerajaan tapi sekurang2nya beban yang perlu ditanggung oleh rakyat tidak seberat sekarang. Dan yang paling penting, seperti yang pernah saya tulis sebelum ini, rakyat akan melihat kerajaan sebagai mesra rakyat. 

    Tidak hanya pandai meminta rakyat saja yang perlu bersama kerajaan dalam usaha menangani masalah ekonomi negara tapi kerajaan sendiri yang terlebih dahulu memulakan langkah ke arah itu. Kepimpinan Melalui Teladan.

    BalasPadam
  4. kalau pemandu di hapuskan, omar ong nak duduk kat mana????

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh duduk bawah ketiak guan eng macam zairil anak cina tu..

      Padam