Selasa, 3 Disember 2013

realiti semua jadi marah sebab dalam jangakamasa 7 bulan, asyik naik naik!! apa nak jadi?


jadi slogan bn barang naik jadi satu hal, yang lagi berhal-hal puak pandai buat persepsi ni dok jaja macam-macam, budak-budak muda senang mengikut, jadi satu masalah besar untuk bn untuk buat track record baik pada pru14?

risau, yup aku risau la, aku sebagai cytrop bn, makin pening nak jawab apa lagi berkaitan hal letrik ni, umum pulak time-time pau bermula, bro mana orang tak marah, memang penjelasan kata pengguna bawahan tak terjejas, kamon la jangan kita nak bohong, naik juga, tak caya ko tengokla nanti bil hujung bulan januari 2014 nanti, apa nak jawab, ni la modal digunakan pr masa pru 14 nanti, mereka dah tau strategi mudah bn buat, masa sebelum pru, di beri macam-macam, konon nak jaga rakyat, tetapi lepas pru hah, macam-macam berganda naik, dalam jangkamasa 7 bulan je, lebih dari 5 benda naik, dari minyak, rokok, gula, astro, dah ni bill letrik, gst pun memberi persepsi buruk juga, kenapa tidak diberi penjelasan masa nak naik, contoh lagi 3 bulan, akan naik dan terangkan kenapa ianya naik,

ds najib fikirlah baik-baik, orang biasa kalau dah marah, dia nak pulih bukan senang nak baik, makan masa, mereka pun tak suka pembangkang, tetapi kerana hal naik-naik ni bikin orang sakit hati, harap ds najib dengar naluri hati rakyat, bukan ikut cakap penasihat 20% yang kerjanya nak menjahanamkan jenama bn, harap maklum tu. jangalah ikut pesen pak lah dulu, buat ego dungu je bila dia naikkan satu-satu benda time bn menang besar masa pru11 2004 dulu. jangan ulangi perkara sama, dapat dek pembangkang pru14 nanti, habislah orang melayu, habis, habis, nak harap pas, pkr, tonggeng la.. hehe..

ps: kalau tak betul hentam, mana boleh kalau hal tak betul pun sokong, itu menadah kepala di kandang harimau.. faham ke idak, ibarat mengali kubur sendiri.

5 ulasan:

  1. mana tak marah. betullah sekarang ni rakyat simpan dendam pd BN. krn PR yg ada ni tak boleh diharap (DAP yg dominan) rakyat terutamanya melayu tiada pilihan lain. kalau tidak dah lama BN tersungkur

    BalasPadam
  2. Kerajaan patut mengelak "emosi mengatasi kewarasan"...rakyat dah terbeban dgn kenaikan harga minyak dan gula...ditambah pula kenaikan tarif elektrik... jangan salahkan rakyat@org melayu andai berlaku perubahan slps pru14... mcm2 boleh berlaku andai rakyat dah tertekan dgn bebanan kos sara hidup semakin meningkat... nampak sangat kerajaan tiada fungsi mengatasi masalah ini... asyik2 alasan "rasionalisasi subsidi" yg menguntungkan syarikat atas keperitan hidup rakyat...

    BalasPadam
  3. DS Ah Jib Gor nak dgr RINTIHAN RAKYAT?........hahahaha...mcm nak tunggu kucing bertanduk la jawabnya

    rintihan yg dia dgr tuuuuuu.....rintihan KONSULTAN nak duit BILION2 utk masuk kantung sendiri......alasan kenaikan:

    nak jaga kesihatan rakyat....
    tak membebankan rakyat....
    baik bg Hasan Malek yg jd PM.....

    Kalau gula naik, jgn pakai gula, kalau letrik naik, jgn pakai letrik.....kan senang bg jawapan gitu, straight forward.

    DS Ah Jib Gor sememangnya membawa keHANCURan pd UMNO.....dia n co memBAZIR tahap GABAN, rakyat dinasihatkan berJIMAT, berSEDERHANA?...malang Mas dipimpin manusia sebegini....mana pelaburan yg DS Rosmah bawa dr Qatar n mana2 tpt yg dia pi seluruh dunia?

    Sayang kepada UMNO
    BUKAN BERMAKNA SAYANG pemimpin RAKUS n BOROS dlm UMNO

    BalasPadam
  4. KAWE PONG FENING PALO JUGOK DOK MIKIR HAL BARE NAIK NI,SEREMO NAIK DOKK PENOH TURUN2.AKIR TAHUN TNB UMUM UNTUNG BILION2 RIAL,SEMINGGU LEPAH TU UMUN NAIK TAKRIF PULOK,KAWE PUN RETI NEGO LAGU TU.

    BalasPadam
  5. ps: kalau tak betul hentam, mana boleh kalau hal tak betul pun sokong, itu menadah kepala di kandang harimau.. faham ke idak, ibarat mengali kubur sendiri.





    janji sudah ditepati...inilah masa nya untuk rakyat balas budi.

    BalasPadam